Siapa pembaca kat sini yang gemarkan kuih karipap? Saya pasti majoriti yang suka kuih tradisional zaman berzaman ni kan lagi-lagi kuih ni memang sangat popular di Malaysia, Thailand, Indonesia dan juga Singapura. Kuih karipap ni memang menjadi pilihan kerana di samping menyedapkan, ia juga sangat mengenyangkan walaupun dimakan hanya sebiji.

Kulit luar karipap sangat memainkan peranan dalam menentukan kesedapan kuih ini. Kulit yang PERFECT ialah apabila kita makan, ia sangat gebu, rangup walaupun sudah sejuk dan tidak keras. Intinya pula bergantung pada kesukaan masing-masing. Ada yang suka inti kentang, ayam, sardin dan juga daging. Malahan terdapat pelbagai olahan inti karipap yang telah dicipta untuk menjadikan rasa kuih karipap lebih sedap sesuai dengan permintaan masa kini.

Karipap ni pulak ada bermacam-macam jenis. Ada karipap biasa, karipap mini dan juga karipap pusing. Karipap pusing paling sedap sebab teksturnya memang cantik pastu rasanya pulak memang gebu dan rangup. Haa ditambah pulak inti yang menjadi, memang superb lah kan. Lepas tu, dihidang bersama air tea atau kopi. Nikmatnyaa terasa!

Anda pernah cuba buat sendiri karipap pusing? Haa kalau belum pernah, jom cuba try sendiri buat karipap pusing ni. InshaaAllah hasilnya memuaskan. Kami kongsikan resepi dari saudari Seri Arisha di Facebook untuk panduan anda. Boleh dibuat frozen tau!

Resepi Karipap Pusing

Karipap pusing

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung gandum
  • minyak panas
  • 1 sk garam
  • Air sejuk dari peti ais
  • 1 paket tepung jagung (400gram)
  • Inti yang dah siap dibuat

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan kesemua tepung gandum, 2 senduk minyak panas, garam dan air sejuk. Air tu agak-agak je dan uli sehingga menjadi doh.
  2. Apabila dah siap dijadikan doh, bahagikan doh kepada doh-doh kecil dan bulatkan kecil-kecil. Biarkan seketika.
  3. Ambil satu paket tepung jagung dan tambah minyak panas. Agak-agak macam nk buat doh biskut.
  4. Bila dah siap, masukkan dalam doh tepung gandum yang dibulat kecil2 tadi. Kiranya akan ada dua lapis. Lapis luar ialah tepung gandum, lapis dalam ialah tepung jagung (sebagai isinya). Gabungkan dan bulatkan.
  5. Gelek rata kan dan gulung
  6. Lepas tu, gelek lagi secara memanjang
  7. Pastu gulung lagi.
  8. Gulungan dipotong dua.
  9. Kemek kan sikit dan gelek lagi.
  10. Pastu terbalikkan.
  11. Masa untuk letak isi inti dan terus kelim tepi karipap
  12. Kita bakar sekejap dalam 20 minit api atas dan bawah atau terpulang ikut oven masing-masing.
  13. Dah siap bakar, sejukkan dan susun di pinggan frozen.
  14. Bila suhu dah sejuk sekata, bolehlah packing ke dalam plastik. SIAP!

Selain resepi ini, kami juga ada memaparkan resepi-resepi lain jugak tau! Jangan lupa untuk jenguk-jenguk resepi lain dan selamat mencuba!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.