Apakah anda penyuka makanan meatball?

Umumnya meatball dibuat daripada campuran daging lembu giling dan tepung tapioka, akan tetapi ada juga meatball yang terbuat dari daging ayam, ikan, atau udang dan lain-lain. Meatball ada yang berasal daripada Asia bahkan Eropa sekalipun. Biasanya meatball disajikan dengan kuah sup, sos kacang dan lain-lain bergantung kepada restaurant yang menjual meatball.

Apa pulak meatball IKEA?

Meatball IKEA merupakan makanan famous masa kini. Selain daripada menjual perabot rumah yang lengkap sangat, IKEA’s restaurant di IKEA shopping centre menyediakan makanan ala swedish, seperti meatball sos gravy yang confirm sedap. Juga meatball IKEA dipastikan halal.

Anda yang tidak ada masa untuk pergi ke IKEA’s restaurant, atau tengah tak ada duit belanja tengah berjimat konon. Anda tidak perlu risau, kali ini kami akan mengkongsikan dengan anda Resepi Meatball ala IKEA ni. Anda boleh mencubanya dirumah, makan sepuas yang anda inginkan, tidak perlu mengikat perut lagi.

Mari kita tengok resepi yang dikongsikan oleh Afrina Zulqarnaen di Facebook yang mendapat perhatian orang ramai di bawah ini.

Resepi Meatball dan Sos Gravy Ala IKEA

Resepi Meatblall IKEA

Imej via Google

Bahan-bahan

  • 2 kotak beef ball (jenama marina, 20 pcs 1 packet)
  • 1 bawang holland (potong dadu)
  • 80 g salted butter (jenama anchor)
  • ½ cawan tepung gandum
  • 4 cawan air
  • 2-3 kiub pati ayam (nak lebih sedap, guna kiub daging)
  • 1 cawan sour cream (tapi saya gantikan yogurt asli)
  • Daun parsley (dihiris halus)

Cara Membuat Meatball IKEA dan Sos Gravy

1. Panaskan minyak, masukkan meatball.

2. Tunggu sehingga meatball masak. Angkat, dan ketepikan.

3. Untuk sos gravy, panaskan minyak. Masukkan bawang holland. Kemudian masukkan salted butter.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.

5. Masukkan air dan kiub pati ayam.

6. Masukkan yogurt. Didihkan.

7. Akhir sekali, masukkan hirisan daun parsley.

Resepi Meatball IKEA

Imej via Facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi Meatball dan Sos Gravy IKEA, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.