Coklat dan pisang, satu kombinasi yang amat menarik. Memberikan rasa lemak dan manis, pasti dapat menarik selera yang menikmatinya. Kali ini kami bawakan resepi yang amat istimewa buat anda semua, resepi Muffin Pisang Cadbury.

Resepi ini amat lazat dan sesuai untuk dihidangkan kepada anak – anak anda. Sekiranya anda mencari resepi yang boleh dihidangkan kepada ramai tetamu di majlis keraian, resepi ini untuk anda. Cara pembuatannya amat mudah kerana tidak  menggunakan mixer atau ketuhar, serta bahannya juga mudah untuk didapati.

Resepi Muffin Pisang Cadbury ini telah dikongsikan oleh Noriza Zainal Abidin dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom kita lihat!

Resepi Muffin Pisang Cadbury

Resepi Muffin Pisang Cadbury

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 biji telur
  • 40 gram gula halus/pasir
  • 70 gram butter cair/minyak masak
  • 70 gram pisang
  • 50 gram tepung gandum
  • 1/4 st baking powder
  • 1/8 st soda bikarbonat
  • Cadbury (hiasan)

Cara penyediaannya:

  1. Blend kesemua bahan kecuali cadburry.
  2. Kemudian, masukkan ke dalam papercup. Hiaskan dengan Cadburry.
  3. Masukkan ke dalam air fryer dan bakar dengan suhu 180°c selama 15 minit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .