Mencari resepi masakan berpantang yang menarik dan sesuai?

Semasa berpantang, semestinya anda ingin menikmati hidangan yang masih enak tanpa perlu memaksa tekak untuk menelan hidangan bersup semata-mata. Tetapi, bolehkah makan sedap-sedap semasa berpantang?

Semestinya ya, jika kena dengan caranya. Untuk itu, berikut kami senaraikan 12 resepi masakan berpantang yang sesuai untuk anda. Teruskan membaca!

#1 Sup Jenahak

resepi masakan berpantang
Imej via Facebook

Sebut sahaja resepi masakan berpantang, semestinya ikan jenahak akan disenaraikan. Resepi ini dikongsikan oleh Norfadilah Ibrahim di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Bawang kecil (dihiris/ditumbuk)
  • Bawang putih (dihiris/ditumbuk)
  • Halia (dihiris/ditumbuk)
  • Sedikit minyak
  • Rempah empat sekawan
  • Rempah sup
  • Air
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Ikan jenahak (disapukan dengan garam)
  • Lada besar
  • Daun bawang
  • Tomato ceri

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan masukkan rempah 4 sekawan.
  2. Masukkan bahan yang dihiris tadi.
  3. Masukkan rempah sup.
  4. Masukkan air, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
  5. Masukkan ikan yang telah disapukan dengan garam. Renehkan sup sekejap.
  6. Masukkan lada besar dan taburkan daun bawang.
  7. Akhir sekali, masukkan tomato ceri.

#2 Siakap Stim Limau

resepi masakan berpantang
Imej via Facebook

Teringin untuk menikmati siakap stim semasa berpantang? Boleh sahaja, resepinya juga mudah. Resepi ini dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan untuk ikan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 sudu teh garam
  • 3 ulas bawang putih

Bahan kuah stim limau:

  • 1/3  cawan air
  • 2 biji air perahan limau nipis
  • 2 batang serai (dihiris nipis)
  • 1/2 biji bawang Holland
  • 5-6 biji cili padi (dihiris)
  • 1 pokok akar ketumbar.
  • Sosikan
  • Serbuk perisa (kalau suka)

Cara-cara:

  1. Basuk bersih ikan dan pastikan tiada darah di celah tulang.
  2. Untuk menghilangkan bau hanyir ikan, rendam ikan dalam perahan limau kasturi atau tepung gandum selama 30 minit.
  3. Tumbuk bawang putih dengan garam dan lumurkan pada ikan. Perap selama 15 minit.
  4. Bungkus ikan dengan kerajang aluminium dan cucuk dengan lidi pada bahagian atas.
  5. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak (buang air ikan semasa mengukus).
  6. Untuk kuahnya, panaskan semua bahan dalam kuali kecuali cili, sos ikan, perasa dan ketumbar sehingga mendidih,
  7. Kemudian, baru masukkan bahan-bahan tersebut.
  8. Curahkan kuah di atas ikan yang siap dikukuh ketika kuah masih mendidih.
  9. Sedia untuk dihidang.

#3 Siakap Goreng Dengan Kicap Cair dan Halia

resepi masakan pantang
Imej via Facebook

Satu lagi resepi masakan berpantang untuk ikan siakap ialah siakap goreng dengan kicap cair dan halia. Resepi ini dikongsikan oleh Marina Ismail di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • ¼ cawan kicap soya cair
  • 3 inci halia (dihiris sederhana & dihiris lagi seperti batang mancis)
  • 1 sudu teh gula perang
  • Daun bawang (bahagian pangkal, dipotong lebih kurang 1.5 inci)
  • Daun bawang (bahagian atas, fihiris untuk hiasan)
  • Timun (dihiris nipis/guna peeler)
  • Cili padi
  • Minyak bijan
  • Sedikit air panas
  • Sedikit garam

Cara-cara:

  1. Gorenghalia yang dihiris nipis sekejap dan ketepikan.
  2. Lumurkan ikan dengan garam dan goreng hingga garing. Gunakan minyak yang sama untuk goreng ikan.
  3. Goreng ikan hingga garing. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
  4. Keluarkan sedikit minyak dari kuali dan masukkan ke dalam kuali lain.
  5. Masukkan bancuhan kicap soya cair, minyak bijan, gula perang, air panas, daun bawang dan cili padi.
  6. Masak dan biarkan mendidih sekejap.
  7. Curahkan sos atas ikan, taburkan daun bawang dan halia goreng atas ikan.
  8. Sedia untuk dihidang.

#4 Ayam Kukus Halia

resepi menu berpantang
Imej via Facebook

Walaupun berpantang, tak semestinya anda tak boleh menikmati ayam. Ayam kukus halia merupakan antara hidangan mudah yang boleh anda cuba. Resepi ini dikongsikan oleh Norizan Mansor di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Halia muda
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Kicap cair
  • Sos tiram
  • Sedikit minyak bijan
  • Ayam
  • Brokoli
  • Lobak

Cara-cara:

  1. Tumbuk atau kisa kasar halia muda, bawang besar dan bawang putih.
  2. Masuukkan ke dalam bekas, gaulkan dengan kicap cair, sos tiram dan sedikit minyak bijan.
  3. Masukkan ayam, gaul sebati dan perapkan selama 1 jam.
  4. Kukus ayam menggunakan api sederhana hingga masak.
  5. Masukkan sayur brokoli dan lobak. Kukus hingga sayur menjadi lembut.
  6. Sedia untuk dihidang.

#5 Ayam Ungkep

resepi masakan berpantang
Imej via Facebook

Ayam ungkep ini merupakan menu berpantang yang cukup mudah untuk disediakan, cuma perlukan beberapa bahan yang ringkas sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Noor Baini Ali di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai (dititik)
  • 3 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • Kunyit hiduo (sebesar ibu jari) (ditumbuk)
  • Cili padi (ditumbuk)
  • Ketumbar paket kecil (direndam dan ditumbuk)
  • 1 sudu serbuk kunyit
  • 1 sudu besar asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak untuk memasak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata. Tutup periuk hingga ayam masak.
  3. Masukkan air jawa dan biarkan kuah memekat.
  4. Sedia untuk dihidang.

#6 Ikan Bakar versi Berpantang

resepi masakan berpantang
Imej via Facebook

Ikan bakar juga boleh dinikmati semasa berpantang, namun resepinya semestinya lebih menyihatkan. Resepi ini dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan di laman Facebook.

Bahan-bahan:

Bahan pes:

  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Garam
  • Serai
  • Sedikit minyak

Bahan ikan:

  • Ikan
  • Bawang putih
  • Hirisan serai
  • Sedikit lobak
  • Sedikit tomato

Cara-cara:

  1. Kisarkan semua bahan pes.
  2. Lumurkan bahan pes pada ikan.
  3. Taburkan bawang putih, hirisan serai, sedikit lobak dan tomato di atas ikan.
  4. Bungkus ikan dengan daun pisang atau kerajang aluminium.
  5. Bekukan di dalam freezer jika mahu dan boleh nyahbekukan jika mahu membakarnya.

#7 Tenggiri Masak Asam

ikan masak asam
Imej via Facebook

Ada banyak jenis ikan yang sesuai dinikmati semasa berpantang, dan salah satunya ialah ikan tenggiri. Resepi ini dikongsikan oleh Nurul Ateekah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • 5-7 keping tenggiri batang (dibersihkan)
  • Garam
  • Kunyit
  • 2 sudu besar asam jawa dibancuh dengan 2 cawan air
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 2 cm halia (dihiris)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 7 biji cili padi merah
  • 1 biji cili hijau (dibelah enam)
  • 1½ sudu besar gula
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit dan gorengkan. Ketepikan.
  2. Panasan minyak dan tumiskan bawang putih serta halia hingga kekuningan.
  3. Masukkan serai, cili padi dan cili hijau.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng dan masak hingga mendidih. Matikan api.
  6. Sedia untuk dihidang.

#8 Ayam Masak Lada Hitam

ayam masak lada hitam
Imej via Facebook

Resepi berpantang seterusnya ialah ayam masak lada hitam, ringkas dan hanya memerlukan beberapa jenis bahan sahaja. Resepi ini dikongsikan oleh Noraini Abdullah di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ayam (dihiris nipis)
  • 3 paket rempah lada hitam dibancuh dengn sedikit air
  • Daun bawang (dihiris seinci)
  • Bawang besar (dihiris separuh bulat atau dipotong memanjang)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng kosong ayam tersebut.
  2. Keringkan minyak atau air dan masukkan rempah lada hitam.
  3. Gaul rata dan masukkan hirisan bawang besar.
  4. Masukkan daun bawang.
  5. Sedia untuk dihidang.

#9 Daging Goreng Kunyit

daging goreng kunyit
Imej via Facebook

Jika anda berada dalam fasa terakhir untuk berpantang, anda boleh menikmati hidangan ini iaitu daging goreng kunyit. Resepi ini dikongsikan oleh Dani Shopee’s di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Daging (dihiris mengikut kesukaan)
  • Kacang panjang (dihiris)
  • Bawang holland (dihiris)
  • Cili (dihiris)
  • Sos tiram
  • Serbuk kunyit

Cara-cara:

  1. Masukkan daging ke dalam kuali dan hidupkan api. Biarkan air daging keluar dahulu.
  2. Masukkan sos tiram dan serbuk kunyit. Masak hingga empuk.
  3. Tambah air jika perlu. Kacau sebati hingga lembut.
  4. Setlah daging lembut, air kering dan tinggal sedikit, inyak akan terbit dari lemak daging. Boleh tambah minyak lagi jika mahu.
  5. Masukkan bawang & kacang panjang. Gaul sebati.
  6. Bila bawang dah layu, masukkan cili.
  7. Perasakan dengan garam dan gula.
  8. Sedia untuk dihidang.

#10 Pais Ikan Tenggiri

Imej via Facebook

Teringin untuk menikmati pais? Boleh sahaja, cubalah resepi pais ikan tenggiri. Resepi ini dikongsikan oleh Nurlyana Ramli di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri
  • Kelapa parut
  • Daun kunyit (dihiris)
  • Lengkuas
  • Kunyit
  • Serai
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili kering
  • Belacan *optional
  • Asam jawa
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Cara-cara:

  1. Kisar lengkuas, kunyit, serai, bawang merah, bawang putih, cili kering dan belacan.
  2. Gaulkan bahan kisar dengan bahan-bahan lain. Kemudian, lumurkan pada ikan tenggiri.
  3. Balutkan ikan tenggiri yang dilumurkan tadi dengan daun pisang dan bakar sehingga masak.
  4. Sedia untuk dihidang.

#11 Serunding Halia

resepi masakan berpantang
Imej via Facebook

Sebagai menu sampingan, anda boleh menikmati serunding halia semasa berpantang. Resepi ini dikongsikan oleh Masfaliza Ab Jaafer di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Halia tua
  • Ikan bilis
  • Garam bukit
  • Perencah masakan
  • Minyak masak

Cara-cara:

  1. Sagatkan halia. Letakkan sedikit garam bukit dan gaul rata.
  2. Perahkan air halia.
  3. Panaskan minyak yang jumlahnya banyak dan masukkan halia tadi.
  4. Menggunakan api besar, goreng serunding sehingga warnanya keperangan.
  5. Setelah warna bertukar keperangan, angkat serunding secepat mungkin.
  6. Tapiskan lebihan minyak.
  7. Sedia untuk dihidang.

#12 Bubur Ikan Salmon

bubur ikan salmon
Imej via Facebook

Ikan salmon yang kaya dengan zat Omega 3 juga sesuai dinikmati semasa berpantang. Resepi ini dikongsikan oleh May Vo Dyakonov di laman Facebook.

Bahan-bahan:

  • Isi ikan salmon
  • Tulang ikan salmon
  • Beras (dibasuh)
  • Bawang merah  (dicincang)
  • Bawang putih  (dicincang)
  • Sedikit halia (dicincang)
  • Brokoli
  • Batang daun bawang
  • Garam
  • Gula
  • Sos ikan
  • Lada hitam
  • Daun bawang biasa sebagai hiasan
  • Hirisan limau sebagai hiasan

Cara-cara:

  1. Rebus tulang ikan salmon bersama sedikit garam dan sos ikan. Simpan air rebusan.
  2. Kemudian, buangkan tulang dan ambil isi dari tulang jika terlekat.
  3. Masak beras dalam air rebusan salmon tadi. Jika air sikit, tambahkan air lagi.
  4. Setelah beras sudah bertukar menjadi bubur dan lembik, masukkan sayur-sayuran dan bahan perasa.
  5. Tumis bahan cincang dan gaulkan.
  6. Potong daun bawang dan masukkan ke dalam bubur bersama hirisan limau nipis atau kasturi.
  7. Boleh juga perah limau jika mahu.
  8. Sedia untuk dihidang.

Resepi Menarik Lain

Selain koleksi resepi masakan berpantang, kami juga ada menulis tentang resepi lain yang menarik. Jangan lupa untuk komen dan kongsikan kepada rakan-rakan. Selamat mencuba!

Penulis: Nurul Hani

Nurul Hani

Merupakan seorang pelajar di salah satu universiti tempatan dan berminat untuk berkongsikan tempat makan menarik di Malaysia.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.