Pastinya ada antara anda yang sangat menggemari mee kari bukan? Pada kali ini, kita akan kongsikan resepi mee kari yang sudah semestinya enak.

Mee kari sesuai untuk dijadikan sebagai sarapan, makan tengahari ataupun makan malam. Jadi, anda bolehlah hidangkan mee kari ini pada bila-bila masa sahaja apabila sudah siap dimasak nanti.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat cara-cara dan bahan-bahan untuk menyediakan mee kari ini. Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman sosial Facebook miliknya dan telah mendapat banyak perkongsian.

Resepi Mee Kari

Resepi Mee Kari

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 biji bawang merah (blend)
  • 1 labu bawang putih (blend)
  • 2 pek serbuk kari daging (kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3 sekawan
  • 2 kiub pati ayam maggi
  • Fishcake
  • Fishball
  • Tauhu kering
  • Isi ayam atau tulang-tulang ayam
  • 1 kotak santan 200ml
  • Gula dab garam secukupnya
  • Air
  • Ikan bilis segenggam diblend dengan sedikit air sampai hancur (rahsia penyedap mee kari)

Bahan hiasan:

  • Telur Rebus
  • Cili merah
  • Sawi
  • Taugeh
  • Limau kasturi

Cara penyediaannya:

  1. Tumis bahan kisar, 3 sekawan, cili kisar dan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak dan naik bau dan masukkan ikan bilis yang telah dikisar tadi.
  2. Masukkan batang sawi yang telah dipotong (batang sahaja). Masukkan ayam, fishball dan fishcake.
  3. Masukkan air dan santan secukupnya. Jika mahu kuah pekat atau cair boleh kurangkan atau tambahkan air.
  4. Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Jika mahu boleh masukkan ajinomoto sedikit. Masukkan tauhu kering.
  5. Tunggu sehingga mendidih dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .