Kari daging adalah menu yang sangat famous dan digemari masyarakat kita. Mana tidaknya, kari daging ini boleh dikatakan sesuai untuk dihidangkan bersama dengan pelbagai jenis menu lain seperti nasi dan roti. Jika bertandang ke majlis keraian seperti perkahwinan, akikah atau majlis kesyukuran, kari daging biasanya akan menjadi menu wajib untuk hidangan para tetamu.
Tentang daging apa yang sedap untuk dibuat kari, sebenarnya semua daging sedap untuk dimasak. Daging lembu, kerbau, kambing dan lain-lain semuanya boleh dimasak kari. Terpulang pada citarasa individu samada sukakan daging lembu atau daging lain-lain. Kebiasaannya, daging lembu lah yang menjadi pilihan kerana tidak hamis, rasanya sedap dan mudah untuk didapati di pasar-pasar.
Jika zaman dahulu, untuk membuat masakan kari ini adalah sesuatu yang merenyehkan dan memenatkan kerana rempah ratus harus digiling sendiri. Tidak seperti zaman moden ini, nak buat kari, hanya beli serbuk rempah kari dan bancuh sahaja dengan air, dah boleh masak. Jadi, sepatutnya tiada masalah lagi untuk kita memasak menu ini kerana semuanya sangat mudah dan cepat dapat disiapkan.
InshaaAllah pada hari ini, kami akan kongsikan resepi kari daging yang telah dipetik dari Facebook yang dimuatnaik oleh saudari Roskaryati Abu Bakar. Semoga resepi ini dapat membantu anda untuk menyediakan menu kari daging yang sedap untuk dihidang kepada ahli keluarga atau jiran tetangga anda nanti.
1 Kilo Daging
2 peket Rempah Kari Daging Babas
Santan RM4.00
3 sudu Kerisik
2 Tangkai Daun Kari.
Bawang Putih, Bawang Merah, sedikit Halia dimayang.
Sedikit Bunga lawang dn Kulit Kayu Manis
Kentang dn Karet jika suka.
1. Daging dibasuh bersih dan digaul dgn rempah kari daging dan kerisik.
2. Tumis bawang putih, bawang merah, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang.
3. Apabila kekuningan masukkan daging yg digaul dgn rempah kari dn kerisik tadi.
4. Tambah 2 cawan air.
5. Masak daging tu sehingga kering dan pecah minyk.
6. Apabila dah pecah minyak masukkan santan.
7. Kalau suka pekat tambah sedikit air je udah dlm santan.
8. Dah mendidih masukkan kentang.
9. Kentang dah empuk masukkn cili hijau/cili merah.
10. Ok..dah boleh tutup api.
Terdapat banyak lagi resepi lain yang kami paparkan di blog ini selain resepi kari daging ini. Jemputlah untuk lihat kesemuanya dan selamat mencuba! Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!