Anda mencari menu oat yang sesuai untuk diet anda? Overnight oat boleh jadi salah satu antara pilihan anda.

Ramai orang merasakan perubahan pada kesihatan badan selepas mengkonsumsi overnight oat ini. Rasa badan ringan dan kurangkan berat badan juga. Selain itu, oat juga membantu mengurangkan kolestrol.

Anda yang dulu-dulu gigih telan quaker oat bulat-bulat kosong gitu boleh buat kembang tekak dan muntah balik. Ada pula yang buat tambah susu pun tak lalu telan, dua tiga sudu lepas itu rasa loya nak muntah. Last-last oat tinggal macam itu saja sampai expired.

Dengan resepi overnight oat ini confirm sekali buat anda akan terus ketagih. Resepi ini sangat viral di Facebook dikongsikan oleh Suzanah Zakaria‎. Anda yang teringin diet sangat dialu-alukan untuk mencuba resepi ini. Selamat mencuba.

Resepi Overnight Oat Black Grapes

overnight oat

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

overnight oat

Imej via Facebook

  • 4sb rolled oats (brand apa sahaja tiada masalah)
  • 100ml fresh milk/low fat
  • 1 sb natural yogurt
  • 1 sk chia seeds
  • 7-9 biji kismis
  • 1 sb madu @ 1sk chocolate syrup (mana-mana pun boleh)
  • 1 sb pumpkin seed
  • 5-6 biji black grapes (lagi banyak lagi sedap sebenarnya)

Buah-buahan boleh tukar ikut anda suka, contoh buah :

  • Buah Delima
  • Buah Strawberry
  • Buah Blueberry
  • Buah Naga
  • Buah anggur hijau
  • Buah anggur hitam
  • Buah kiwi
  • Pisang
  • Epal hijau

Cara-cara:

  1. Campur semua bahan dalam bekas.
  2. Kemudian simpan chiller semalaman atau 4 jam.
  3. Siap. Boleh dijadikan sarapan.
overnight oat

Imej via Facebook

Note :

  • Better makan selagi fresh kerana boleh simpan limit 3 hari sahaja. Boleh makan tapi tak sesedap macam 1st day. Jangan simpan lama-lama sebab takut masam kerana ada susu dan yogurt.
  • Oat tak perlu masak sebab ini jenis instant. Bagus dan sedap guna rolled oats sebab tak ads rasa “bertepung” macam yang jenis instant.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi overnight oat, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.