Membuat cucur itu sangat senang, gaul-gaul then goreng. Tetapi, terkadang chef-chef di rumah ini ada masalah masa mencetak cucur supaya jadi bulat dan cantik… sudah guna sudu tak boleh, guna tangan pun jadi makin buruk, macam gajah merunduk saja. Ops.

Kami mempunyai penyelesaian untuk menghilangkan kerisauan anda, iaitu dengan Resepi Cucur Manis Versi Stick! anda tidak perlu lagi buat bulat-bulat cucur manis anda tersebut. Sangat senang kan.

Perlu anda ketahui cucur diperbuat daripada tepung yang di campur dengan bahan-bahan tertentu. Biasanya orang membuat cucur menggunakan tepung gandum, kerana kalau menggunakan tepung gandum cucur akan jadi garing di luar namun lembut di dalam, dibandingkan menggunakan tepung lain, tepung gandum lebih sesuai.

Bentuk cucur manis stick yang unik dan comel ini confirm sangat disukai oleh budak-budak. Cucur pula boleh disajikan petang-petang sebagai camilan. Makan satu tanpa sedar dah habis sepinggan. Baiklah, cucur manis stick ini telah dikongsikan oleh Fiesya Tahir di facebook. Ini ialah resepi cucur manis yang sangat simple dan menghasilkan bentukan cucur yang lagi cantik seperti stick. Silakan dicuba resepi ini…

Resepi Cucur Manis Versi Stick Viral!

resepi cucur manis versi stick

Imej via facebook

Bahan-bahan yang Digunakan

👉 2 cawan tepung gandum
👉 2 cawan air
👉 3 sudu gula
👉 1 sudu minyak masak
👉 1 sudu kecil garam

Cara Membuat Cucur Manis Stick

1. Didihkan air bersama gula, minyak dan garam
2. Masukkan kedalam tepung gandum
3. Gaul sebati
4. Biarkan sejuk seketika
5. Bentuk dengan cara gulung diatas dulang panjang. Selepas itu potong.
6. Goreng dengan api sederhana hingga garing.

Resepi cucur manis stick

Imej via facebook

Resepi cucur manis stick

Imej via facebook

Tips :

Tak perlu basahkan tangan dengan air or minyak sebab adunan tak melekat di tangan.
Guna tepung gandum cap bunga ROS MERAH sebab dah try jenis lain tidak jadi dan adunan jadi lembik.

Selamat mencuba resepi Cucur Manis Versi Stick

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Cucur Manis Versi Stick, kami juga menulis resepi lain dipostingan sebelumnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Jejemiko

Pelajar di salah satu universiti di Malaysia. Tinggal di Sungai Buloh.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.