Kuih-muih cukup enak dinikmati untuk sarapan pagi dan makan petang. Ada sesetengah agak susah untuk dibuat, namun ada juga yang senang sahaja untuk dicuba kerana ianya menggunakan sukatan cawan.
Ianya sesuai dicuba oleh anda yang baru berjinak-jinak membuat kuih. Jadi, berikut kami senaraikan 5 resepi kuih-muih sukatan cawan buat anda. Teruskan membaca!
Kuih bahulu ini cukup enak dinikmati panas-panas bersama air teh. Resepinya juga mudah, rugi tak cuba! Resepi ini dikongsikan oleh Ina Abirin di laman Facebook.
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A
1 cawan gula
1 sudu teh esen vanila *optional
1 – 2 titik pewarna kuning satu ke dua titik
2 cawan tepung gandum (ditapis)
Cara-cara:
Pukul telur hingga kembang.
Setelah kembang, masukkan gula, pewarna kuning dan esen vanila. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan pukul sebati.
Panaskan ketuhar dan acuan bahulu selama 10 minit.
Keluarkan acuan bahulu dan sapukan minyak pada acuan.
Kuih ini kerap menjadi rebutan semasa bulan puasa di bazar Ramadan. Tak perlu susah-susah ke bazar, anda juga boleh mencubanya di rumah. Resepi ini dikongsikan oleh Shearyn Shaari di laman Facebook.
Satu lagi resepi kuih-muih sukatan cawan yang wajib anda cuba ialah kuih cara manis. Bahan-bahannya cukup ringkas! Resepi ini dikongsikan oleh Echot Aisyah Meor Zahid di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2½ cawan air pandan + santan
Secubit garam
1 sudu kecil minyak masak
1 biji telur
Pewarna hijau
Gula (sebagai inti)
Cara-cara:
Kisarkan semua bahan kecuali gula. Tapiskan.
Panaskan acuan kuih cara manis yang telah disapu dengan minyak atas dapur dan kecilkan api.
Tuangkan adunan ke dalam acuan.
Masukkan gula ke dalam adunan.
Tutup guna penutup periuk dan biarkan sampai masak.
Kuih lapis merupakan sejenis kuih tradisional yang cukup terkenal di negara kita. Cara penyediannya ialah dengan mengukus. Resepi ini dikongsikan oleh Kutty Buji Buji di laman Facebook.
Kuih cucur jawa merupakan kuih tradisional indonesia yang cukup enak. Rasanya yang manis pasti akan memikat hati anda! Resepi ini dikongsikan oleh Ena Naeysa Naem di laman Facebook.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 cawan air biasa
1cawan gula pasir
½ cawan gula merah
Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Gaulkan semua bahan hingga sebati. Tapiskan.
Perapkan selama 1 jam dan boleh mula menggoreng.
Gunakan sudu sebagai acuan untuk menggoreng kuih.
Goreng menggunakan api kecil dan minyak yang sedikit.
Goreng hingga tiada adunan tepung mengalir di tengah. Tidak perlu terbalikkan.
Setelah masak, boleh angkat.
Sedia untuk dihidang.
Resepi Menarik Lain
Selain koleksi resepi kuih-muih sukatan cawan, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!