Tepung Bungkus selalu dihidangkan semasa waktu minum petang. Rasanya amat lazat dan berlemak, mampu untuk meningkatkan selera sesiapa sahaja. Cara pembuatannya juga tidaklah susah dan boleh disediakan oleh para amatur.

Tertanya – tanya bagaimanakah resepinya? Kali ini kami bawakan resepi khas buat anda semua. Jadi, anda bolehlah cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Pasti mereka suka!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Iffat Irdina dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Apa lagi tunggu, jom kita scroll!

Resepi Tepung Bungkus

resepi-tepung-bungkus

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 4 cawan santan fresh
  • 1 sudu garam

Inti kelapa:

  • 1 biji kelapa (putih sahaja)
  • 1 cawan gula merah
  • 1 1/2 air
  • 1/2  gula pasir
  • Secubit garam
  • 2 helai daun pandan
  • 1 sudu teh gandum

Cara – cara penyediaan:

  1. Kacau santan, tepung beras dan masukkan garam. Masak atas api sehingga pekat.

Inti kelapa:

  1. Panaskan gula merah, gula pasir, daun pandan dan masukkan secubit garam.
  2. Apabaila semua sudah cair, masukkan kelapa dan kacau sebati sehingga air kering.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum.

Nota: Pastikan inti dibuat siap siap sehati sebelum buat tepung bungkus ya!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.