Jom cuba resepi pisang goreng sedap ini. Pisang goreng menjadi kudapan kesukaan ramai sejak lama. Pisang Goreng merupakan makanan ringan jenis goreng celup tepung yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura.
Pisang goreng dibuat daripada pisang yang dipotong-potong kemudian dicelup ke dalam adunan cair tepung, kunyit dan sedikit garam kemudian digoreng.
Pisang goreng dimakan pada waktu pagi dan petang dan biasanya dihidang panas-panas. Pisang goreng sangat sedap, rangup dan garing. Rasa manis pisang dibalut tepung yang rangup sangat membangkitkan selera. Pisang goreng pula boleh dimakan bersama pulut kelapa. Tanpa disedari, makan satu ketul habis satu pinggan.
Ada banyak variasi pisang goreng yang dijual. Namun begitu, tidak semua pisang sesuai untuk dijadikan pisang goreng. Antara pisang yang sesuai untuk digoreng ialah pisang tanduk, pisang abu, pisang nangka, pisang awak, pisang toman dan pisang emas.
Adunan untuk membuat pisang goreng pun berbeza-beza, sehingga hasilnya pun berbeza. Rasa rangup dan garing pisang goreng bergantung pada komposisi adunan tepung yang dipakai. Anda juga boleh menghidangkan pisang goreng bersama keju, jam dan cokelat untuk variasi rasa pisang goreng yang lebih menarik.
Hari ini kami akan mengongsikan kepada anda resepi pisang goreng yang rangup dan sedap yang dikongsikan oleh Zalina Zolkiply di facebook yang telah mendapat perkongsian ramai. Juga resepi ini bukan untuk pisang sahaja, untuk ubi, cempedak, kuih kasturi pun boleh.
Pisang awak (masak, tak ranum)
Selain resepi pisang goreng yang rangup dan sedap, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..