Mencari resepi kuih tradisional Melayu yang mudah?

Negara kita memang kaya dengan pelbagai tarikan, makanan merupakan salah satunya. Kuih-muih merupakan antara jenis makanan yang terkenal dan cukup beraneka. Ini termasuklah kuih tradisional Melayu.

Pening memikirkan resepi apa yang mudah? Jangan risau, berikut kami senaraikan 10 resepi kuih tradisional Melayu mudah untuk anda.

#1 Bahulu Sukatan Cawan

resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Bahulu merupakan antara kuih tradisional Melayu yang cukup popular. Ianya juga mudah untuk disediakan. Resepi ini dikongsikan oleh Ina Abirin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh esen vanila *optional
  • 1-2 titik pewarna kuning
  • 2 cawan tepung gandum (ditapis)

Cara-cara:

  1. Pukul telur hingga kembang.
  2. Setelah kembang, masukkan gula, esen vanilla dan pewarna kuning. Pukul sebati.
  3. Masukkan tepung dan pukul sebati.
  4. Panaskan ketuhar dan acuan bahulu selama 10 minit.
  5. Keluarkan acuan bahulu dan sapu sedikit minyak pada acuan.
  6. Isikan adunan bahulu dan bakar selama 10 – 15 minit atau sehingga masak.
  7. Sedia untuk dihidang.

#2 Jemput Jemput

resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Kuih ini bunyinya seperti kuih biasa sahaja, namun ianya cukup enak dinikmati semasa minum petang atau sebagai kudapan. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Nor Farahin di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 2 cawan air panas mendidih
  • 3 sudu gula

Cara-cara:

  1. Sebatikan adunan.
  2. Biarkah doh suam sedikit dan bulatkan hingga menjadi padat.
  3. Panaskan minyak, kemudian padamkan api dan masukkan adunan tadu sehingga tenggelam.
  4. Hidupkan api semula menggunakan api sederhana dan kacau setiap 10 saat.
  5. Sedia untuk dihidang.

#3 Buah Melaka

Imej via Facebook

Kuih ini kerap menjadi rebutan ramai tidak kira semasa waktu sarapan atau makan petang – buah melaka! Ianya manis dan kenyal, memang best. Resepi ini dikongsikan oleh Emma Arissa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1½ cawan air suam (air dikisar dengan daun pandan)
  • 1-2 keping gula melaka (potong kecil)
  • 2 cawan kelapa parut
  • Sedikit garam
  • 1 helai daun pandan
  • Pewarna kegemaran

Cara-cara:

  1. Satukan tepung pulut dan tepung gandum. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga licin dan tak melekat pada tapak tangan.
  2. Cubit doh sebesar guli, leperkan dan masukkan inti (potongan gula melaka). Tutup kemas dengan doh, gentel bulat. Buat hingga adunan habis.
  3. Didihkan air dan masukkan daun pandan.
  4. Rebus bebola doh hingga masak, guna api sederhana sahaja.
  5. Setelah masak, angkat dan masukkan ke dalam air sejuk. Biarkan sejuk seketika. Kemudian, toskan.
  6. Salut dengan kelapa parut yang diletakkan sedikit garam.
  7. Sedia untuk dihidang.

#4 Kuih Bangkit Santan

Imej via Facebook

Ini pula merupakan kuih tradisional Melayu yang terkenal terutamanya semasa hari raya – kuih bangkit. Resepinya juga mudah untuk dicuba sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Zura Abu Bakar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan rata tepung ubi kayu
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 cawan atau lebih pati santan dari sebiji kelapa (jangan campur air) / santan kotak
  • 1 cawan rata gula aising untuk manis sederhana / gula halus (lebih manis)
  • 2 biji kuning telur gred B
  • Sehelai daun pandan (disiat & disimpul)

Cara-cara:

  1. Campur kedua-dua jenis tepung dan daun pandan.
  2. Goreng tanpa minyak (sangrai) dalam kuali hingga ringan. Kemudian, ayak dan sejukkan.
  3. Masukkan gula ke dalam mangkuk. Campur kan telur lalu dikacau hingga sebati & kembang.
  4. Masukkan tepung dan santan sedikit demi sedikit sambil diuli hingga menjadi doh. Uli sehingga doh tidak melekat di tangan.
  5. Ambil seketul doh, gelek dengan penggelek dan tekap dengan acuan ikut bentuk kesukaan anda.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 160°C selama 30 minit atau hingga masak (bergantung kepada ketuhar masing-masing).
  7. Sedia untuk dihidang.

#5 Kuih Koci

resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Kuih koci ini bukan sahaja terkenal di Malaysia, malah ianya juga popular di Indonesia dan Singapura. Bahan-bahannya juga ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Norhidayu Abdul Majid di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ½ cawan tepung pulut
  • ½ cawan tepung pulut hitam
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air

Bahan inti:

  • 1 biji kelapa
  • 1 cawan gula melaka
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula pasir

Bahan santan:

  • 2 cawan santan
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Untuk bahan kuih koci, satukan semua bahan dan bancuhkan dengan air. Masukkan air sedikit demi sedikit untuk melihat tahap kelembutan yang diingini.
  2. Untuk inti, kacau semua bahan hingga agak kering.
  3. Setelah kering, masukkan tepung jagung dan kacau sehingga inti kering.
  4. Untuk santan, campurkan semua bahan dan kacau atas api hingga pekat. Padamkan api.
  5. Ambil adunan saiz seperti guli dan lebihkan sedikit.
  6. Leperkan dan boleh masukkan inti, kemudian bulatkan. Buat sehingga adunan habis.
  7. Didihkan air dan masukkan kuih tadi dan biarkan ia timbul.
  8. Setelah masak, angkat dan masukkan dalam santan yang dimasak tadi.
  9. Ambil daun pisang dan letkan sedikit minyak. Bungkuskan kuih koci tadi.
  10. Kukuskan selama 5 minit.
  11. Sedia untuk dihidang.

#6 Ketayap

resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Ini juga merupakan antara resepi kuih tradisional Melayu yang mudah – kuih ketayap. Resepi ini dikongsikan oleh Irhana Canella di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan ketayap:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung ubi
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air secukupnya
  • Secubit garam
  • Pewarna hijau / air pandan

Bahan inti:

  • ½ kelapa parut
  • Gula merah
  • Gula pasir
  • Secubit garam
  • Sedikit air
  • 1 sudu tepung ubi
  • Sehelai daun pandan

Cara-cara:

  1. Untuk ketayap, kisar semua bahan dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  2. Gunakan 1 senduk dan adunkan di kuali / lenggangkan. Ulang sehingga adunan habis.
  3. Untuk inti kelapa, masak sehingga gula larut dan masukkan kelapa parut, garam dan tepung ubi. Biarkan kering.
  4. Sedia untuk dihidang.

#7 Kuih Tahi Itik

resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Nama kuih ini memang unik, namun rasanya yang lemak berkrim pasti akan buat ramai menggemarinya. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 10 biji putih telur
  • 500 ml santan
  • 400 g gula pasir (boleh kurangkan kalau nak kurang manis)
  • 100 g tepung pulut
  • 150 g tepung beras
  • Sehelai daun pandan (dicarik)
  • Sedikit esen vanila

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan dan kacau atas api sehingga masak dan nampak sedikit berkilat. Biarkan sejuk.
  2. Bulatkan atau boleh dibentuk mengikut kesukaan sendiri.
  3. Sedia untuk dihidang.

#8 Sopang Goreng

Resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Kuih sopang merupakan kuih tradisional Negeri Sembilan yang berasaskan pisang. Bahan-bahannya juga ada empat sahaja! Resepi ini dikongsikan oleh Azlynn’s Kitchen di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang masak / 2 biji pisang berangan
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ paket tepung pulut
  • Inti kelapa

Cara-cara:

  1. Lenyekkan pisang dan gaul sebati dengan garam.
  2. Masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga doh tidak melekat pada bekas.
  3. Uli kecil dan masukkan inti.
  4. Goreng menggunakan api perlahan.
  5. Sedia untuk dihidang.

#9 Kuih Bom Bijan

resepi kuih tradisional melayu mudah
Imej via Facebook

Salah satu resepi kuih tradisional Melayu yang mudah ialah kuih bom bijan. Nampak seperti susah, namun senang sahaja caranya. Resepi ini dikongsikan oleh EiTa EiMi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung pulut
  • ½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • Air secukupnya
  • Bijan
  • Inti mengikut kesukaan

Cara-cara:

  1. Sediakan bekas dan masukkan semua bahan-bahan. Uli rata.
  2. Masukkan air sedikit demi sedikit, pastikan tekstur tidak terlalu lembik.
  3. Golekkan pada bijan dan bulat-bulatkan supaya rata.
  4. Sejukkan di dalam peti ais selaam sejam.
  5. Gorengkan menggunakan api sederhana.
  6. Sedia untuk dihidang.

#10 Kuih Nekbat

Imej via Facebook

Kuih ini merupakan antara kuih yang terlaris semasa bulan puasa, namun anda juga boleh buat sendiri kerana resepi dan bahannya memang ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Siti Nur Zafikah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Gula + air (mengikut kemanisan)
  • 4 – 5 kuntum bunga cengkih
  • Daun pandan (disimpul)
  • Nekbat (segera)

Cara-cara:

  1. Masak air gula, letakkan bunga cengkih, daun pandan dan masukkan nekbat.
  2. Apabila nekbat sudah kembang, padamkan api.
  3. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi kuih tradisional Melayu mudah, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.