Daging dan rakyat Melayu berpisah tiada. Di semua kedai makan mesti menyajikan masakan daging. Ada daging bakar, daging tumis, daging kari dan lain-lain. Daging menjadi favorit kerana ia cukup mengenyangkan dan dapat dimakan bersanding dengan apa jua.
Daging boleh dimakan bersama nasi putih, nasi minyak, nasi beriyani, bahkan dengan roti sekalipun. Daging pula paling banyak dicari untuk jadi menu utama di majlis-majlis kenduri kerana ia sejenis makanan istimewa yang tentu akan dihidang untuk majlis istimewa juga.
Masakan daging di restoran juga terkenal mahal, lebih baik bikin sendiri di rumah. Anda boleh adjust rasa, boleh buat resepi apa pun sesuai kreativiti anda. Juga sangat berbaloi tentunya untuk keluarga anda.
Resepi-resepi yang kami kongsikan di bawah ini ialah resepi daging yang paling banyak dicari dan mendapat perkongsian yang sangat ramai. Anda patut cuba resepi-resepi ini. Tanpa buang masa, sila tengok resepi-resepi menarik yang kami sediakan untuk anda.
Pecinta makanan Thai pasti suka daging goreng masak Thai yang dikongsikan oleh Nurmazlynie Ilias ini. Hanya menggunakan tujuh bahan utama, cara memasaknya juga cukup mudah.
1. Gaul semua bahan dengan daging kecuali butter dan bawang putih.
2. Perap selama 30 minit atau 2 jam.
1.Gaul kesemua bahan dan kacau sebati.
Jika lihat pada gambar, pasti daging masak lada hitam yang terlintas di fikiran. Namun berbeza pada resepi milik Nooryanis Al-Baraqwan, ia lebih sedap dengan kuahnya yang pekat bersama bahan sampingan yang lain. Ada yang mengatakan lebih lama daging dimasak, daging menjadi lebih empuk dan mesra dengan kuah.
1. Rebus daging hingga empuk. Ketepikan.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan saleri. Biar sampai kekuningan. Masukkan tepung gandum.
3. Masukkan tomato puree, bay, basil, thyme, lada hitam, tomato, kicap, kentang dan carrot.
4. Masukkan daging dan air rebusan. Biar sampai mendidih lalu masukkan peas, capsicum, garam dan gula.
5. Tabur parsley. Kalau kurang pekat boleh tambah bancuhan tepung gandum.
Ini juga antara makanan Thai yang paling popular di Malaysia. Jika ada yang tak tahu, harimau menangis sebenarnya daging lembut yang terletak di bahagian tertentu lembu. Ikuti resepi dari AiEn Mazalan yang lengkap bersama resepi sos thai homemade.
1. Perap selama 30 minit.
2. Tambah minyak dalam 4-5 sudu dan perap lagi 2 jam.
Tips: Tambah minyak untuk bagi daging lagi lembut dan juicy. Apabila sudah siap perap, masukkan dalam grill pan dan tunggu sampai masak, boleh cicah dengan sos thai.
Norashikin Ismail berkongsikan resepi daging goreng kunyit yang menjadi kegemaran ramai untuk dimakan pada tengahhari. Hanya satu menu, lengkap dengan sumber protein dan sayur-sayuran. Versi kali ini lebih menarik kerana tidak terlalu kering seperti kebiasaan.
1. Daging dicuci bersih lalu gaul bersama garam dan kunyit.
2. Masukkan ke dalam kuali lalu tambah air sehingga tenggelam daging (lebihkan air agar daging empuk).
3. Apabila air sudah kering, masukkan minyak, bawang merah dan bawang putih lalu gaul sebati.
4. Masukkan carrot, cili merah dan cili hijau ( kalau ada lada solok lagi sedap )
5. Gaul sebati dan perasakan. Masukkan kacang panjang dan tambah air sedikit nak bagi daging lembab-lembap sedikit. Siap.
Tetel adalah bahagian daging yang mempunyai urat, tulang, lemak biasa dan lemak harimau menangis. Sama seperti daging harimau menangis, daging tetel juga lembut. Oleh sebab itu, ramai menggunakannya untuk memasak asam pedas. Jom cuba resepi milik Umi Ryz Zaki.
1. Rebus daging sampai empuk.
2. Kisar cili kering, bawang dan kunyit serbuk.
3. Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar.
4. Masukkan daun limau.
5. Masukkan daging bersama air rebusan.
6. Letak garam secukup rasa.
7. Letak air asam jawa dan kacau sampai masak.
Merupakan masakan kampung yang sangat sedap, menu ini lazimnya dijumpai ketika kenduri di kampung. Tambahan batang pisang pada kari ini membuatkannya lebih unik dan sedap. Jika anda mempunyai batang pisang di rumah, ikuti resepi yang dikongsikan oleh Fara Syahmim.
1. Ambil bahagian dalam batang pisang yang lembut. Potong serong batang pisang dan membersihkan tali-tali getah yang ada.
2. Lumur batang pisang yang telah dibersihkan dengan kunyit.
3. Sediakan bahan-bahan tumis iaitu bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dimayang halus. Panaskan kawah/periuk. Tumis bahan-bahan tumis (bawang, halia, daun kari, kulit kayu manis dan bunga lawang) sehingga keperangan.
4. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Biarkan ia masak atau mendidih sehingga pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa.
5. Seterusnya masukkan daging yang dipotong mengikut saiz standard. Kalau ada tulang dan perut, masukkan tulang serta perut terlebih dahulu. Masak sehingga daging empuk atau lembut.
6. Apabila daging empuk, baru masukkan batang pisang.
7. Akhir sekali baru la masukkan santan setelah daging dan batang pisang sudah sekata bahan nya. Biarkan ia mendidih dan masak.
Nurul Nadia juga berkongsikan resepi salah satu menu kenduri. Daging masak hitam menjadi kegemaran ramai kerana dimasak bersama rempah yang menyedapkannya lagi. Hanya menggunakan lapan bahan, anda boleh menyiapkannya dalam masa yang cepat. Jangan lupa rebus daging terlebih dahulu agar tidak liat.
1. Tumis bahan hirisan, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis hingga layu.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih.
4. Masukkan daging.
5. Masukkan kicap pekat dan kicap manis (agak-agak sahaja kuantitinya)
6. Letakkan air asam jawa, garam, gula dan aji.
7. Siap.
Penggemar sup daging yang pekat pasti suka dengan resepi oleh Nurulhuda Yaakub. Resepi sup ini sesuai untuk dimakan begitu sahaja, bersama nasi mahupun bihun dan sebagainya. Anda boleh menambah empat sekawan jika suka.
Kisar semua.
Bancuhan rempah sup. Saya guna 4 paket kecil jenama Faiza dan 1 paket kecil jenama Adabi. Bancuh sedang-sedang dan jangan cair sangat.
1. Masukkan tulang dan daging ke dalam periuk.
2. Masuk air secukupnya. Masuk sekali halia yang telah dihiris kasar.
3. Rebus hingga empuk dan lembut. Biasa saya rebus 3 jam. Selesai 3 jam baru saya buat langkah yang lain.
4. Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali.
5. Masukkan bahan B. Gaul dalam kurang seminit kemudian masukkan bahan C. Kacau sekejap hingga sedikit keperangan dan naik bau.
6. Kemudian masukkan bahan D. Kacau dan gaul rata hingga sebati dan terbit minyak.
7. Kemudian masukkan bahan E. Api kena jaga jangan kuat sangat takut bahan hangus. Bagi dia elok rata terbit minyak lalu tutup api.
8. Pindahkan bahan-bahan yang kita masak dalam kuali tadi ke dalam periuk rebusan daging.
9. Bukak api lalu masukkan 2 sup bunjut Adabi. Masukkan serbuk lada putih secukupnya.
10. Masukkan 1 sudu mushroom seasoning lalu kacau rata. Masukkan garam secukupnya. Adjust ikut selera masing-masing.
11. Biar hingga menggelegak, mendidih dan masak. Akhir sekali taburkan daun sup yang telah dihiris nipis.
Selain tomyam, pasti ada yang akan memesan daging masak merah jika makan di kedai Thai. Daging akan direbus dahulu bersama pewarna untuk menjadikannya merah. Ikuti resepi dari Nasuha Saiful yang pasti menjadi!
Bahan-bahan:
1. Rebus daging bersama pewarna merah sehingga empuk.
2. Ketuk bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar ikut kepedasan dan masak sampai pecah minyak.
4. Masukkan air rebusan daging tadi dan masak seketika.
5. Masukkan sos tiram, sos tomato, kiub ayam, garam dan daun lima purut.
6. Masukkan air sedikit.
7. Masukkan sayur-sayuran dan masak seketika.
8. Akhir sekali, masukkan daging, bawang holland dan cili padi.
9. Taburkan daun ketumbar.
Resepi daging kurma antara resepi simple, mudah dan cepat. Jika anda tidak pernah membuat kurma daging, ikuti sahaja resepi yang telah dikongsikan oleh Masni Bahari.
1. Rebus daging dalam kuali atau periuk.
2. Tuang bahan kisar bersama rempah, serai empat sekawan, daun kari, kerisik, minyak dan sedikit air.
3. Apabila daging sudah hampir empuk, letak ubi kentang dan santan.
4. Apabila ubi sudah empuk, letak gula sedikit, garam, serbuk perasa dan air asam jawa.
5. Kacau seketika dan sudah boleh letak bahan hiasan tadi. Kacau serata dan siap untuk dihidang.
Resepi daging masak ketumbar pernah viral suatu ketika dahulu. Bahan yang digunakannya juga adalah bahan asas yang pasti ada di rumah. Menu ini pasti membuatkan anda bertambah nasi. Ikuti resepi dari Aziah Nima di laman Facebooknya.
1. Potong kasar bawang Holland, cili padi hijau dan cili padi merah (masukkan last sekali untuk garnish).
2. Kisar semua bahan-bahan yang bertanda * diatas lalu perapkan dengan daging, asam jawa dan gula dalam satu jam.
3. Panaskan minyak, tumis serai dan semua daging yang sudah diperap tadi. Daging ini akan keluarkan air yang banyak. Tutup kuali dan tunggu sehingga kering sedikit kemudian tambah lagi air paras daging. Tutup semula kuali dan gunakan api sederhana. Kerap kacau dan jangan biarkan sampai hangus.
4. Apabila air daging sudah kering dan pecah minyak, masukkan garam dan serbuk perasa
5. Masukkan bawang holland dan cili padi sebiji-sebiji lalu kacaukan sekejap kemudian tutup api. Siap.
Teringin makan daging paprik ala restoran Thai? Sudah tak perlu pergi kedai. Anda boleh ciptakan sendiri daging paprik ala kedai Thai di rumah anda. Kami hadirkan ke hadapan anda resepi daging paprik daripada Murni Rahmat yang dikongsikan di Facebook seperti di bawah ini.
Daging pesamah sekilas macam kari, tapi bukan kari. Rasanya manis dan sedikit masam. Anda penasaran? Jom tengok resepi daging pesamah ala rumah kenduri yang dikongsikan oleh Mohd Nirmi di Facebook.
Rendang bukan hanya makanan legend yang hanya boleh didapat pada masa raya, rendang pula boleh dimakan bila-bila. Ada dua versi masak rendang samada nak tumis atau tanpa tumis. Jom tengok resepi rendang tanpa tumis yang dikongsikan oleh Norsiah Zakaria di Facebook seperti tampak di bawah ini.
Teringin pula masak daging dendeng resepi Padang. Memang sedap sangat lauk ini. Krup krap garing dagingnya. Kena pula gaul dengan sambal kering. Orang Padang panggil ‘dendeng batokok’. Anda yang tengah mengidam dendeng mari tengok resepinya yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook. Selamat menggamit selera.
Resepi daging lada hitam yang dikongsikan oleh Mazliza Ahmad di Facebook ini sangat disukai ramai dan telah mendapat perkongsian sebanyak 6K. Sila cuba resepi ini dan hidangkan daging lada hitam terbaik anda.
Jika anda penggemar daging, apa kata cuba menu utama berasaskan daging seperti: