Sudah tidak tahu hendak masak apa menggunakan daging? Pada hari ini, kita akan kongsikan resepi daging masak hitam yang pastinya akan disukai oleh sesiapa sahaja yang memakannya.

Resepi daging masak hitam ini boleh disediakan di rumah dengan sangat mudah dan anda boleh juga tambah atau kurangkan bahan mengikut kesukaan anda. Boleh buat pedas atau pun tidak pedas. Semuanya boleh mengikut kreativiti anda sendiri.

Norliza Bahari telah berkongsikan resepi daging masak hitam ini di laman Facebook miliknya dan telah mendapat banyak like dan perkongsian. Jadi bolehlah anda mencuba resepi ini di rumah!

Resepi Daging Masak Hitam

daging masak hitam

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 kg daging lembu
  • 2 biji bawang besar dihiris memanjang
  • 3 sudu besar @ 1 paket kecil rempah kari daging
  • 5 sudu besar cili dikisar
  • 1 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1 sudu teh serbuk kas kas (optional)

Bahan tumis:

  • 2 biji bawang besar *
  • 6 ulas bawang putih *
  • Halia sebesar ibu jari *
  • 3 batang serai diketuk
  • 3 helai daun pandan disimpulkan
  • 4 tangkai daun kari
  • 1 batang besar kulit kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 4 biji bunga lawang
  • 8 biji bunga cengkih
  • 2 senduk kicap pekat
  • 2 senduk minyak
  • Gula dan garam secukup rasa

Nota: Bahan bertanda (*) dikisar terlebih dahulu.

Cara – cara memasak:

  1. Potong dan bersihkan daging. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, dan kisarkan bahan kisaran.
  3. Masukkan 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih), daun pandan, daun kari dan serai. Goreng sehingga wangi.
  4. Masukkan bawang hiris dan goreng lagi sehingga bawang garing.
  5. Masukkan cili kisar bersama serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan serbuk kas kas tadi.
  6. Kacau sehingga pecah minyak baru masukkan daging dan kicap.
  7. Kacau dan renehkan sehingga daging lembut.
  8. Apabila daging lembut, perasakan dengan garam dan gula.
  9. Akhir sekali, taburkan daun pudina dan bawang goreng untuk hiasan.
  10. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.