Kali ini kami bawakan resepi daging goreng kunyit khas buat mereka yang tiada idea untuk masak apa pada waktu tengahari. Resepi ini ringkas dan hanya menggunakan bahan – bahan yang terdapat di dapur sahaja. Mudah, sesiapa boleh sediakan hidangan ini!

Resepi ini selalu menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Sesiapa sahaja yang makan akan menyukainya. Oleh itu, jom kita cuba!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Yan Azie dan mendapat banyak perkongsian di media sosial tau!

Resepi Daging Goreng Kunyit

Resepi Daging Goreng Kunyit

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Daging
  • Bawang merah
  • Bawang Putih*
  • Halia*
  • Cili padi*
  • Serbuk kunyit
  • Sos tiram
  • Kacang panjang
  • Minyak
  • Garam
  • Perisa(ikut suka)

Cara penyediaannya:

  1. Gaulkan daging dengan kunyit, garam dan bawang putih seulas yang sudah ditumbuk. Kuantiti bawang putih ikut kepada banyak mana masak.
  2. Goreng daging.
  3. Tumbuk bahan yang bertanda *.
  4. Hiris bawang merah.
  5. Kurangkan minyak dan goreng daging tadi.
  6. Tumiskan bawang merah dan bahan yang bertanda*.
  7. Masukkan sos tiram, garam dan perasa.
  8. Letakkan sedikit air. Masukkan daging dan sayur kacang panjang.
  9. Kacau sebati. Tutup api dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Mudah kan resepi ini? Jangan risau, ada pelbagai lagi resepi yang kami sertakan di bawah dan anda boleh cuba. Oh, dan jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini.

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .