Karipap atau dalam bahasa inggris nya ialah curry puff, merupakan sejenis makanan pencuci mulut yang popular di Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei. Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama karipap ialah adunan tepung dan pelbagai inti seperti ubi, sardin, kentang dan sebagainya. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim.

Karipap dapat dihidangkan selagi panas mahupun sejuk. Karipap memang sangat digemari oleh orang ramaai, dari budak kecil hingga orang dewasa. Teksturnya yang garing dan rangup serta rasa inti nya yang sangat sedap membuat karipap sangat digemari. Kuih karipap selalunya menjadi pilihan menu dalam mesyuarat. Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Oleh kerana itu, kami ingin membahagikan kepada and resepi karipap yang sedap yang didapat daripada JJ Pau Mawar di facebook yang mendapat perkongsian lebih dari lebih darai 1.3K. Dalam resepi ini ia menggunakan 3 jenis tepung, namun jika anda ingin membuat dengan tepung gandum sahaja pun boleh tiada masalah. Inti yang digunakan untuk karipap ini ialah sardin. Dengan mengikuti resepi ini dan mencuba di rumah anda tak perlu lagi pergi balik ke kedai.

Karipap ini boleh disimpan frozen dan tentunya anda boleh memasak seberapa banyak yang anda mahu bila-bila masa sahaja. Resepi karipap ini conform sangat lazat dan garing! Silakan mencuba..

Resepi Karipap Sardin Sedap, Rangup dan Garing

Resepi Karipap Sardin

Imej via google

Bahan-bahan yang Digunakan

Bahan untuk Doh

  • 850 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung beras gajah 1
  • 100 gm tepung ubi
  • 100 gm butter/margarin
  • 100 gram minyak
  • 30 gram shortening
  • 2 sudu teh garam halus
  • 2 cawan air sejuk

Cara Membuat Doh

1. Panaskan butter, minyak dan shortening hingga berbuih.
2. Tuang bahan no.1 ke dalam tepung. gaul hingga sebati. (gunakan senduk utk menggaul kerana minyak masih panas)
3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh
4. Perap 15 minit

Bahan untuk Inti

  • 2 tin Sardin makerel (ikan dilenyek)
  • 3-5 biji kentang (potong dadu)
  • 2 biji bawang holland (potong dadu)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
  • Asam jawa paste adabi, garam, gula secukupnya
  • 1-2 biji telur

Cara membuat Inti

1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Masukkan ikan sardin, kentang, bawang besar dan air. Kacau biarkan hingga semuanya empuk.
4. Bila hampir kering masukkan telur.
5. Masukkan asam jawa adabi tambah sedikit garam dan gula.
6. Masak hingga inti mnjadi agak kering dan masukkan sedikit daun sup jika suka.
7. Canaikan doh. Timbang 20 gram.
8. Masukkan inti dan kelim dengan kemas
9. Goreng dengan api sederhana untuk hasil kulit karipap yg licin.

Resepi Karipap Sardin

Imej via facebook

Resepi Karipap Sardin

Imej via facebook

Resepi Menarik Lain

Selain resepi karipap sardin yang lazat dan garing, kami juga berkongsi resepi menarik lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya..

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.