Resoles merupakan sebuah hidangan yang berasal daripada Perancis. Ianya merupakan pastri yang berinti isi daging atau ayam, disalut bersama dengan serbuk roti. Ianya amat lazat kerana diluarnya rangup, namun didalamnya penuh dengan isi daging yang kita sukai.

Hidangan ini juga amat sesuai untuk dihidangkan kepada anak – anak anda kerana ianya boleh dinikmati oleh kesemua lapisan umur. Cara pembuatannya juga tidaklah susah, apa yang penting adalah anda mengikuti langkah – langkah resepi yang disediakan dengan cermat.

Resepi ini telah dikongsikan Ara Nal dan mendapat banyak komen positif di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Resoles

resepi-resoles

image via Facebook

Bahan – bahan:

Kulit resoles:

  • 250 gram tepung gandum (diayak)
  • 630 ml air biasa
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak

Inti resoles:

  • 200 gram daging/ayam
  • 1 biji kentang (dipotong dadu)
  • 1 batang lobak merah (dipotong dadu)
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 1/2 sudu besar serbuk blackpepper
  • 250 ml susu fullcream (Dutchlady)
  • 50 gram cheddar cheese (disagat)
  • Sedikit garam dan gula

Cara – cara penyediaan:

Kulit resoles:

  1. Ayak tepung gandum. Masukkan garam dan gula dan kacau guna whisk.
  2. Kemudian masukkan air separuh dari 630ml tadi. Kacau dan masukkan telur.
  3. Kacau lagi dan masukkan lebihan air tadi.
  4. Kacau sehingga adunan sebati dan masukkan minyak masak dan teruskan kacau. Pastikan adunan tepung tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  5. Masukkan ke dalam kuali non stick leboh kurang size 28cm.
  6. Tinggalkan sedikit bancuhan tepung untuk salutan.

Inti resoles:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam.
  3. Kemudian masukkan kentang dan lobak.
  4. Kemudian masukkan susu fullcream dan serbuk blackpepper.
  5. Apabila susah agak kering masukkan cheddar cheese. Perasakan dengan garam dan gula.

Cara membalut:

  1. Letakkan satu sudu besar inti resoles ke atas kulit. Balut seperti popia.
  2. Kemudian, salutkan keseluruhan resoles yang telah dibalut ke dalam lebihan bancuhan tepung dan letakkan serbuk roti.

P/s: Inti resoles boleh tambahkan mozarella atau semasa balut inti tambahkan cheddar cheese atau sosej mengikut kreativiti masing-masing.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.