Resepi ini merupakan salah satu resepi makanan yang paling sihat. Ia menggunakan ulam ulaman yang sangat sesuai terutamanya bagi mereka yang amat menggemari masakan kampung. Khususnya masakan utara, nasi ulam ini menggunakan bahan-bahan yang segar dan boleh didapati terutama jadi pasar yang menjual sayur sayur kampung. Sudah tentu lebih baik jika anda dapat menggunakan ulam ulaman yang telah anda tanam sendiri.

Oleh itu jangan lupa mencuba resepi kali ini yang telah mendapat banyak perkongsian dan sejumlah like di Facebook. Jangan khuatir, cara pembuatannya mudah dan ada disediakan. Jadi, anda boleh menyediakan juadah ini sendiri! Ianya juga lebih baik jika menggunakan air tangan sendiri bukan?

Resepi ini telah dikongsi oleh Anyta Nyta di laman Facebook beliau! Mari kita lihat resepinya.

Resepi Nasi Ulam Utara

Nasi-Ulam-Utara
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 cawan nasi putih
  • 3 batang serai (ditumbuk)
  • 2 inci lengkuas (ditumbuk bersama belacan 1/2 inci)
  • Satu paket kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • 5 ulas bawang merah (dihiris halus)
  • Halia (dipotong dadu halus)
  • Satu senduk kerisik
  • Sedikit garam
  • Pucuk pucuk ulam (nak sedap ulam kena banyak)
  • Ulam (dipotong halus-halus, daun selom dan daun pegaga boleh letak banyak)
  • Isi ikan kering talang (digoreng dan ditumbuk halus)

Cara – cara memasak:

  1. Gaul nasi dengan kerisik.
  2. Masukkan ikan kering yang telah ditumbuk dan gaul rata.
  3. Jika nasi sudah rasa garam, tidak perlu tambah garam lagi.
  4. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk dan gaul rata.
  5. Masukkn ulam yang telah dipotong halus.
  6. Jika suka lada boleh masukkan lebih sedikit.
  7. Siap.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.