Terung terkenal dengan sajiannya yang sedap dimasak bersama sambal. Walaupun begitu, terdapat pelbagai jenis terung dan warna yang berbeza. Setiap jenis terung ini juga mempunyai rasa yang tersendiri. Selain sayur terung yang kaya dengan pelbagai jenis khasiat, terutamanya zat besi, ia juga mudah dimasak dan didapati.

Sayur terung dimasak dengan apa pun pasti sedap. Tetapi kebanyakannya hanya menggunakan resepi terung sambal sekiranya ingin memasak terung. Terdapat pelbagai lagi cara masakan terung yang dapat anda cuba. Jom tengok resepi terung yang pastinya dapat pelbagaikan masakan terung anda. Resepi-resepi ini juga sangat mudah untuk diikuti.

Resepi Terung Goreng Berlada

Imej via [facebook]

Bagi mereka yang pening dan tidak apa nak masak untuk makan tengah hari, apa kata anda cuba resepi terung sambal ini. Resepi ini sangat mudah untuk disediakan dan sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Sofea Tiana di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air asam jawa
  • Bawang besar-dihiris
  • Ikan bilis digoreng garing

Bahan tumbuk kasar:

  • Bawang besar
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili besar merah
  • Cili padi

Cara Penyediaan:

1)Basuh terung dan belah kepada 2 bahagian.

2)Sediakan minyak dan biar sehingga minyak panas.

3)Goreng terung di dalam minyak. Patikan terung tidak terlalu lembik.

4)Angkat dan toskan.

5)Tumis bahan-bahan yang ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau.

6)Setelah pecah minyak, masukkan air asam jawa, garam dan gula.

7)Biarkan sehingga mendidih.

8)Masukkan terung yang ditoskan tadi beserta bawang besar yang dihiris.

9)Gaul sebati.

10)Setelah sebati, angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.

11)Terung siap dihidangkan dengan nasi panas.

12)Selamat mencuba!

Resepi Terung Goreng Rangup

Imej via [facebook]

Sekiranya anak-anak anda susah untuk makan sayur, cuba resepi terung goreng yang rangup ini. Resepi mudah dan sedap ini sama seperti menggoreng ayam. Terung ini hanya menggunakan 4 bahan mudah. Sangat berbaloi untuk dicuba! Resepi ini dikongsi oleh Hazli Faizal.

Bahan-bahan:

  • Terung
  • Garam halus
  • Tepung bestari
  • Minyak (untuk menggoreng)

Cara Penyediaan:

1)Basuh dan potong terung. Pastikan terung tidak terputus semasa dipotong.

2)Kemudian taburkan garam halus sedikit pada setiap terung dan perap selama 10 minit.

3)Selepas terung diperap, air dari terung akan keluar. Lapkan terung dengan tisu supaya terung kering.

4)Celupkan terung ke dalam tepung bestari. Pastikan semua bahagian terung disaluti dengan tepung bestari.

5)Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.

6)Setelah minyak betul-betul panas, masukkan terung yang telah disaluti dengan tepung tadi.

7)Goreng sehingga garing dan warna bertukar keemasan.

8)Angkat dan tos kan.

9)Letakkan ke dalam pinggan dan terung siap untuk dinikmati.

10)Selamat mencuba!

Resepi Terung Bakar Santan

Imej via [facebook]

Masakan kampung sememangnya sangat sedap untuk dinikmati. Ramai yang tidak tahu mengenai resepi terung bakar santan ini. Resepi yang pastinya dapat menaikkan selera makan anda. Lagi-lagi ditambah dengan aroma terung bakar beserta kuah santan yang berlemak. Resepi dikongsi oleh Farhana Ismail.

Bahan-bahan:

  • Terung 2 biji
  • Belacan secubit (bakar)
  • Bawang merah 2 ulas
  • Cili padi 5 biji
  • Santan sekotak
  • Garam gula ajinomoto
  • Asam limau sebiji
  • Air panas 3 sudu teh

Cara Penyediaan:

1)Bakar terung di atas api (jangan buang kulit).

2)Setelah terung bertukar hitam dan lembut, basuh terung di air paip yang mengalir.

4)Basuh terung sehingga bersih.

5)Sediakan lesung batu dan masukkan bawang merah dan cili. Tumbuk sehingga hancur.

6)Setelah bahan hancur, masukkan air panas dan larutkan bersama gula garam ajinomoto.

7)Bakar belacan dan masukkan ke dalam lesung batu.

8)Perahkan limau mengikut citarasa anda.

9)Sediakan periuk dan masukkan bahan-bahan yang dicampur tadi.

10)Hidupkan api dan tuang sekotak santan ke dalam periuk tadi.

11)Gaul sebati selama 1 minit.

12)Potong terung dan masukkan ke dalam mangkuk.

13)Tuangkan kuah santan yang dimasak tadi ke atas terung.

14)Siap!

Resepi Terung Bakar Air Asam

Imej via [facebook]

Air asam sememangnya salah satu pembuka selera. Kalau makan dengan keropok pun sedap. Tapi kali ni, jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Jasman Usin ini. Resepi yang sangat ringkas dan menggunakan bahan-bahan asas untuk menyediakannya. Bau smoky dari terung bakar ditambah dengan rasa air asam yang cukup dengan rasa manis masin dan pedasnya.

Bahan-bahan:

  • Terung (mikrowave)

Bahan Kuah:

  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci kencur atau cekur
  • Lada atau cili padi (ikut citarasa tapi pedas lagi sedap)
  • Segenggam ikan bilis

Cara Penyediaan:

1)Bakar terung di dalam microwave mengikut laras suhu yang sesuai (boleh juga bakar di atas api).

2)Buang kulit terung dan letakkan terung ke atas pinggan.

Cara Penyediaan Kuah:

1)Tumbuk halus semua bahan diatas.

2)Campurkan dengan sedikit air asam.

3)Masukkan santan dan perasakan mengikut selera masing-masing.

4)Masukkan kuah asam ke dalam mangkuk.

5)Hidangkan terung bersama kuah asam.

6)Selamat mencuba!

Resepi Terung Berlada Ikan Bilis

Imej via [facebook]

Kalau biasa makan ikan bilis berlada. Kali ni kita variasikan bersama dengan terung. Jom cuba resepi ini untuk hidangan makan tengah hari. Resepi ini dikongsi oleh Julika Kamarudzaman di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering atau cili boh
  • Bawang besar (dipotong nipis)
  • Terung
  • Ikan bilis
  • Tempe
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Bahan-bahan blend:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering atau cili boh

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan minyak.

2)Setelah minyak betul-betul panas, goreng tempe sehingga berubah menjadi warna keemasan.

3)Angkat dan toskan, goreng ikan bilis sehingga garing.

4)Basuh terung dan belah terung kepada 2 bahagian.

5)Masukkan terung ke dalam pinggan dan gaulkan bersama kunyit dan garam.

6)Goreng terung ke dalam minyak yang dipanaskan sehingga warna terung bertukar.

7)Toskan terung.

8)Tumiskan bahan-bahan yang telah diblender tadi.

9)Masukkan garam dan gula.

10)Masukkan air bagi yang suka berkuah.

11)Biarkan sehingga kuah mendidih.

12)Masukkan terung yang telah ditoskan tadi dengan bawang besar yang dihiris.

13)Gaul sambal sehingga sebati dengan terung.

14)Apabila terung telah masak, masukkan ikan bilis dan tempe goreng tadi.

15)Gaulkan hingga sebati.

16)Masukkan sambal ke dalam mangkuk.

17)Siap untuk dihidang!

Resepi Terung Masak Lemak Putih

Imej via [facebook]

Kalau biasanya kita dengar mengenai sayur kobis yang dimasak lemak sememangnya sangat sedap. Lagi sedap jika dimakan bersama dengan sambal belacan dan ikan goreng panas-panas. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Ita Nor.

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung
  • 200 ml santan kotak
  • 100 ml air
  • 1 biji bawang besar
  • 2 sudu besar udang kering
  • 1 cili merah
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan:

1)Sediakan lesung batu dan tumbuk udang kering sehingga hancur.

2)Sediakan kuali dan panaskan.

3)Masukkan santan dan air. Gaul rata.

4)Setelah santan dan air sebati, masukkan terung, bawang besar dan udang.

5)Biarkan sehingga santan berbuih dan terung lembut.

6)Masukkan cili dan garam secukup rasa.

7)Gaul rata sehingga kulit terung bertukar coklat.

8)Masukkan terung ke dalam mangkuk.

9)Siap!

Sambal Ikan Bilis Terung Pipit

Imej via [facebook]

Kalau tengok sambal terung ni pun dah boleh kecur air liur. Lain dari sambal terung biasa, terung pipit mempunyai rasa sedapnya tersendiri. Jom tengok resepi yang dikongsikan oleh Zakeha Yusof di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • Segenggam ikan bilis (digoreng garing terlebih dahulu)
  • Terung pipit
  • 4 biji cili merah
  • 1 bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Asam keping 1 keping
  • Sedikit gula dan garam
  • Serbuk secukup rasa.

Cara Penyediaan:

1)Blander kasar ikan bilis, cili merah, bawang besar dan bawang putih.

2)Panaskan kuali dan masukkan minyak.

3)Setelah minyak panas, tumis bahan kisar sehingga wangi.

4)Masukkan asam keping, garam, gula dan kacau hingga sebati.

5)Setelah bahan sebati, masukkan terung pipit dan ikan bilis.

6)Masak sehingga pecah minyak.

7)Masukkan bawang besar yang dipotong dan serbuk secukup rasa.

8)Letakkan ke dalam pinggan. Siap untuk dihidang!

Resepi Terung Masak Kicap

Imej via [facebook]

Kalau lauk masak dengan kicap confirm sedap. Lagi-lagi bagi mereka yang bujang, tak perlu pening kepala nak beli bahan. Resepi terung kali ni gunakan bahan-bahan asas yang biasa ada di rumah. Bahan utamanya sudah tentulah kicap dan terung. Jom cube resepi yang dikongsi oleh Nurul Ateekah ini.

Bahan-bahan:

  • 1 hingga 2 batang terung (dipotong)
  • 1 ketul tauhu (dipotong)
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 3 batang cili hijau
  • 3 hingga 4 sudu besar kicap manis ABC
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 biji tomato (dibelah)
  • Cili padi (tambahan)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk perasa
  • Minyak masak

Cara Penyediaan:

1)Blander ikan bilis, bawang putih, bawang merah dan cili hijau.

2)Panaskan minyak, goreng terung sehingga sedikit keperangan dan ketepikan.

3)Goreng tauhu sehingga garing dan ketepikan.

3)Guna minyak yang sama untuk tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.

4)Setelah pecah minyak masukkan tomato dan cili padi, masak seketika.

5)Masukkan sos tiram, kicap manis ABC, serbuk perasa dan serbuk kunyit.

6)Masak sehingga sos sedikit garing.

7)Masukkan tauhu dan terung. Gaulkan rata.

8)Masukkan ke dalam mangkuk. Siap di hidang.

Resepi Pajeri Terung

Imej via [facebook]

Berbanding dengan resepi terung yang lain, resepi ini menambahkan kerisik ke dalam masakannya. Aroma unik yang terdapat pada kerisik ini menjadikan resepi ini disukai ramai. Jom cuba resepi yang dikongsi oleh Ita Nor di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 biji terung (belah dua)
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar udang kering (tumbuk)
  • Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh dan buah pelaga)
  • Daun kari
  • 1 keping gula melaka
  • 2 sudu besar gula pasir
  • Garam secukup rasa
  • 150 ml santan kotak (Kara)
  • 1 paket kecil rempah daging
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar kerisik
  • Air secukupnya
  • Minyak masak

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak.

2)Setelah minyak panas, tumiskan rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari sehingga naik bau.

3)Masukkan udang kering yang telah ditumbuk, serbuk cili dan serbuk kari.

4)Tuangkan sedikit air dan gaul sehingga pecah minyak.

5)Masukkan gula melaka, tambah sedikit air dan kacau sehingga gula cair.

6)Masukkan terung dan biarkan terung masak.

7)Masukkan santan dan kerisik.

8)Masukkan garam dan gula secukup rasa.

9)Gaul rata dan biarkan mereneh.

10)Tutup api dan hidangkan ke dalam mangkuk.

11)Siap! Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain:

Selain resepi terung di atas, kami juga mempunyai pelbagai resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share. Selamat mencuba!

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.