Mencari resepi kuih kukus yang mudah dibuat?

Kaedah membuat kuih ada berbagai. Misalnya, kaedah membuat donat ialah dengan menggoreng, kuih kemboja pula dibakar dan banyak lagi. Kuih yang dikukus juga tidak terkecuali.

Selain mudah dibuat, ianya juga enak untuk dinikmati untuk sarapan atau berbuka puasa. Jadi, berikut kami senaraikan 5 resepi kuih kukus untuk anda cuba.

#1 Apam Mekar Gebu

resepi kuih kukus

Imej via Facebook

Siapa sahaja yang tidak sukakan apam? Teksturnya yang gebu merupakan antara faktor ianya menjadi kegemaran ramai. Resepi ini dikongsikan oleh Sofia Abraham di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 450 g tepung naik sendiri
  • 2 sdk sebuk penaik (diayak)
  • 2 biji telur
  • 350 g gula kastor
  • 400 g air sejuk (dari peti ais)
  • 15 g SP atau ovalet
  • ½ sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu kecil jus limau nipis
  • Pewarna mengikut citarasa masing-masing

Cara-cara:

  1. Satukan semua bahan kecuali jus limau nipis.
  2. Pukul dengan menggunakan kelajuan rendah selama 1 minit.
  3. Kemudian, guna kelajuan tinggi selama 10 minit
  4.  Tukar kelajuan kepada rendah dan masukkan jus limau. Pukul selama 3 minit siap
  5. Bahagikan adunan untuk meletakkan pewarna.
  6. Masukkan adunan dalam acuan hingga penuh.
  7.  Kukus selama 10 minit menggunakan api kecil.

#2 Dodol Kukus

resepi kuih kukus

Imej via Facebook

Dodol kukus ini merupakan kuih tradisional Pahang. Tak perlu tunggu hari raya untuk buat dodol, buat sekarang pun boleh! Resepi ini dikongsikan oleh Norsa Watiey di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan A (tahi minyak):

  • 1 cawan santan pekat

Bahan B

  • Daun pisang( dilayu agar lembut)

Bahan C

  • 1 cawan gula merah
  • ½ cawan gula pasir
  • 1 cawan air

Bahan D

  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu tepung ubi
  • 1 ½ cawan santan

Cara-cara:

  1. Untuk membuat tahi minyak – menggunakan api sederhana, santan dimasak hingga pecah minyak selama 30 minit. Kacau sekali sekala.
  2. Untuk bahan C,  satukan bahan dalam periuk dan masak hingga hancur semuanya. Sejukkan.
  3. Campur semua bahan D, gaulkan hingga sebati.
  4. Semasa suhu suam, masukkan bahan C. Tapis setelah sebati.
  5. Panaskan periuk kukus.
  6. Minyak dari taik minyak tadi disapu pada daun pisang.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas dengan daun pisang tadi.
  8. Kukus hingga masak (tanda dah masak – dodol cantik & licin, warna kehitaman seperti gula dan tidak melekat pada jari).
  9. Setelah siap, sejukkan dan tabur tahi minyak di atas dodol kukus.

#3 Kuih Kaswi @ Kosui

resepi kuih kukus

Imej via Facebook

Satu lagi resepi kuih kukus popular yang wajib anda cuba ialah resepi kuih kaswi atau kosui. Pasti anda pernah terlihat kuih ini dan teringin untuk mencubanya. Resepi ini dikongsikan oleh NorDiana Mat Desa di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum*
  • ½ cawan tepung ubi*
  • 1 sudu air kapur (secubit kapur /sesudu air kapur yang siap dibancuh)*
  • 1 sudu gula merah
  • ¾ cawan gula
  • 5 cawan air
  • Kelapa parut yang putih sahaja
  • Garam

Cara-cara:

  1. Kukus sekejap kelapa parut bersama garam supaya tahan lama.  Ketepikan.
  2. Larutkan gula pasir dan gula merah bersama 2 cawan air dan masak atas api untuk hancurkan gula.
  3. Letak sehelai daun pandan sebagai aroma. Tunggu sejuk sekejap.
  4. Campurkan semua bahan bertanda “*”bersama 3 cawan air.
  5. Kemudian, masukkan air gula tadi dan tapis.
  6. Guna loyang 8×8 dan kukus selama 30 – 40 minit.
  7. Tunggu kuih sejuk, kemudia boleh digaul dengan kelapa parut tadi.

#4 Kuih Limas

limas

Imej via Facebook

Kuih limas ini merupakan kuih tradisional Perak. Bezanya dengan tepung pelita ialah ianya menggunakan tepung gandum sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Noriza Jaja di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah:

  • 2 cawan santan cair
  • 1 ½ cawan jus air pandan
  • 4 sudu besar gula pasir
  • 1  ¼cawan tepung gandum tambah 1 sudu besar tpg lagi.(ni ngam2 cantik)
  • sedikit pewarna hijau

Lapisan Atas:

  • 2 ½ cawan santan pekat
  • ¾ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam

Bahan lain:

  • Kelongsong daun pisang / bekas plastik
  • Gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Campurkan semua bahan Lapisan Bawah dan kacau sebati kemudian tapiskan.
  2.  Campurkan semua bahan Lapisan Atas dan kacau rata.
  3. Jika santan agak pekat, kurangkan sukatan santan kepada ½ cawan. Tapiskan dan ketepikan.
  4. Panaskan kukusan, susun kelongsong dan isikan 1 sudu besar gula.
  5. Bila air sudah mendidih, masukkan lapisan bawah dan kukus selama 12 minit menggunakan api sederhana.
  6. Setelah masak, sejukkan sebentar supaya tidak bercampur dengan lapisan atas.
  7. Setelah sejuk, perlahan-lahan tuangkan lapisan atas dan kukus selama 10-12 minit menggunakan api sederhana.
  8. Setelah masak, tutup api. Siap dihidang ketika suam atau pun boleh disejukkan di dalam peti ais.

#5 Kuih Sagu

sagu

Imej via Facebook

Kuih sagu merupakan salah satu kuih yang sering diburu semasa bulan puasa. Anda juga boleh membuatnya sendiri menggunakan cara mengukus sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Zuhara JN di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • ½ cawan sagu
  • 5 sudu gula
  • Kelapa parut + garam ( kukus kejap)

Cara-cara:

  1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros selama satu jam setengah. Toskan.
  2. Kemudian, letakkan dalam satu bekas dan kacau bersama gula.
  3. Sudukan dalam acuan dan kukus selama 25-30 minit.
  4. Setelah siap, gaulkan dalam kelapa yang dikukus tadi.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi kuih kukus, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.