Kami ada berkongsikan resepi gulai ikan tongkol, sekarang pula kami akan berkongsikan resepi masakan yang sesuai untuk dimakan bersama gulai ikan tongkol, iaitu nasi dagang Kelantan.
Berbeza dengan Terengganu yang menggunakan beras putih biasa, nasi dagang Kelantan menggunakan beras dagang yang berwarna perang kemerahan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
Nasi dagang biasa dimakan bersama kuah nasi dagang yang dibuat dengan rempah khas. Nasi dagang boleh juga dimakan bersama gulai ikan tongkol dan diberi irisan mentimun.
Resepi nasi dagang yang kami kongsikan di bawah ini didapat daripada NurSuryatie Ezreen di Facebook dan mendapat perkongsian ramai. Sila dicuba.
1. Untuk beras, rendam beras nasi dagang semalaman.
2. Kemudian kukus beras nasi dagang.
3. Mayang halba, bawang merah, bawang puti dan halia.
4. Kemudian masak di atas api sekejap, letak garam dan gula. Jangan masak lama sangat.
5. Bila sudah siap kukus, angkat beras dan masukkan santan tadi.
6. Kemudian kukus sekali lagi beras yang sudah digaul dengan bawang, halba dan santan tadi.
7. Kukus sampai masak. Siap.
8. Untuk gulai ikan pula. Rebus ikan dari semalam lagi. Letak garam dan asam keping.
9. Dalam periuk masukkan santan dan bahan yang telah diblend tadi. Kacau jangan bagi berketul.
10. Akhir sekali masukkan garam, gula, asam keping dan ikan. Selepas itu hias dengan timun atau cili padi pun tak kisah.
Taraa siap sudah gulai ikan tongkol siap makan bersama nasi dagang kelantan. Sila dicuba resepi ini.
Selain resepi Nasi Dagang Kelantan, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.