Sudah ketandusan idea hidangan minum petang? Jangan khuatir, kami bawakan khas kepada anda, resepi cucur udang daun bawang yang amat lazat, sangat sesuai untuk dihidangkan kepada yang tersayang.

Tahukah anda, resepi cucur udang daun bawang ini tidaklah sukar untuk disediakan. Cara penyediaannya mudah tetapi menghasilkan hidangan yang pasti menarik selera yang tersayang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ben Safwan di laman Facebook milik beliau dan telah mendapat banyak perkongsian serta komen positif di Facebook. Jom kita lihat!

Resepi Cucur Udang Daun Bawang

Resepi Cucur Udang Daun Bawang

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 200 gram isi udang dicincang
  • 1  batang lobak merah sederhana
  • 2 bawang merah saiz bola ping pong
  • 2 cili besar merah
  • 1 cekak daun bawang
  • 1 biji telur ayam
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking soda
  • 200 ml air ais
  • 1/2 sdt garam

Cara penyediaannya:

  1. Potong halus/racik/ikut suka semua bahan. Campur semua bahan. Sukatan ini akan hasilkan cucur yang sangat lembut.
  2. Kalau nak rangup dan rasa bertepung lagi,tak perlu letak baking soda.
  3. Panaskan minyak banyak ,apa lagi jemput jemput nak guna tangan ke sudu, masuk dalam kuali. Jangan goreng banyak sekali gus. Terbalikkan bila dah masak.
  4. Angkat bila siap.

Tips/Petua : Kesedapan dia terletak pada air ais. Jadikan rangup diluar, lembut di dalam cucur. Kuantiti baking soda juga mempengaruhi.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .