Kuih kaswi merupakan salah satu kuih tradisional yang sedap untuk dinikmati dan dimakan. Ramai yang menjadikan kuih ini sebagai menu petang kerana cara penyediaannya yang mudah dan menggunakan bahan-bahan asas. Kuih ini juga sangat sesuai untuk minum pagi dan minum petang.

Selain itu, kuih ini juga mudah didapati di pasar pagi. Kuih yang lembut dan kenyal cukup menjadikan kuih ini terkenal dalam kalangan masyarakat. Hal ini juga kerana kuih ini boleh dinikmati dari pelbagai peringkat umur, sama ada muda mahupun tua. Jom tengok pelbagai resepi kuih kaswi yang sedap dan mudah disediakan dan telah dikongsi di bawah.

Kuih Kaswi Sukatan Cawan

Imej via [facebook]

Kuih kaswi sukatan cawan menjadi salah satu resepi yang terkenal dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana resepi ini sangat mudah untuk diikuti. Jadi tidak masalah sekiranya anda tidak mempunyai pengalaman membuat kuih ini. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Nurul Jannah di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula pasir halus
  • 5 cawan air
  • 3 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil air kapur

Bahan-bahan salutan:

  • Kelapa parut
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil gula
  • 2 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

 1)Panaskan kuali dan masukkan 2 cawan air. Biarkan mendidih.

2)Masukkan 1 cawan gula merah dan kacau rata.

3)Masukkan 3 helai daun pandan dan kacau rata. Biarkan mendidih.

4)Tapis air gula melaka yang telah mendidih tadi dan masukkan 3 cawan air ke dalam air gula yang telah ditapis.

5)Masukkan 2 cawan tepung gandum, 1/2 cawan tepung ubi kayu dan 1/2 cawan gula halus. Kacau sebati.

6)Masukkan 2 sudu besar kicap pekat dan kacau sebati.

7)Masukkan 1 sudu kecil air kapur dan kacau rata.

8)Tapis bahan yang telah dikacau tadi dan masukkan ke dalam jug.

9)Sapu bekas menggunakan minyak sehingga rata.

10)Tuangkan adunan ke dalam bekas dan ulang sehingga habis.

11)Masukkan ke dalam pengukus dan kukus hingga masak.

12)Gaulkan kuih yang telah masak bersama kelapa parut.

13)Hidangkan ke dalam pinggan dan siap!

Cara Penyediaan Kelapa:

1)Masukkan kelapa parut, 2 helai daun pandan, 1/2 sudu gula dan 1/2 sudu garam. Kacau sebati.

2)Masukkan kelapa ke dalam pengukus dan kukus sebentar.

Kuih Kaswi Gula Merah

Imej via [facebook]

Terdapat pelbagai cara untuk membuat kuih kaswi, salah satunya dengan menggantikan penggunaan gula putih dengan gula merah. Penggunaan gula merah bukan sahaja menjadikan warna kuih lebih cantik, malah memberikan rasa yang berbeza kepada kuih tersebut. Resepi kali ini dikongsi oleh Samsiah Hj Mat Ali di laman facebook miliknya.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan gula merah (140gram)
  • 1 cawan tepung gandum (125gram)
  • 1/2 cawan tepung ubi kayu (45gram)
  • 1 sudu besar air kapur
  • 1/2 sudu besar kicap manis (optional)
  • 2 1/2 cawan air (550ml)
  • Sedikit minyak masak
  • 1 cawan kelapa parut
  • Sedikit garam

Cara Penyediaan:

1)Sediakan blender dan masukkan gula merah, tepung gandum, tepung ubi kayu, air kapur, kicap manis dan air. Kisar sehingga bahan halus.

2)Sediakan loyang dan lumurkan dengan minyak masak. Pastikan minyak masak rata.

3)Panaskan pengukus dan masukkan dulang yang telah di lumur dengan minyak tadi ke dalam pengukus.

4)Tapiskan bahan yang telah diblender tadi kedalam dulang. Kukus menggunakan api sederhana selama 45 minit.

5)Biarkan selama 2 minit dan sejukkan selama 1 jam.

6)Sediakan kelapa parut dan campurkan dengan sedikit garam. Gaul sebati.

7)Letakkan kelapa tadi ke dalam pengukus dan kukus selama 5 minit.

8)Potong kuih yang telah di sejukkan dan gaulkan ke dalam kelapa parut tadi.

9)Hidangkan ke dalam pinggan dan siap!

Kuih Kaswi Gedik

Imej via [facebook]

Sama seperti nama yang diberikan, kuih ini akan bergoyang jika digerakkan. Hal ini menunjukkan bahawa kuih ini kenyal dan lembut untuk dimakan. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Maizawati Amin di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan air gula merah (gula merah yg telah dimasak kemudian sukat 1 cawan)
  • 1 cawan gula putih
  • 1 cawan tepung ubi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air kosong
  • 1 sudu teh garam
  • 5 sudu air kapur (kapur sirih dicairkan bersama air biasa kemudian ambil 5 sudu)

Cara Penyediaan:

1)Masukkan ke semua bahan di atas dan bancuh sehingga sebati.

2)Sapu loyang menggunakan minyak masak.

3)Tapis bahan yang telah dibancuh ke dalam loyang yang disapukan dengan minyak tadi.

4)Sediakan periuk pengukus dan kukus selama 45 minit.

5)Keluarkan dari pengukus dan gaulkan bersama kelapa parut.

6)Hidangkan ke dalam pinggan. Selamat mencuba!

Kuih Kaswi Lembut

Imej via [facebook]

Bagi penggemar kuih kaswi, memang kena cuba resepi kaswi yang ini. Rasanya yang lembut dan bergoyang, disalut pula dengan kelapa muda memang membuka selera. Lebih sedap lagi bila dah sejuk tetap lembut kuih kaswi ni. Jom tengok resepi yang dikongsi oleh Douglas Abdullah Voon di bawah.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula
  • 1 cawan gula merah atau gula perang
  • 5 cawan air
  • 3/4 sudu teh kapur makan dicampur 3 sudu makan air
  • Cawan metrik (untuk sukatan yang tepat)

Cara Penyediaan:

1)Daripada 5 cawan air, panaskan sekejap 2 cawan air untuk larutkan gula dan gula perang.

2)Bila semua gula telah larut, tapis dan sejukkan.

3)Sediakan bekas yang besar dan masukkan air gula dan baki air tadi bersama dengan bahan-bahan yang lain. Kacau sebati.

4)Masukkan air kapur yang telah dicampur air masak ke dalam bahan yang dibancuh tadi (pastikan air kapur tidak terlalu banyak agar kuih tidak rasa pahit dan juga keras)

5)Sediakan pengukus dan didihkan air dalam pengukus. Alas pengukus dengan kain tuala untuk elakkan air menitik ke atas permukaan kuih yang akan dikukus nanti.

6)Oles acuan dengan sedikit minyak masak dan barulah dituangkan adunan kuih.

7)Kukus dengan api sederhana selama 30-40 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.

8)Sejukkan kuih kaswi yang telah masak terlebih dahulu sebelum dipotong.

9)Gaulkan potongan kuih kaswi ke dalam kelapa muda telah dicampur dengan sedikit garam dan gula.

10)Hidangkan ke dalam pinggan. Selamat mencuba resepi kuih ni.

Kuih Kaswi Pandan

Imej via [facebook]

Pening fikirkan menu minum petang? Apa kata cuba resepi kaswi perisa pandan ini. Anak-anak anda juga pastinya akan suka kerana kuih yang menarik dan sedap. Bau pandan juga pastinya menaikkan selera makan anda. Hidangkan bersama dengan kelapa parut untuk memberikan rasa yang berbeza dan lebih sedap. Resepi kali ini dikongsi oleh Habsah Ibrahim di laman facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 cawan air pandan (daun pandan 3 helai)
  • 3 cawan air kosong
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil kapur makan
  • 250g kelapa parut putih sahaja
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal

Cara Penyediaan:

1)Sediakan kelapa parut yang putih sahaja dan letakkan sedikit garam. Gaul sebati.

2)Kukus kelapa yang telah digaul dengan garam selama 10 minit.

3)Sediakan blender dan masukkan daun pandan bersama 1 cawan air ke dalam blender. Blander sehingga sebati. Tapiskan air dan masukkan ke dalam cawan.

4)Sediakan mangkuk besar dan masukkan tepung gandum, tepung ubi, air pandan, gula pasir, garam, air kapur dan air kosong. Kacau sebati.

5)Masukkan pewarna hijau epal ke dalam adunan dan kacau sebati.

6)Sediakan penapis dan tapis adunan bagi memastikan adunan tidak berketul.

7)Sediakan loyang saiz 7×7 dan sapu loyang dengan minyak masak.

8)Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dioles dengan minyak masak.

9)Masukkan adunan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 40 minit.

10)Cukuk kuih menggunakan lidi bagi memastikan kuih tersebut masak.

Resepi Menarik Lain:

Selain resepi kuih kaswi di atas, anda juga dijemput untuk membaca artikel resepi menarik kami yang lain. Jangan lupa untuk tinggalkan komen dan share. Selamat mencuba!

Penulis: kiraasla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.