Seri muka merupakan sejenis kuih talam yang amat digemari sejak turun temurun. Ia diperbuat menggunakan pulut di bahagian dasarnya manakala kastad pandan dibahagian atasnya. Gabungan lemak manis pulut dan kastad pandan itu digemari oleh ramai rakyat Malaysia. Ianya juga merupakan kuih talam yang amat popular tau! Selalunya, seri muka dihidangkan pada minum petang ataupun sarapan pagi. Ianya juga sedap dihidangkan bersama air teh o panas.
Kali ini perkongsian kita akan membawa kepada anda resepi ini menggunakan sukatan cawan yang amat mudah dan sesuai untuk semua orang. Resepi ini lebih mesra amatur kerana sudah pasti, cawan lebih mudah untuk disukat. Resepi ini juga sesuai untuk dihidangkan dari 2 ke 4 orang.
Resepi ini telah mendapat banyak perkongsian dan like yang banyak di facebook milik Dapur KAK CHAH. Oleh itu pasti rasanya amat sedap dan anda bolehlah mencubanya sendiri.
Resepi untuk hidangan 2 – 4 orang.
Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan
Bahan – bahan:
Lapisan bawah (lapisan pulut):
1 cawan beras pulut (rendam selama 1 jam)
1/2 cawan santan cair
Daun pandan 2 helai (disimpulkan)
Secubit garam
Lapisan atas (lapisan hijau):
1 setengah cawan santan pekat
Sebiji telur
Secubit garam
Setengah cawan tepung gandum
Setengah sudu makan tepung kastard
Setengah cawan gula
5 helai daun pandan
Esen vanilla 1sudu kecil (optional)
Sedikit dan secukup pewarna hijau
Cara – cara penyediaan
Lapisan bawah (lapisan pulut):
Tos beras yang telah direndam selama 1jam.
Masukkan santan serta secubit garam dan gaul sehingga sebati.
Masukkan kedalam bekas/loyang alas plastik sekiranya mahu dan masuk daun pandan simpul.
Kukus selama 30 minit. Nota: Sementara menunggu bahagian bawah masak, boleh buat bahagian atas
Lapisan atas (lapisan hijau):
Kisarkan daun pandan dengn sedikit santan dari sukatan 1 setengah cawan santan tadi, kemudian tapis dan ambil jusnya sahaja. Hampasnya dibuang.
Campur jus pandan dengan santan yang sedia ada dari sukatan 1 setengah cawan santan tadi. Pastikan ukuran santan dicampur jus pandan tadi tetap 1 setengah cawan tepat.
Satukan bahan lain dan santan bersama jus pandan tadi. Kacau rata dan sebati sehingga tidak berketul. Masuk kedalam kuali.
Buka api perlahan dan masak sekejap sambil kacau selalu sehingga bahagian dalam periuk panas Nota: Jangan sampai menggelegak (ini petua untuk bagi bahagian atas cantik dan licin sahaja, pastikan adunan masih suam apabila hendak diletakkan di atas pulut sebelum kukus).
Apabila sudah masak, angkat pulut, tekan – tekan dan garis – gariskan dengan garpu supaya bahagian hijau dan pulut melekat.
Kukus dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sehingga masak.
Nota: Pastikan anda periksa bahagian lapisan hijau dengan lidi. Sekiranya masih basah, tambahkan masa kukusan dan kawal api supaya sentiasa sederhana. Rajinkan membuang air dari penutup kukusan.
Resepi – resepi lain yang menarik:
Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!