Siapa di sini suka makan kepak ayam?

Di sini kami kongsikan resepi kepak ayam yang mendapat perkongsian ramai di Facebook. Menu ala-ala kepak ayam BBQ Pizza Hut.

Segala info dan maklumat tentang cara membuat dapat dilihat secara jelas di bawah. Kredit resepi dan gambar kepada Puan Afrina Zulqarnaen.

Resepi Kepak Ayam

Bahan-bahan:

  • 9 ketul kepak ayam
  • 4 sudu besar madu
  • 4 sudu besar sos BBQ
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu teh garam
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar McCormicks chicken seasoning (*saya tambah)

(*bahan2 di atas sukatan tak perlu terlalu skema, campak sahaja dalam bekas ayam)

 

Cara-cara:

Perapkan semua bahan dengan kepak ayam dan biar semalaman.

Goreng dalam minyak sederhana panas (*saya grill dalam oven 1 jam, selepas 30 minit pertama terbalikkan)

 

P/s: Kalau guna oven biasa pun rasanya boleh tiada masalah tapi kena ikut oven.

Maybe dalam 200′ setengah jam dulu, kemudian terbalikkan. nak tau ayam dah masak cucuk dengan garfu kalau dah tak berair maka insyaallah dah masak.. cucuk sampai ke tulang ye kadang2 kat tulang merah lagi lambat masak..

Resepi asal adalah daripada Majalah Nur & Dak Diana

 

Resepi Menarik Lain Yang Viral & Perkongsian Ramai

Anda suka resepi yang telah dikongsikan di atas? Pastikan anda tidak lupa untuk mencuba resepi kepak ayam ini nanti. Jangan lupa tinggalkan komen di bawah ini.

Penulis: Awal Faiz

Awal Faiz

Sebahagian daripada Tim saji.my yang menulis tempat makan menarik di Malaysia. Penggemar makanan pedas dan western. Agak-agaknya ada tak kedai yang menjual makanan seperti di dalam 'Master Chef' ?

Tinggalkan Komen!

〰〰

Langgan Info Kami

Berkaitan

〰〰
.