Mencari resepi kuih-muih Malaysia?

Negara Malaysia cukup dikenali sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Ianya membuatkan negara kita kaya dengan budaya dan ini termasuk juga dari segi makanan – ada berbagai citarasa!

Kuih merupakan antara hidangan yang beraneka jenis. Untuk itu, berikut kami senaraikan 10 resepi kuih-muih Malaysia untuk anda cuba. Teruskan membaca!

#1 Kuih Bulan Kek Lapis

Imej via Facebook

Ini merupakan antara kuih yang cukup terkenal di negara kita – kuih bulan. Kali ini kita cuba resepi kuih bulan kek lapis, sangat menarik! Resepi ini dikongsikan oleh Nazariah Khalishah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan kuih bulan:

  • 100 g tepung kek
  • 60 g golden syrup
  • 30 g minyak jagung
  • ½ sudu teh air abu
  • Susu segar
  • Kuning telur

Bahan kek lapis:

  • 250 g mentega
  • 80 g gula halus
  • 5 biji telur A
  • 150 g susu pekat
  • 100 g susu tepung
  • 100 g serbuk Horlick
  • 175g tepung superfine
  • Pewarna pilihan

Cara-cara:

  1. Untuk kuih bulan, campurkan semua bahan kecuali tepung kek ke dalam bekas yang bersih. Kacau rata.
  2. Kemudian, masukkan tepung kek dan kacau rata. Perap selama 2 jam.
  3. Pukul mentega, gula & ovalet sehingga kembang.
  4. Masukan telur sebiji demi sebiji dan gaul sebati.
  5. Masukkan susu pekat, susu tepung & serbuk horlick. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan tepung superfine dan kacau sebati.
  7. Bakar selapis demi selapis sehingga masak.
  8. Setelah siap bakar, sejukkan & potong bulat mengikut saiz adunan kuih bulan.
  9. Ambil adunan kuih bulan dan leperkan.
  10. Letak kek lapis di tengah adunan dan balut dengan kemas. Tekap dengan acuan kuih bulan.
  11. Sembur air untuk mengelakkan kulit retak.
  12. Bakar pada suhu 180°C  selama 10 minit.
  13. Keluarkan & sapu kuning telur di atas kuih bulan.
  14. Turunkan suhu  kepada 160°C dan bakar selama 10 minit.
  15. Sedia untuk dihidang.

#2 Penyaram

resepi kuih-muih malaysia
Imej via Facebook

Penyaram atau cucur jawa merupakan kuih popular untuk suku kaum Banjar. Ianya juga kerap dijual di kebanyakan gerai, namun anda juga boleh buat sendiri di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Fazlin Andrew di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1½ cawan tepung beras
  • Secubit garam
  • 2 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula putih

Cara-cara:

  1. Masak air dan gula sehingga larut dan ketepikan sehingga agak suam.
  2. Campurkan tepung gandum, tepung beras dan garam di dalam bekas yang lain.
  3. Setelah air gula agak suam,masukkan ke dalam campuran tepung sedikit demi sedikit.
  4. Pastikan tekstur adunan tidak terlalu pekat dan terlalu cair.
  5. Perap semalaman dan boleh goreng keesokannya.
  6. Sedia untuk dihidang.

#3 Idli

Imej via Facebook

Idli merupakan makanan kaum India yang selalu dinikmati semasa sarapan. Ianya memang menyelerakan dan mengenyangkan! Resepi ini dikongsikan oleh Suriakumari Perumal di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras biasa atau beras idli (dibasuh bersih dan direndam 3 jam sebelum digiling)
  • 1 genggam nasi putih masak
  • ½ cawan kacang dhal bulat (dibasuh bersih dan direndam 3 jam sebelum digiling)
  • 1 sudu besar halba (dibasuh bersih dan direndam 3 jam sebelum digiling)
  • 1 sudu besar garam

Cara-cara:

  1. Campurkan beras idli dengan nasi putih yang dimasak dan kisarkan.
  2. Campurkan halba bersama kacang dhal dan kisarkan sekali.
  3. Masukkan garam dan gaulkan.
  4. Simpan selama 8 jam di luar (cuaca panas untuk penapaian).
  5. Masukkan dalam acuan idli dan kukus selama 10 minit.
  6. Sedia untuk dihidang.

#4 Kuih Bakul Kapit

resepi kuih-muih malaysia
Imej via Facebook

Kuih bakul kapit ini merupakan kuih tradisi kaum Cina. Ianya menggunakan ubi keledek dan ubi keladi sebagai bahan utamanya, sangat menarik! Resepi ini dikongsikan oleh Qema Fazri di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Kuih bakul
  • Ubi keledek
  • Ubi keladi
  • Minyak secukupnya utk mengoreng
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Air secukupnya untuk bancuhan tepung
  • Garam dan serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Potong kuih kapit.
  2. Hiris nipis ubi (seperti ingin menggoreng keledek goreng).
  3. Ambil ubi keledek dan ubi kayu dan kepitkan kuih bakul di tengahnya.
  4. Celupkan di dalam bancuhan tepung.
  5. Goreng hingga tepung bertukar keperangan dan ubi empuk.
  6. Angkat dan toskan.
  7. Sedia untuk dihidang.

#5 Tepung Kapur

resepi kuih-muih malaysia
Imej via Facebook

Tepung kapur merupakan kuih tradisi Terengganu. Kelihatan seperti kuih kosui, namun berbeza rasanya. Resepi ini dikongsikan oleh Achik Ita Jsd Kelantan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • ½ keping manisan (keping besar & tebal) atau 1 cawan gula melaka
  • Sesudu kapur makan
  • Garam secukup rasa
  • Kelapa parut

Cara-cara:

  1. Masakkan manisan/ gula melaka dengan air hingga cair. Sejukkan.
  2. Masukkan air manisan/ air gula melaka ke dalam tepung gandum. Masukkan sedikit-sedikit. Pastikan adunannya tidak cair sangat dan tidak pekat dan likat.
  3. Masukkan sekali kapur makan yang dibancuh dengan sikit air dan masukkan garam.
  4. Tapiskan dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau mentega.
  5. Kukus dalam masa 30 – 45 minit.
  6. Apabila masak, sejuk dan potong kuih mengikut citarasa.
  7. Gaulkan bersama kelapa parut dengan garam sikit.
  8. Kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi dengan kelapa parut.
  9. Sedia untuk dihidang.

#6 Putu Mayam

resepi kuih-muih malaysia
Imej via Facebook

Putu mayam atau Idiyappam merupakan kuih tradisional ndia yang cukup terkenal di negara kita. Resepinya juga menggunakan beberapa bahan-bahan sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Arriana Rose di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Tepung beras
  • Air panas dan air sejuk (dicampurkan menjadi air suam)
  • Daun pisang

Untuk kuah yang berkuah:

  • Santan kelapa
  • Gula merah atau gula nissan
  • Gula pasir
  • Garam sikit
  • Daun pandan

Untuk kuah biasa:

  • Kelapa parut putih
  • Gula perang

Cara-cara:

  1. Campurkan bahan-bahan putu mayam.
  2. Lapikkan daun pisang pada pengkukus.
  3. Masukkan adunan ke dalam acuan dan tuangkan pada daun pisang.
  4. Kukus hingga masak.
  5. Untuk kuah yang berkuah, masukkan semuanya sekaligus dan masukkan daun pandan masak sampai dah pekat dan meggelegak.
  6. Sedia untuk dihidang.

#7 Tang Yuan

resepi kuih-muih malaysia
Imej via Facebook

Tang Yuan merupakan pencuci mulut kaum Cina yang berasaskan tepung pulut. Ianya kenyal dan manis, memang sedap! Resepi ini dikongsikan oleh Li Wei di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 paket tepung pulut
  • Sedikit air
  • Pewarna
  • Inti kacang tanah / kacang merah

Bahan kuah:

  • Air
  • Daun pandan
  • Halia
  • Gula melaka

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan untuk tepung pulut kecuali inti.
  2. Bulat-bulatkan hingga menjadi doh.
  3. Masukkan inti kesukaan dan tutupkan.
  4. Untuk kuah, rebuskan air dan masukkan daun pandan, halia tua dan gula melaka. Rebus hingga berbau harum.
  5. Masukkan bulatan tepung pulut tadi dan masak (jika bulatan terapung, tandanya sudah masak).
  6. Sedia untuk dihidang.

#8 Lompat Tikam

Imej via Facebook

Kuih lompat tikam ini merupakan antara kuih legend yang cukup terkenal. Anda wajib cuba jika anda merindui rasanya, kali ini versi Terengganu. Resepi ini dikongsikan oleh Min Hani di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan air
  • 2 cawan air daun pandan
  • ½  sudu kecil kapur

Untuk kuah:

  • Kepala santan
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan air
  • 2 cawan santan
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Satukan dan kacau bahan-bahan hingga pekat di atas api yang sederhana.
  2. Setelah nampak berkilat, boleh angkat dan masuk ke dalam loyang.
  3. untuk kuah, satukan semua bahan dan masak sampai likat.
  4. Setelah masak, tuang adunan ke dalam loyang yang sama.
  5. Sedia untuk dihidang.

#9 Pie Tee

Imej via Facebook

Pie tee merupakan atara kuih muih Malaysia yang wajib anda cuba. Ianya merupakan kuih Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kuih topi. Resepi ini dikongsikan oleh Nur Rabiatul Adaawiyah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 100 g tepung gandum
  • 110 g tepung beras (cap teratai @ 1gajah)
  • 50 g tepung jagung
  • ½  sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 350 ml air

Cara-cara:

  1. Pukul telur dalam mangkuk besar (tak perlu pukul hingga berbuih).
  2. Masukkan semua tepung & garam ke dalam telur tadi sikit demi sikit, gaul rata.
  3. Tuang air sikit demi sikit dalam adunan hingga sebati.
  4. Rehatkan adunan selama sejam.
  5. Panaskan minyak dalam ¾  atau ½  periuk.
  6. Rendam acuan pai tee dalam minyak yang dah dipanaskan tadi (pastikan pi kecil).
  7. Celup acuan panas ke dalam tepung & terus goreng garing cengkerang hingga cengkerang merenggang sendiri daripada acuan.
  8. Toskan minyak.
  9. Sejukkan cengkerang sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  10. Masukkan inti yang disukai.
  11. Sedia untuk dihidang.

#10 Kuih Pasung

resepi kuih-muih malaysia
Imej via Facebook

Kuih pasung ini merupakan kuih tradisi Melayu yang cukup legend. Cara penyediaannya tidaklah terlalu susah, jadi anda wajib cuba di rumah. resepi ini dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahagian bawah:

  • 2 sudu besar gula*
  • 1½ ketul nisang / gula melaka *
  • 1⅔ cawan air (350ml-400ml)*
  • 1 helai daun pandan (disimpul)*
  • 40 g tepung beras
  • 20 tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur

Bahagian atas:

  • 1½  cawan santan pekat
  • 2½ sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu kecil garam (anggaran)
  • 1 sudu kecil gula

Cara-cara:

  1. Untuk bahagian bawah, bahan bertanda * dididihkan dan ditapis. Biarkan sejuk.
  2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur dan kacau sebati .
  3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. Padamkan api.
  4. Untuk bahagian atas, campur kesemua bahan dan didihkan atas api.
  5. Kacau sehingga sedikit kental.
  6. Setelah kedua-dua bahagian sudah masak, panaskan pengukus.
  7. Masukkan kelongsong daun pisang ke dalam lubang kukusan dan isikan adunan bahagian bawah ¾ penuh.
  8. Kukus bahagian bawah selama 7 minit atau sehingga masak.
  9. Masukkan pula bahagian atas dan kukus selama 12-15 minit.
  10. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi kuih-muih Malaysia, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik berbagai genre di seluruh Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.