Siapa sukakan aiskrim disini? Sekiranya anda sukakan aiskrim vanilla coklat, kini anda boleh menyediakannya sendiri dan tak perlu lagi beli diluar. Kali ini kami bawakan resepi aiskrim vanilla coklat yang anda boleh ikuti dan sediakan kepada keluarga terutamanya si Cilik!

Resepi Aiskrim Vanilla Coklat ini telahpun menjadi trending di media sosial kerana rasanya seakan – akan sama dengan rasa aiskrim Magnum! Ianya pasti akan dapat menarik minat sesiapa yang merasainya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Rohaya Zulkarnin Aya dan pastinya mendapat banyak perkongsian di laman Facebook. Jom scroll!

Resepi Aiskrim Vanilla Coklat

aiskrim vanilla coklat

image via Facebook

Bahan – bahan:

Aiskrim vanilla:

  • 3/4 susu pekat
  • 2 kotak kecil susu full cream
  • 1 sudu besar ovellate
  • 2 sudu kecil perisa vanilla

Topping coklat:

  • 200g susu coklat
  • 100g dark chocolate jenama Beryl’s
aiskrim vanilla coklat

image via Facebook

 

Cara – cara penyediaan:

Aiskrim Vanilla:

  1. Campurkan kesemua bahan sehingga gebu dalam 20 minit
  2. Kemudian, tuangkan kedalam jag.

Topping Coklat:

  1. Buatkan teknik double boil. (Nota: Jangan sampai setitik air pun terkena kepada coklat)
  2. Apabila sudah suam, masukkan kedalam piping bag dan picit, masukkan kedalam plastik aiskrim. Jangan terlebih atau terkurang.
  3. Semasa ratakan coklat di dalam plastik aiskrim, bolehlah agak ketebalan coklat itu.
  4. Tuangkan aiskrim vanilla yang sudahpun siap kedalam plastik aisktirm.
  5. Kemudian, biarkan ianya mampat.
  6. Siap!
aiskrim vanilla coklat

image via Facebook

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.