Bila sebut pasal laksa, ada beberapa jenis laksa yang terkenal di Malaysia yang digemari oleh masyarakat kita. Di negeri sebelah utara ada laksa penang yang cukup enak dengan rasa pedas dan kuah masam-masam manisnya. Di negeri Johor, kita ada laksa Johor yang menggunakan pasta sebagai laksanya. Di Pantai Timur pula, kita ada laksa Kelantan yang turut dipanggil sebagai Laksam di mana kuahnya berkuah putih bersantan yang sangat memberikan rasa unik kepada penggemarnya.

Laksa Sarawak anda tahu? Haa laksa Sarawak ni kurang famous berbanding dengan laksa-laksa lain. Tapi, bukan sebab rasanya tak sedap tau. Mungkin sebab masih ramai lagi yang belum mencuba dan kurang gemar untuk mencuba Laksa Sarawak. Percayalah, laksa Sarawak juga mempunyai rasa uniknya yang tersendiri yang membuatkan ramai orang akan suka dan menggemari juadah ini.

Pernah makan mee kari? Haa kalau anda penggemar mee kari, mungkin anda juga akan menggemari laksa Sarawak ini. Ini kerana kuahnya memang rasa berkari, boleh letak banyak lauk sama seperti hidangan mee kari. Cuma yang berbezanya laksa Sarawak ini dimakan dengan bihun, bukan mee atau laksa-laksa yang lain.

Tak dapat bayangkan? Apa kata anda cuba resepi Laksa Sarawak yang telah dikongsi oleh saudari Fatin Fatiha di Facebook. Resepi ini agak mudah sebab anda hanya perlu menggunakan pes yang sudah siap dijual untuk membuatnya. Senang senang dan cukup senang. Selamat mencuba ya!

Resepi Laksa Sarawak (3-4 orang)

laksa sarawak

Image via Facebook

Bahan-bahan:

Kuah Laksa:

1 Pes Laksa Sarawak (Selalu guna pes laksa Hj Manan or Liza)
2 kotak santan kecil / 2 paket santan serbuk
1 kiub ayam
1 kari peket kecil* (wajib klu ikut resepi ini)
1 Liter air (Guna botol air mineral kecil โ€“ 2 sukatan)
Garam/perasa (jika perlu)

Cara Penyediaan:

1. Masukkan 1 liter air ke dalam periuk
2. Masukkan pes laksa, santan, kiub ayam dan serbuk kari
3. Masak hingga mendidih
4. Sesudah mendidih, tutup api.
5. Tapis kuah & siap ๐Ÿ˜Š
*Tambah garam/perasa, jika perlu

Hidangan:

1. Bihun
2. Ayam (rebus & dicarik2)
3. Udang (celur shj)
4. Tauge (celur shj)
5. Telur (boleh Rebus / masak telur dadar & hiris)
6. Daun ketumbar (hiris halus)
7. Cili padi/hijau (hiris)
8. Sambal belacan ( tumbuk cili padi + belacan)
9. Limau
*Bahan-bahan hidangan ni ikut selera masing-masing. (Kalau suka kubis, letak kobis. Kalau suka bawang goreng, letak ja. Ikut kreativiti masing-masing yer.

Senang tak resepi Laksa Sarawak ni? Haa ada banyak lagi tau resepi yang mudah tapi sedap yang telah kami paparkan di blog ini. Jemput lihat kesemuanya dan jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.