Mencari resepi lauk simple?
Bukan mudah untuk menyiapkan makanan dalam keadaan kita terkejar-kejar waktu untuk ke pajabat. Wujudnya konflik apabila kita mahu menikmati lauk yang sedap, tetapi mudah dan cepat untuk dimasak. Boleh ke?
Semestinya ya! Tidak mustahil untuk anda memasak lauk yang ringkas dan mudah. Jadi, berikut kami senaraikan 25 resepi lauk simple untuk anda cuba. Teruskan membaca!
Mariani Hussin telah berkongsikan resepi mudah menggunakan telur iaitu Telur Masak Sos. Walaupun mudah, pasti bertambah lebih-lebih lagi jika makan dengan nasi panas. Jika anda mempunyai masa yang singkat untuk memasak, anda perlu cuba menu ini.
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili. Goreng sampai warna kekuning-kuningan.
2. Masukkan sos cili dan sedikit air.
3. Masukkan sedikit garam.
4. Masukkan telur mata kerbau yang sudah digoreng tadi dan teruskan kacau. Biarkan lama sedikit supaya kuah dapat menyerap ke dalam telur.
Ada yang suka makan gulai tempoyak? Jika ada yang tidak tahu, resepinya memang sangat mudah. Gulai tempoyak sedap dimakan bersama ikan patin, ikan keli dan sebagainya. Untuk kali ini, Yatie Syed telah berkongsi resepi Gulai Tempoyak Ikan Termenung.
1. Kisar cili api, bawang dan kunyit hidup. Letakkan ke dalam kuali bersama serai yang telah diketuk.
2. Kisar tempoyak bersama air dan masukkan ke dalam kuali.
3. Masak semua sampai mendidih. Masukkan timun, ikan, garam dan gula.
4. Siap.
Tak ramai yang mampu membuat sambal paru yang sempurna dan cukup rasa. Namun, ikuti resepi milik Farhana Al-Idrus untuk mendapatkan sambal paru yang lembut dan sedap.
Bahan perapan untuk goreng :
Bahan Sambal (Kisar Semua):
1. Rebus paru sehingga lembut dan potong nipis-nipis.
2. Selepas rebus, perap sekejap bersama bahan perapan untuk di goreng. Jangan terlampau garing, nanti paru akan keras.
3. Tumis semua bahan kisar untuk sambal.
4. Selepas naik minyak, masuk garam, gula dan sedikit bahan perasa. Lebihkan gula agar sambal berkilat dan cantik warnanya.
5. Selepas masukkan gula, perlahankan api. Tunggu sampai sambal berkilat, baru masukkan paru dan gaul.
Ikan masak cuka juga merupakan menu mudah untuk menghasilkannya. Ikuti resepi Norizah Saad untuk menghasilkan ikan masak cuka yang secukup rasa.
1. Gaul ikan dengan sedikit kunyit dan garam. Gorengkan ikan dalam minyak panas.
2. Ambil periuk dan ubuh sedikit minyak. Apabila panas, tumis biji sawi.
3. Masukkan bawang kecil dan bawang putih.
4. Masuk ½ cawan air.
5. Masukkan cuka, garam, gula dan cili padi.
6. Biarkan sekejap dan angkat lalu sudah boleh dihidang.
Buat penggemar ayam, menu ini mungkin menjadi menu simple tetapi sedap yang membuatkan anda bertambah nasi. Ikuti resepi milik Cik Puan Ain pasti menjadi. Rasa pedas, manis dan masin yang seimbang.
1. Tumis bahan hiris hingga wangi.
2. Masukkan kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan sedikit serbuk perasa dan gaul rata.
4. Masukkan ayam goreng, bawang besar dan cili merah. Gaul rata hingga bawang dan cili layu. Sedia untuk dihidangkan.
Asam ikan rebus juga menjadi pilihan ramai untuk masak menu simple yang enak. Gulai ini sedap dimasak bersama nenas. Untuk resepi kali ini, Norashikin Ismail menggunakan ikan kembong sebagai lauknya.
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Didihkan air. Masukkan cili merah, asam keping dan daun kesum.
3. Apabila sudah sebati, perasakan dengan garam.
4. Masukkan nenas dan bendi.
5. Masukkan ikan dan perlahankan api.
6. Angkat jika sudah masak.
Bagi penggemar daging, anda perlu cuba resepi ini. Lebih sedap jika menggunakan daging batang pinang seperti yang dibuat oleh Fuza Abas. Jika anda menggunakan daging pada bahagian lain, perap daging dengan sesudu kecil soda bikarbonat. Kemudian, bilas dan perap dengan garam dan kunyit.
Bahan hiris:
Bahan lain:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis daging yang sudah diperap tadi.
2. Ketepikan sedikit daging dalam pan@kuali tadi lalu masukkan bahan hirisan. Tumis sehingga layu, kemudian masukkan bahan hirisan.
3. Letakkan kesemua bahan lain dan perasakan mengikut citarasa anda.
4. Gaulkan dan siap.
Tengok bahan-bahan yang dibuat untuk memasak keli belado pasti ramai akan menolak untuk membuatnya sebagai menu simple. Walaupun menggunakan banyak bahan, cara nak memasak sangat mudah. Ikuti resepi milik Fateema Azzahra ini.
1. Goreng bahan bertanda * sehingga wangi dan naik bau. Kemudian tutup api, sejukkan kejap dan kisar. Kisar kasar jangan terlalu halus.
2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tiram, perasakan garam, gula dan serbuk hilal.
3. Masak hingga mendidih dan dapat tekstur pekat berpalut. Siram atas keli.
Rupanya ada tips untuk menghasilkan sambal sardin yang enak dan tidak hanyir. Memasak sardin memang mudah namun ada cara untuk membuatkannya tidak hanyir. Bahan penting adalah halia dan air asam jawa. Ikuti resepi yang dikongsikan oleh Mawar Merah ini.
1. Tumis bahan tumbuk atau cili kering kisar dan tumis sampai naik bau.
2. Masukkan halia, cili padi dan sos sardin dan biarkan sampai mendidih.
3. Masukkan sardin, air asam jawa dan kentang. Gaul-gaul manja jangan sampai sardin hancur.
4. Apabila sambal sudah masak, masukkan bawang yang dipotong bulat. Letak sedikit garam atau perasa siap.
Bosan makan gulai lemak masak lala? Apa kata anda cuba resepi lala masak kam heong yang dikongsikan oleh Warong Mak Misai. Walaupun menggunakan pelbagai bahan, namun cara memasaknya agak mudah.
Bahan utama:
Bahan pes:
1. Tumis bahan hiris lalu masukkan daun kari.
2. Masukkan bahan pes yang sudah dibancuh tadi.
3. Masukkan lala, letak sedikit air.
4. Siap dan hiaskan dengan daun sup.
Bagi pecinta kerang pula, sudah menjadi kebiasaan apabila makan bersama sambal kicap. Apa kata anda cuba kelainan dengan mengikut resepi milik Cik Puan Azura dengan Kerang Ala Thai Pedas, Masam dan Manis.
1. Rebus kerang, apabila sudah masak, buang kulit separuh.
2. Tumbuk cili padi dan bawang putih.
3.Cincang tomato (buang bijinya) dan daun ketumbar.
4. Gaulkan semua, perisakan dengan air perahan limau, gula dan garam .
Sebut sahaja menu simple yang berkuah, pasti sup ayam yang terlintas di fikiran. Sup memang mudah untuk disediakan namun ada cara memasak yang pasti membuatkan anda bertambah. Tak percaya? Ikuti resepi dari Aisyah Humaira.
Bahan lain:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang dihiris hingga garing dan hampir gelap. Masuk pula bahan kisar dan tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
2. Setelah pecah minyak, masukkan rempah sup. Kacau rata hingga terbit bau. Masukkan air mengikut banyak kuah yang diingini dan akhir sekali masukkan ayam.
3. Reneh hingga ayam lembut atau masak masukkan semua bahan berbaki satu persatu dan kacau rata. Siap.
Aida Akashahfitri pula berkongsikan resepi Ikan Air Asam Cabai Picit yang sedap. Rasanya yang masam, manis dan pedas memang mengiurkan. Buat penggemar makanan pedas, anda perlu cuba resepi ini!
1. Masukkan cili padi, belacan dan air asam jawa ke dalam bekas.
2. Picitkan atau patahkan cili padi.
3. Tenyeh belacan sampai hancur dan sebati di dalam air asam jawa.
4. Masukkan garam.
5. Perahkan air limau nipis atau limau kasturi.
6. Kalau rasa nak berkuah lagi, tambah air masak sejuk, air rebusan ikan, air mineral atau air coway.
7. Masukkan ikan rebus dan siap.
Menu yang pernah viral ini mendapatkan sambutan yang hangat. Bawang putih menambahkan lagi aroma ayam tersebut. Ayam pula rangup diluar dan lembut didalam. Jom ikuti resepi dari Novelis Affieyza Isahak.
1. Kisar bahan bertanda *. Curahkan bahan kisar dengan bahan lain.
2. Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik.
3. Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Buat peminat ikan bakar, Dani J Tang berkongsi resepi ikan bakar mudah dan cukup rasa termasuk rempah dan bahan perapannya.
Bahan-bahan perapan:
1. Gaul bahan perapab dan lumur pada ikan. Perap sekejap (30min – 1 jam).
2. Sediakan loyang yang di lapik baking paper atau daun pisang.
3. Kemudian letak di atas dapur gas. Susun ikan, kemudian renjiskan minyak (anggaran dalam 2 hingga 3 sudu makan.
4. Hidupkan api. Tutup guna penutup periuk untuk tutup loyang. Balikkan setiap sisi tu dalam 15 minit bergantung saiz ikan. Panggang sehingga masak.
Jika menu ikan bilis kentang berlada ini tidak tersenarai sebagai lauk yang ringkas, memang tak sah. Bahannya sedikit serta cara masakannya juga sangat mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nabillah Zuillkipli di laman Facebook.
Tempe merupakan makanan yang sangat mengenyangkan dan ianya juga kaya dengan protein. Kebanyakan cara masakannya juga mudah, termasuklah jika digoreng bersama daun kari. Resepi ini dikongsikan oleh Razila Razak di laman Facebook.
Bahan A:
Bahan B:
Cara-cara:
Bagi penggemar makanan laut, anda boleh cuba resepi sotong goreng kunyit ini. Selain mudah dan cepat untuk dimasak, rasanya juga sedap. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Hasimah di laman Facebook.
Teringin untuk menikmati ayam goreng ala KFC? Resepi serta bahan-bahannya cukup ringkas. Boleh juga dibuat bekal buat anak-anak anda, pasti mereka suka. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Syaidatul Fazreen di laman Facebook.
Daging dendeng merupakan resepi yang berasal dari Indonesia, khususnya resepi orang Minangkabau. Cara penyediannya yang mudah serta rasanya enak merupakan antara faktor popularitinya. Resepi ini dikongsikan oleh Rosidah Binti Ahmad di laman Facebook.
Resepi ikan masak asam ini juga merupakan antara resepi lauk simple yang wajib anda cuba. Mudah dan cepat untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di laman Facebook.
Lauk ini cukup sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas, ditambah pula dengan sambal kicap, pasti memikat hati! Resepi ayam goreng kunyit juga senang untuk dicuba. Resepi ini dikongsikan oleh Nina Mahdar di laman Facebook.
Mudahkah menyediakan sotong goreng tepung? Semestinya ya! Cara penyediannya tidak terlampau rumit dan ianya juga cepat untuk disediakan. Enak dimakan bersama sos cili! Resepi ini dikongsikan oleh di Atirah Abdullah Shah Aimin di laman Facebook.
Bahan A:
Bahan B:
Merebus dan menumis – ini sahaja langkah penyediaan untuk resepi sambal telur ini. Memang rugi jika anda tak cuba, tambahan pula semasa anda berkejaran ke tempat kerja. Resepi ini dikongsikan oleh Nor Haidah Md Said di laman Facebook.
Ayam butter merupakan resepi yang viral beberapa tahun lepas. Rasanya yang lemak berkrim membuatkan ramai orang kita menggemarinya. Langkah peneydiannya juga mudah! Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Q Aini di laman Facebook.
Bahan A:
Bahan B:
Selain koleksi resepi lauk simple, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!