Mencari resepi ikan salmon yang dijamin sedap?

Salmon merupakan jenis ikan yang sangat terkenal dengan khasiatnya. Ia mempunyai kandungan protein, vitamin A dan omega 3 yang banyak. Tidak hairanlah harganya sedikit mahal di pasaran, khasiatnya kaya!

Bagi yang masih kekeringan idea untuk memasak ikan salmon, jangan risau, kami ada koleksi resepinya. Jadi, berikut kami senaraikan 10 resepi ikan salmon. Teruskan membaca!

#1 Blackened Salmon with Garlic Sauce

Imej via Facebook

Namanya pun dah menarik, bayangkan keenakannya sendiri! Resepi ikan salmon ini merupakan antara yang viral beberapa tahun lepas, jadi anda wajib cuba. Resepi ini dikongsikan oleh AL Khalaf Nasuha di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan perapan:

  • Ikan salmon
  • Sos tiram
  • Serbuk kari
  • Sebuk lada hitam
  • Herba campuran
  • Garam dan perasa

Bahan kisar halus:

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 150 ml susu segar
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • Secubit serbuk lada hitam
  • Garam dan perasa secukup rasa

Bahan lain:

  • Keju
  • Mentega
  • Daun kari
  • Bancuhan air tepung jagung

Cara-cara:

  1. Perap ikan salmon dengan bahan perapan selama 5 minit.
  2. Menggunakan api sederhana, panggang ikan salmon yang diperap dengan mentega. Untuk mengelakkan air ikan cepat kering, tutup kuali semasa memanggang.
  3. Ketepikan ikan salmon setelah dipanggang.
  4. Menggunakan kuali berasingan, tumis bahan kisar halus menggunakan api sederhana.
  5. Tambah sekeping keju dan daun kari untuk aroma.
  6. Setelah keju cair, masukkan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

#2 Rosemary and Garlic Roasted Salmon

Imej via Facebook

Bagi yang sukakan ikan salmon yang mudah cara penyediannya, ini adalah resepi yang wajib anda cuba. Bahannya juga tidak banyak, ada 5 bahan sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Hidayah Ismawi di laman Facebook.

Bahan-bahan :

  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar rosemary
  • 500 g – 800 g ikan salmon
  • ¼ sudu kecil garam
  • ¼ sudu kecil lada hitam

Cara-cara :

  1. Panaskan ketuhar terlebih dahulu pada suhu 200°C/
  2. Cincang halus bawang putih.
  3. Letakkan salmon di atas kertas minyak atau kerajang aluminium.
  4. Tabur bawang putih, rosemary, garam dan lada hitam.
  5. Masukkan ke dalamketuhar dan bakar selama 12 minit atau sehingga salmon sudah senang dicerai-cerai.

#3 Salmon Skin Salted Egg

Imej via Facebook

Bukan isi salmon sahaja yang sedap, kulitnya juga enak untuk dinikmati! Bagi yang belum pernah cuba, anda wajib rasai keenakannya sendiri. Resepi ini dikongsikan oleh Eny Herman di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan-bahan A:

  • Kulit salmon
  • Bawang putih
  • Garam
  • Tepung serbaguna

Bahan-bahan B:

  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Daun kari
  • Telur masin
  • Cili api

Cara-cara:

  1. Basuh bersih kulit salmon. perasakan dengan bawang putih dan garam.
  2. Salut dengan tepung serbaguna dan goreng garing. Ketepikan.
  3.  Tumis bawang putih, cili api dan daun kari.
  4. Masukkan telur masin, kemudian masukkan kulit salmon yang digoreng garing tadi.
  5. Sedia untuk dihidang.

#4 Salmon Panggang

Imej via Facebook

Ingin mencuba resepi salmon yang lebih sahat? Cubalah masak salmon panggang. Isinya yang lembut serta bau yang harum semasa dipanggang pasti akan membuat anda terpikat. Resepi ini dikongsikan oleh Nura Zulaikha di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Garam Himalaya
  • Lada hitam
  • Serbuk cili
  • Bawang putih (dicincang)
  • Sedikit minyak zaitun
  • Air untuk merebus
  • Bunga kobis (dipotong)
  • Brokoli (dipotong)
  • Lobak (dipotong)

Cara-cara:

  1. Perasakan ikan dengan sedikit garam Himalaya, lada hitam, serbuk cili, bawang putih yang dicincang dan sedikit minyak zaitun.
  2. Perapkan sekejap.
  3. Panggangkan ikan.
  4. Rebuskan sekejap air dan masukkan bawang putih, bunga kobis, brokoli dan lobak. Rebus sehingga separuh masak.
  5. Masukkan sedikit garam Himalaya.
  6. Panggangkan sayur bersama ikan yang sedang dipanggang tadi.
  7. Sedia untuk dihidang.

#5 Salmon Blackpepper Cheese

Imej via Facebook

Sukakan kuah yang berkeju? Apa kata anda cuba resepi salmon lada hitam berkeju ini? Rasa keju yang berkrim digabungkan dengan lada hitam pasti akan buat anda berselera menikmatinya. Resepi ini dikongsikan oleh SuiSan Aliezsha di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Kepingan keju
  • Sos lada hitam
  • Lada hitam
  • Lemon/limau
  • Lobak
  • Brokoli

Cara-cara:

  1. Perap salmon dengan sos lada hitam. Perahkan lemon atau limau selama 10 minit.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang digris dengan mentega atau planta.
  3. Parut keju cheddar atau letakkan kepingan keju di atas ikan untuk dibakar.
  4. Bakar menggunakan api atas bawah menggunakan suhu 180°C selama 10 minit.
  5. Setelah siap dibakar, taburkan lada hitam di atas ikan yang disalutkan keju.
  6. Untuk sayur, celur selama beberapa minit sahaja.
  7. Sedia untuk dihidangkan.

#6 Salmon Panggang Kuah Lemon

Imej via Facebook

Biasanya kita terdengar tentang menu ayam kuah lemon. Apa kata kali ini anda cuba salmon panggang berkuahan lemon? Isi ikan yang juicy serta kuah lemon yang masam-masam manis merupakan gabungan yang cukup padu! Resepi ini dikongsikan oleh Norhas Sa’adiah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 biji lemon
  • 3 sudu tepung gandum (dibancuh dengan air)
  • Mentega
  • 2 sudu lada hitam
  • 2 sudu lada putih/sulah
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bawang putih cincang

Cara-cara:

  1. Panaskan mentega.
  2. Masukkan bawang putih cincang.
  3. Masukkan bancuhan tepung gandum dan perahan lemon.
  4. Masukkan lada hitam, putih, garam dan kiub pati ayam.
  5. Sedia untuk dihidang.

#7 Salmon Panggang bersama Sos Putih

Imej via Facebook

Resepi salmon panggang bersama sos putih ini ringkas sahaja, namun rasanya masih sedap. Sesuai dinikmati semasa makantengah hari atau makan malam. Resepi ini dikongsikan oleh Haryati Ramli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Garam
  • Lada hitam
  • Lemon
  • Mentega
  • Minyak zaitun

Bahan sos putih:

  • ½ biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 250 ml susu segar @ 1 tin susu cair
  • Lada sulah
  • Parsley kering, oregano atau mixed herbs

Cara-cara:

  1. Setelah salmon sudah dibasuh, taburkan garam dan lada hitam yang ditumbuk kasar dan gaul rata.
  2. Perah sedikit lemon dan sapu mentega pada ikan.
  3. Perap semalaman.
  4. Menggunakan kuali non-stick, panggang ikan. Letakkan sedikit minyak zaitun dan pastikan panggang tidak terlalu lama.
  5. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar sehingga layu.
  6. Setelah bawang layu, masukan tepung gandum.
  7. Kacau sebati kemudian tuangkan susu segar/susu cair.
  8. Taburkan garam, lada hitam, lada sulah dan parsley/oregano/mixed herbs.
  9. Masukkan sedikit air untuk cairkan kuah.
  10. Sedia untuk dihidang.

#8 Salmon Teriyaki

Imej via Facebook

Selalunya ikan salmon dibuat menggunakan cara masakan Barat, kali ini kita ubah citarasa ke cara masakan Jepun pula – salmon teriyaki! Ianya mempunyai rasa kicap yang manis dan masin, memang best! Resepi ini dikongsikan oleh Afrah Radzi di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan salmon
  • Kicap pekat
  • Madu
  • Lada hitam
  • Bawang putih
  • Halia (ditumbuk halus)

Bahan sos:

  • Bawang holland
  • Mentega
  • tepung
  • Susu
  • Lada hitam
  • Thyme
  • Jus lemon
  • Garam

Cara-cara:

  1. Perap ikan dengan kicap pekat, madu, lada hiam, bawang putih dan halia.
  2. Gorengkan ikan yang diperap tadi.
  3. Untuk sos, tumis bawang holland dengan mentega.
  4. Masukkan tepung, susu, lada hitam, thyme, jus lemon dan garam.
  5. Sedia untuk dihidang.

#9 Bubur Oat Salmon

Imej via Facebook

Ikan salmon sering menjadi lauk pilihan buat mereka yang berdiet. Ada banyak juga cara untuk menyediakannya, salah satunya ialah bubur oat salmon. Ianya bukan sahaja menyihatkan, malah mengenyangkan. Resipi ini dikongsikan oleh Nurain Mohd Tahir di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bilis (ditumbuk ) *optional
  • 4 sudu oat
  • 1½ cawan air
  • Telur (dibuat telur hancur)

Cara-cara:

  1. Tumbuk bilis bersama bawang putih dan bawang merah. Tumiskan.
  2. Masukkan sayur pilihan anda dan gorengkan.
  3. Tambahkan air.
  4. Masukkan oat.
  5. Tunggu mendidih dan pekat.
  6. Sedia untuk dihidang.

#10 Salmon Masak Kicap

Imej via Facebook

Kali ini kita cuba resepi ikan salmon cara Melayu pula – salmon masak kicap. Sesuai dinimati pada waktu tengah hari bersama nasi putih panas. Dijamin sedap! Resepi ini dikongsikan oleh FarDiana Radzali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ikan salmon (dipotong tebal)
  • Cili kering (dikisar halus)
  • Bawang Holland (dipotong bulat)
  • Bawang putih (dihiris halus)
  • Cili padi merah dan hijau
  • Tomato (dipotong empat)
  • Garam
  • Gula
  • Lada hitam
  • Kicap pekat
  • Air asam jawa
  • Secawan air

Cara-cara:

  1. Ikan digaul dengan garam & lada hitam.
  2. Panaskan minyak & goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau kemudian masukkan cili dan masak sehingga garing atau pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, kicap pekat & air asam jawa.
  5. Masukkan juga secawan air & gaul sebati sehingga mendidih.
  6. Masukkan ikan salmon yang telah digoreng.
  7. Kemudian masukkan bawang holland, cili padi & tomato.
  8. Sedia untuk dihidang.


Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi ikan salmon, kami juga ada menulis tentang koleksi resepi menarik yang lain. Jangan lupa untuk memberi komen dan berkongsi dengan rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.