Kuih bangkit adalah sejenis kuih raya tradisional yang telah lama diamalkan oleh orang kita sejak zaman berzaman. Ia diperbuat menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja seperti tepung ubi yang disangai sehingga menjadi ringan dan akan menghasilkan kuih bangkit yang rapuh dan cair di dalam mulut.

Namun kali ini kita akan membawa sedikit kelainan dengan penambahan keju di dalam resepi ini. Ianya telah diinovasi oleh rakyat Malaysia sendiri sehingga ia menjadi kegemaran ramai diantara.

Oleh itu, sudah tentu rasanya juga lebih sedap dan anda seharusnya mencuba sendiri resepi ini. Resepi kuih bangkit cheese ini juga pernah tular dan ramai juga telah menempahnya di musim perayaan. Namun begitu, adalah lebih baik jika ianya disediakan sendiri oleh tuan rumah. Membuat kuih bangkit cheese boleh juga menjadi sebuah aktiviti yang bermanfaat buat oleh seisi keluarga! 

Resepi ini telah dikongsikan oleh Elyani Khai dan mendapat berates shares di Facebook! Jom kita lihat

Resepi Kuih Bangkit Cheese

Kuih-Bangkit-Cheese
Imej via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan A:

  • 150 gram cream cheese Tatura (suhu bilik)
  • 250 gram buttercup
  • 80 gram gula halus
  • 2 biji kuning telur

Bahan B:

  • 300 gram tepung ubi kayu
  • 200 gram cawan tepung jagung (ayak)
  • 1 sudu kecil baking powder (ayak)
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara – cara memasak:

  1. Gaulkan gula dan butter sehingga putih. Kemudian masukkan cream cheese dan telur sampai sebati.
  2. Masukkan bahan ayak bahan A tadi, keluarkan dan uli sampai tak melekat di jari.
  3. Jika adunan lembik tambah sikit-sikit tepung ubi, masukkan 30 gram cheese parut.
  4. Dah uli, biarkan dalam bekas 30 minit.
  5. Terapkan dalam acuan yang anda suka.
  6. Bakar suhu 170 api atas bawah, 45 minit.
  7. Siap.
Kuih-Bangkit-Cheese-2
Imej via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Ada lagi variasi resepi yang pastinya boleh anda cuba. Jangan lupa untuk mervariasikan resepi hasil air tangan anda! Oh, pastikan anda menekan butang kongsi dan kongsikan kepada rakan – rakan anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.