Mencari resepi ikan pari?

Ikan pari merupakan antara jenis ikan yang kerap digunakan dalam masakan. Ianya juga sesuai dinikmati bersama apa jenis kuah atau sambal, jadi tidak hairan lauk ini memang cukup popular di kebanyakan gerai.

Tiada idea untuk memasak ikan pari? Tidak mengapa, berikut kami senaraikan 10 aneka resepi ikan pari untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Ikan Pari Bakar

ikan pari bakar - resepi ikan pari
Imej via Facebook

Ikan pari bakar ini sememangnya jenis masakan ikan pari yang sangat digemari. Kelembutan dan kelembapan isi ikan pari serta aromanya harum memang menggamit selera. Resepi ini dikongsikan oleh Erma Azizie di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 ekor ikan pari sedang (dipotong dua)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 10 batang cili kering (dibuang biji dan direbus)
  • 3 batang cili besar
  • 4 batang cili padi
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Daun limau purut (mayang halus)
  • Daun kunyit (dimayang halus & dibuang urat tengah)
  • Daun pisang
  • Kerajang aluminium

Cara-cara:

  1. Cuci bersih ikan pari.
  2. Kisar bawang besar, bawang putih, cili kering, cili besar, dan cili padi.
  3. Ambil kuali bersih, masukkan minyak dan tumis semua bahan kisar hingga garing.
  4. Masukkan asam keping, garam, gula, serbuk perasa.
  5. Masukkan daun limau purut dan daun kunyit.
  6. Ambil kerajang aluminium dan lapikkan daun pisang.
  7. Ambil sambal dan letak sikit atas daun pisang.
  8. Letakkan ikan dan letak lagi sambal. Balutkan.
  9. Bakar sehingga ikan masak (boleh guna oven atau pemanggang ajaib).
  10. Sedia untuk dihidang.

#2 Asam Pedas Ikan Pari

asam pedas ikan pari - resepi ikan pari
Imej via Facebook

Satu lagi resepi ikan pari yang boleh anda cuba ialah asam pedas ikan pari. Resepinya bukan sahaja mudah, malah bahan-bahannya juga tidak terlalu banyak. Resepi ini dikongsikan oleh Farhana Ismail di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan pari
  • Bunga kantan *optional
  • Daun kesum
  • Tomato

Bahan kisar:

  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • Belacan
  • Halia
  • Lengkuas
  • 2 batang serai (dititik)
  • 5 sudu besar cili kisar (nak pedas lebihkan)
  • Air asam jawa
  • Garam dan gula

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dan cili kisar.
  2. Masukkan serai dititik dan tumis sampai pecah minyak.
  3. Tambah air asam jawa. Tambah air ikut kepekatan yang anda mahu.
  4. Biar mendidih dan masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan.
  5. Perasakan garam gula secukup rasa.
  6. Masukkan tomato dan setelah masak, matikan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

#3 Ikan Pari Masak Lemak Pecel

pecel pari - resepi ikan pari
Imej via Facebook

Pernah cuba resepi ikan pari masak lemak pecel? Bukan mudah untuk jumpa hidangan ini di kedai makan, jadi anda cuba sahaja sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan pari bakar
  • Air asam
  • Santan
  • Daun kunyit /daun cekur
  • Isi cekur
  • Bawang merah dan bawang putih
  • Cili padi

Cara-cara:

  1. Tumbuk isi cekur, bawang merah, bawang putih dan cili padi.
  2. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan sedikit air.
  3. Masukkan ikan pari, air asam dan santan. Masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan sedikit garam dan taburkan dengan daun cekur atau daun kunyit.
  5. Sedia untuk dihidang.

#4 Hati Ikan Pari Masak Pais Cili Api

pais hati pari
Imej via Facebook

Pernah terdengar teknik masakan ini – masak pais? Ianya merupakan ikan atau lauk yang diletakkan rempah dan dimasak dalam bungkusan daun pisang. Resepi ini dikongsikan oleh Hayati Hj Hasnan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Hati ikan pari
  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Garam
  • Air limau kasturi
  • Hirisan daun kunyit
  • Daun pisang untuk alas

Cara-cara:

  1. Buangkan hempedu hati ikan pari.
  2. Kisarkan cili api, kunyit hidup dan garam.
  3. Alaskan ikan pari di atas daun pisang dan lumurkan dengan bahan kisar.
  4. Perahkan air limau kasturi dan taburkan hirisan daun kunyit ke atas hati pari.
  5. Biarkan atas api sederhana hingga keluar minyak.
  6. Setelah masak, sedia untuk dihidang.

#5 Ikan Pari Cicah Sambal Kerisik Bersantan

pari sambal kerisik
Imej via Facebook

Ikan pari cicah sambal kerisik bersantan – hidangan yang bukan sahaja mudah untuk disediakan, malah melazatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Dtn Seri Nor di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan pari
  • Kunyit
  • Garam
  • Asam jawa

Bahan sos

  • 10 biji cili api
  • 5 biji cili besar
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji limau kasturi
  • Belacan ikut kesukaan
  • Santan atau susu cair
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Rebus ikan pari dengan kunyit, garam dan asam jawa.
  2. Kisarkan cili api, belacan, gula, garam dan serbuk perasa bersama santan.
  3. Gaulkan bahan kisar dengan kerisik dan perahkan limau kasturi.
  4. Masukkan bawang besar yang dihiris.
  5. Sedia untuk dihidang.

#6 Ikan Pari Masak Sagol

pari masak sagol
Imej via Facebook

Bagi pembaca yang menetap di Sabah, pasti anda biasa terdengar cara masakan masak sagol ini, bukan? Ianya juga sesuai untuk ikan pari. Resepi ini dikongsikan oleh Nana Sabrina Sarsan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A:

  • 6 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 2 batang serai dititik
  • Tumbuk bahan bertanda * (pastikan tidak dikisar)

Bahan B:

  • 1 kg ikan pari
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Serbuk lada putih/sula
  • Garam gula dan serbuk perasa
  • 1½ cawan minyak
  • Air
  • ½ gelas air asam jawa

Cara-cara:

  1. Potong ikan pari bersaiz sederhana.
  2. Didihkan air dalam kuali dan masukkan ikan pari. Rebus sehingga masak.
  3. Angkat ikan dan bilas dengan air bersih. Toskan.
  4. Asingkan isi ikan dan tulang kasar.
  5. Perapkan ikan pari dengan serbuk kunyit, garam, gula, serbuk perasa dan lada putih selama 15 minit. Gaul rata.
  6. Dalam mangkuk kecil, masukkan serai terlebih dahulu diikuti dengan bahan yang telah dtumbuk. Gaul hingga layu.
  7. Masukkan air yang telah dibancuh bersama serbuk kunyit dan akr asam jawa tadi. Gaul sehingga mendidih.
  8. Masukkan ikan  dan perlahankan api, gaul sehingga air nampak agak kering.
  9. Gaul sentiasa agar ikan tidak melekat pada kuali.
  10. Sedia untuk dihidang.

#7 Hati Ikan Pari Masak Pengantin

hati pari masak pengantin
Imej via Facebook

Selalunya kita terdengar lauk hati lembu masak pengantin, kali ini apa kata anda cuba resepi hati ikan pari masak pengantin pula? Resepi ini dikongsikan oleh Azura Jack Jaafar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Hati ikan pari
  • 2 cawan air
  • 3 sudu besar minyak

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Cili kering ikut kepedasan (direndam air panas)
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh lada hitam(direndam air panas)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tuangkan semua bahan kisar dan tambahkan air.
  2. Masukkan hati pari dan masukkan garam, gula, air dan asam jawa secukup rasa. Pastikan api sederhana sahaja.
  3. Biarkan dan jangan kacau. Masak sehingga kuah memekat.
  4. Sedia untuk dihidang.

#8 Ikan Pari Sinagol

ikan pari sinagol
Imej via Facebook

Ikan pari sinagol ini merupakan resepi orang Sabah. Sinagol bermaksud tumis kunyit yang rasanya seolah-olah singgang ikan tetapi versi kering. Resepi ini dikongsikan oleh Mamy Shiema di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ubi kayu (siap diparut)
  • Sedikit garam
  • Minyak masak
  • Sedikit kelapa parut
  • Ikan pari (dipotong kecil dan dibuang bahagian insang. Hati diasingkan. Basuh bersih)
  • Tomato (dipotong empat)
  • Daun limau purut (digunting)
  • Air asam jawa yang sedikit pekat
  • Garam dan serbuk perasa
  • Cili ikut kepedasan (digunting)

Bahan tumbuk:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Bawang besar
  • Kunyit hidup
  • Halia
  • Serai
  • Cili api

Cara-cara:

  1. Gaulkan garam bersama ubi kayu, sedikit minyak masak, sedikit kelapa parut hingga sebati.
  2. Letakkan bahan tadi ke dalam loyang kukus dan kukuskan sehingga masak semua permukaan. Ketepikan.
  3. Basuh ikan pari dengan air tepung gandum yang pekat dan cuci bersih untuk hilangkan hanyir pari.
  4. Rebus ikan pari hingga masak.
  5. Setelah masak, tapis dan hancurkan isi pari menggunakan sudu.
  6. Asing bahagian tulang-tulang besarnya.
  7. Tumbuk bahan tumbuk dan panaskan minyak. Pastikan jumlah minyak sedikit banyak. Tumis sehingga naik bau.
  8. Masukkan tomato, daun limau purut dan ikan pari yang telah hancur tadi. Gaul sebati.
  9. Masukkan air asam yang sedikit pekat.
  10. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  11. Tambahkan serbuk kunyit jika kelihatan pucat.
  12. Boleh tambahkan cili jika mahu sedikit pedas.
  13. Masak hingga mendidih dan sebati.
  14. Sedia untuk dihidang.

#9 Ikan Pari Masak Lemak Pecal

pari lemak pecal
Imej via Facebook

Bagi yang sukakan hidangan yang rasanya berlemak dan pedas, anda wajib cuba resepi ikan pari masak lemak pecal ini. Resepi ini dikongsikan oleh Khaulah Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan pari
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Cekur
  • Lada kecil ikut kepedasan
  • Kunyit hidup/serbuk kunyit *optional untuk warna kuah
  • Santan kotak
  • Air asam
  • Daun cekur

Cara-cara:

  1. Bakar ikan pari supaya isi tidak pecah semasa memasak.
  2. Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada kecil, cekur, kunyit hidup atau serbuk kunyit.
  3. Tumis bahan tumbuk hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air asam, santan kotak dan masukkan ikan.
  5. Setelah mendidih, masukkan serbuk perasa, garam dan gula.
  6. Hiriskan daun cekur dan taburkan di atas ikan. Matikan api.
  7. Sedia untuk dihidang.

#10 Asam Pedas Nonya Ikan Pari

asam pedas nyonya
Imej via Facebook

Pernah cuba resepi asam pedas nyonya? Asam pedas nyonya ini rasanya lebih berempah, memang sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Rossma Arianie di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan pari (dipotong 6 keping atau 5 ekor ikan)
  • 5 sudu besar cili kering kisar (boleh tambah)
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • Garam

Bahan tumbuk:

  • 2 sudu ketumbar biji
  • 2 sudu jintan manis
  • Serai

Bahan kisar:

  • 8-9 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci halia
  • Bahan tambahan
  • Daunkesum
  • Bunga kantan
  • Tomato
  • Bendi
  • Halba
  • Daun limau purut

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak yang agak banyak, sesuai dengan bahan yang hendak ditumis.
  2. Tumis bahan kisar, bahan tumbuk dan cili kisar sehingga wangi dan benar-benar garing, masak dan terbit minyak.
  3. Masukkan air secukupnya. Bila kuah mendidih, baru dimasukkan ikan pari
  4. Masukkan garam, gula dan air asam secukupnya.
  5. Sesuaikan rasa dan boleh angkat.
  6. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi ikan pari, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.