Anda sudah buntu untuk masak apa? Sudah muak makan masakan yang biasa dimasak? Inginkan kelainan? Atau rindu lauk pauk kenduri kahwin? Jika anda mempunyai masalah – masalah di atas, disini kami sediakan sebuah resepi yang amat mudah serta dijamin lazat yang anda boleh cuba. Resepi yang kami bawakan kali ini adalah resepi ayam masak merah.

Selalunya, ayam masak merah dihidangkan di kenduri seperti kenduri kahwin ataupun semasa majlis kesyukuran. Tapi, disini kami bawakan versi yang lebih mudah dan boleh dimasak oleh sesiapa sahaja termasuk mereka yang baru nak berkecimpung dalam bidang masakan ini. Kini, anda bolehlah hidangkan lauk ayam masak merah ini kepada ahli keluarga anda terutamanya sang suami! Pasti sahaja mereka akan menggemari masakan anda ini.

Resepi yang telah dikongsikan oleh Tengku RosElyza Raja Muhammad ini mempunyai bahan masakan yang mudah untuk didapati dan tekstur lauknya lebih smooth. Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat resepi ini!

Resepi Ayam Masak Merah

ayam masak merah

image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 1/2 ekor ayam (lumur bersama kunyit dan garam, goreng separuh masak)
  • 2 senduk kecil cili kering kisar (senduk bancuh air)
  • 2-3 sdb sos cili
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 kotak santan
  • 1-2 cawan air
  • Serai diketuk
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • 4 biji bawang merah besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato

Cara – cara memasak:

  1. Hiris 2 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 1 inci halia (ketepikan).
  2. Kisar bawang 2 biji bawang merah, 4 ulas bawang putih dan 1 inci halia (ketepikan)
  3. Panaskan minyak tumis bahan hirisan bersama bunga lawang, kayu manis, halia dan serai sehingga naik bau
  4. Masukkan bahan kisar dan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam goreng dan gaul rata.
  6. Masukkan santan dan tambah air, masak sehingga mendidih.

    ayam masak merah

    image via Facebook

  7. Masukkan tomato yang telah dipotong.
  8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  9. Masak lagi sehingga mendidih dan tutup api

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan sajikan kepada keluarga juga tetamu. Jangan lupa untuk kongsikan resepi – resepi ini bersama kenalan anda ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.