Mencari resepi masakan Cina?

Masakan Cina merupakan jenis masakan yang cukup popular di Malaysia. Bukan sahaja dinikmati oleh bangsa Cina, malah bangsa-bangsa lain juga turut menikmati masakan Cina dengan penuh selera.

Alang-alang berada di rumah, apa kata anda cuba masak masakan Cina? Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi masakan Cina untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Ayam Lemon`

resepi masakan cina
Imej via Facebook

Ayam lemon merupakan antara masakan Cina yang kerap disajikan di kebanyakan restoran. Resepinya juga cukup mudah untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Mohamad Firdaus di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 500 g dada ayam (dipotong dadu)
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Sedikit lada sulah
  • Tepung jagung

Bahan sos lemon:

  • 1 biji lemon (dihiris dan dibuang biji)
  • 1 cawan air
  • 1 kiub pati ayam
  • 5 sudu besar gula
  • Sedikit pewarna kuning atau kunyit

Cara-cara:

  1. Perap dada ayam bersama bawang putih dan tambahkan lada sulah.
  2. Celup dengan tepung jagung dan goreng. Ketepikan.
  3. Untuk sos lemon, campurkan semua bahan sos dalam kuali. Kemudian, hidupkan api.
  4. Setelah sos sebatii, masukkan tepung jagung untuk memekatkan sos.
  5. Siramkan sos di atas ayam yang digoreng tadi.
  6. Sedia untuk dihidang.

#2 Sup Dumpling

resepi masakan cina dumpling
Imej via Facebook

Dumpling atau ladu juga merupakan masakan Cina yang sangat digemari ramai. Kelihatan susah untuk dibuat, namun resepinya agak ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Wany Lifa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan inti ladu:

  • 300 g isi ayam (dicincang)
  • ½ batang lobak (disagat)
  • 1 biji bawang besar (dicincang halus)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Daun sup & daun bawang (dipotong halus)
  • 2 sudu besar serbuk lada sulah
  • 3 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar serbuk perencah
  • 1 sudu kecil garam & gula
  • Pastri ladu / dumpling segera

Bahan sup ladu:

  • Bawang putih (6 ulas ketuk & cincang)
  • 1 inci halia (diketuk & dicincang)
  • 1 sudu kecil minyak bijan
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • ½ kiub pati ayam
  • Garam & gula

Bahan sos:

  • Sedikit sos Thai
  • Daun ketumbar (dicincang halus)

Cara-cara:

  1. Untuk ladu, campurkan semua bahan-bahan ladu kecuali pastry ladu segera.
  2. Gaul sebati dan perap selama 10 minit.
  3. Masukkan inti ke dalam pastri ladu segera, kemudian kelimkan mengikut kreativiti.
  4. Susukan ladu di atas pinggan atau mangkuk, kemudian letakkan dalam pengukus (elakkan letak tanpa gunakan pinggan untuk mengelakkan ladu melekat).
  5. Kukus selama 10 minit dan ketepikan.
  6. Untuk sup ladu, tumis bawang putih & halia hingga naik bau.
  7. Letakkan 1 mangkuk air dalam periuk.
  8. Masukkan bahan-bahan lain sehingga mendidih.
  9. Letakkan ladu yang siap dikukus tadi dalam periuk berisi sup. Biarkan selama 2-3 minit.
  10. Kemudian, taburkan dengan sedikit daun bawang.
  11. Untuk sosnya, campurkan sos Thai dengan daun ketumbar dan gaul sebati.
  12. Sedia untuk dihidang.

#3 Sup Telur

resepi masakan cina sup telur cina egg drop soup
Imej via Facebook

Sup telur merupakan antara resepi hidangan Cina yang menyihatkan dan mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Melon Tay II di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Jejari ketam
  • Cendawan
  • Sedikit suhun
  • 2 sudu kicap lemak
  • ½ sudu kicap pekat
  • ½ sudu serbuk lada hita,
  • ½ sudu minyak bijan
  • ½ sudu cuka
  • Bancuhan air tepung jagung
  • 1 biji telur

Cara-cara:

  1. Panaskan air dan masukkan jejari ketam, cendawan dan suhun.
  2. Selepas 5 minit, masukkan kicap lemak, kicap pekat, serbuk lada hitam, minyak bijan dan cuka.
  3. Masukkan air tepung jagung untuk memekatkan sup (pastikan tidak terlampau pekat).
  4. Matikan api dan masukkan sebiji telur. Kacau secepat mungkin setelah api dimatikan.
  5. Sedia untuk dihidang.

#4 Udang Butter

butter prawn
Imej via Facebook

Antara hidangan makanan laut yang merupakan hidangan Cina yang terkenal ialah udang butter. Resepinya mudah, jadi tak perlu risau. Resepi ini dikongsikan oleh Lin Zalika di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Mentega
  • Udang
  • Minyak masak
  • 3 biji kuning telur (atau lebih jika mahu sarang lebih banyak)
  • Daun kari
  • Bawang merah
  • Serbuk perasa / garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan mentega. Pastikan minyak betul-betul panas.
  2. Tuang kan kuning telur pelahan-lahan tuang dan pastikan jaraknya tinggi sedikit.
  3. Kacau telur kuning sambil menuangnya.
  4. Masukkan daun kari, bawang dan bahan perasa.
  5. Tunggu sehingga naik buih.
  6. Kemudian, matikan api dan tapiskan.
  7. Sedia untuk dihidang.

#5 Ayam Kung Pao

ayam kung pao resepi masakan cina
Imej via Facebook

Kekeringan idea semasa mencari menu makan tengah hari? Anda wajib cuba masak ayam kung pao, enak dinikmati bersama nasi putih panas-panas. Resepi ini dikongsikan oleh Mohd Nubli Kumkum Bin Mohd Nor di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam
  • Tepung jagung
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • Sedikit air
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lada kering (digunting)
  • Lada benggala
  • Bawang holland
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Sos cili
  • Sedikit bancuhan air tepung jagung
  • Kacang gajus
  • Daun bawang

Cara-cara:

  1. Salutkan isi ayam dengan tepung jagung, lada hitam, garam dan sedikit air. Gorengkan dan ketepikan.
  2. Tumiskan bawang putih, halia, lada kering, bawang holland, sos tiram, kicap manis, sos cili dan sedikit bancuhan air tepung jagung. Biarkan sekejap.
  3. Masukkan ayam yang digoreng tadi bersama kacang gajus dan daun bawang. Gaul rata.
  4. Sedia untuk dihidangkan.

#6 Nasi Goreng Cina

nasi goreng cina
Imej via Facebook

Nama pun nasi goreng Cina, semestinya ianya merupakan hidangan Cina. Hidangan ini juga senang untuk dibuat dan enak dinikmati untuk sarapan pagi. Resepi ini dikongsikan oleh Emee Sham di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi (disejukkan)
  • 2 biji telur (digoreng dan dihancurkan)
  • 4 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • Udang (dibuang kulit)
  • Sos tiram
  • Lobak (dipotong dadu)
  • Minyak bijan
  • Sedikit garam
  • Sedikit sos ikan
  • Kacang panjang (dihiris halus)
  • Daun bawang sebagai hiasan
  • Minyak untuk menggoreng nasi

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga garing seketika.
  2. Masukkan udang yang dibuang kulit dan kacau rata menggunakan api besar.
  3. Masukkan sos tiram, sedikit minyak bijan dan lobak. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata.
  5. Masukkan sos ikan dan telur. Kacau rata.
  6. Perasakan dengan garam.
  7. Masukkan kacang panjang. Matikan api.
  8. Hiaskan dengan daun bawang dan sedia untuk dihidang.

#7 Udang Kam Heong

udang kam heong
Imej via Facebook

Udang Kam Heong – sejenis hidangan udang goreng berempah yang cukup enak untuk dinikmati. Ianya juga mudah untuk dibuat. Resepi ini dikongsikan oleh Nora Syikin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Udang (digoreng dan diketepikan)
  • Bawang besar (dicincang)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Halia (dihiris halus)
  • Cili padi (dihiris halus)
  • Serbuk kari + cil kisar + air (dijadikan pes)
  • Daun kari
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap
  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Sedikit air sam jawa
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Gula
  • Bawang besar (dihiris bulat)

Cara-cara:

  1. Tumis bahan cincang dan daun kari.
  2. Masukkan pes campuran tadi dan tumis hingga naik bau d ian pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa semua sos dan kicap.
  4. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan udang dan bawang besar.
  6. Sedia untuk dihidang.

#8 Mi Wantan

resepi masakan cina
Imej via Facebook

Anda pasti biasa terdengar nama mi wantan, bukan? Ianya merupakan masakan Cina yang enak dan mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Nurnina Naeila Kow di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan sup:

  • 1 ulas bawang putih
  • ½ cm halia
  • Serbuk lada sulah
  • Kiub pati ayam
  • Bebola ikan dan kek ikan
  • Wantan
  • Ayam
  • Daun bawang
  • Bahan perasa

Bahan mi:

  • Mi wantan segera
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Sos tiram
  • Lada sulah
  • Minyak bawang putih(hiris bawang putih, goreng hingga garing dan ambil minyak)
  • Sayur sawi pak choi/taugeh (ikut selera)

Bahan kicap pedas Cina:

  • Kicap soya cair
  • Cili (dipotong)
  • Bawang putih (dicincang)

Cara-cara:

  1. Rebus ayam, bawang putih, hirisan halia dan kiub pati ayam hingga mendidih.
  2. Setelah ayam sudah masak, keluarkan.
  3. Masukkan bahan perasa, bebola ikan, kek ikan dan wantan.
  4. Biarkan sekejap, tutupkan airnya dan masukkan daun bawang. Lebihan wantan boleh digoreng sebagai hiasan di atas mi.
  5. Gaulkan ayam tadi dengan sos tiram, kicap pekat dan rempah cina.
  6. Perapkan sekejap, kemudian panggang.
  7. Setelah sejuk, hiris nipis.
  8. Untuk mi, celurkan mi wantan dan sayur. Kemudian, toskan.
  9. Campurkan kicap pekat, kicap manis, minyak bijan, sos tiram, minyak bawang putih dan lada sulah. Kacau sebati.
  10. Setelah sebati, hiaskan sayur tadi bersama ayam yang dipanggang serta wantan goreng dan taburkan dengan daun bawang.
  11. Untuk kicap pedas, campurkan kicap cair, cili dan bawang putih.
  12. Sedia untuk dihidang.

#9 Pulut Ayam

lo mai gai pulut ayam
Imej via Facebook

Pulut ayam atau Lo Mai Gai merupakan antara resepi masakan Cina yang wajib anda cuba. Ianya bukan sahaja sedap, malah mengenyangkan. Resepi ini dikongsikan oleh Ruby Yeoh di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 ketul peha ayam (dipotong kecil dan diperap dengan sos tiram, kicap cair dan lada hitam selama beberapa jam / semalaman)
  • 5 keping cendawan (direndam dan dipotong 4)
  • Segenggam udang kering (dicuci dan ditoskan)
  • 3 cawan beras pulut (direndam semalaman dan ditoskan)
  • Bawang putih (dicincang)
  • Bawang merah (dicincang)
  • Kicap pecat
  • Kicap cair
  • Minyak bijan
  • Lada hitam
  • Serbuk perasa
  • ½ cawan air

Cara-cara:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah cincang sehingga kekuningan.
  2. Masukkan udang kering dan cendawan goreng sekejap, kemudian lps tu baru masukkan ayam yang diperap tadi.
  3. Goreng hingga 70% masak dan ketepikan dulu.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
  5. Masukkan beras pulut yang telah direndam semalaman dan ditoskan bersama kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, lada hitam dan sedikit serbuk perasa.
  6. Kacau sebati, kemudian masukkan setengah cawan air.
  7. Kacau sehingga kering dan matikan api.
  8. Ambil mangkuk kerajang aluminium atau bekas kek kecil dan isikan ayam, cendawan dan udang kering ke dalamnya.
  9. Tutupkan dengan pulut yang digoreng dan tekankan pulut biar padat.
  10. Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
  11. Sedia untuk dihidang.

#10 Char Siew

char siew
Imej via Facebook

Char Siew atau sate ayam merupakan hidangan sate yang sedap dan manis. Ianya juga mudah untuk dicuba, rugi tak buat sendiri! Resepi ini dikongsikan oleh Mary Teo Lee Na di laman Facebook.

Bahan sate:

  • Isi ayam panjang
  • Madu
  • Sedikit cuka putih
  • Sedikit minyak bijan
  • Sedikit kicap air
  • Sedikit kicap hitam manis
  • Sedikit jus halia
  • Sedikit gula
  • Sedikit taucu hancur
  • Sedikit lada sulah putih
  • Sedikit bawang putih hitam (ditumbuk lumat)
  • Sedikit serbuk lima rempah
  • Beberapa titik pewarna merah

Bahan sos:

  • Sedikit air
  • Lebihan sos perapan ayam
  • Sedikit madu
  • Sedikit garam
  • Kicap manis
  • Air tepung jagung

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan sate degan ayam dan perapkan selama beberapa jam.
  2. Cucuk menggunakan lidi dan bakarkan.
  3. Untuk sos, campurkan lebihan sos perapan ayam dengan air.
  4. Tambahkan sedikit madu, garam dan kicap manis.           
  5. Renehkan dan masukkan sedikit air tepung jagung untuk memekatkan sosnya,
  6. Tapiskan untuk mendapatkan sos yang jernih.
  7. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi masakan Cina, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.