Kebiasaanya, cucur bilis tidak kembung bukan? Tetapi, resepi pada kali ini membawakan sedikit perbezaan daripada cucur bilis yang biasa.

Resepi ini akan menghasilkan cucur bilis yang kembung yang garing diluar dan lembut di dalam. Pastinya akan menambat selera sesiapa sahaja yang memakannya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Princess Larra Lanna di laman sosial Facebook miliknya yang telah mendapat banyak like dari warga sosial di Facebook.

Resepi Cucur Kembung Bilis

cucur kembung bilis

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk bilis
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Bawang besar dan bilis ditumbuk halus
  • Secubit garam
  • 1 1/2 cawan air mendidih

Cara – cara memasak:

  1. Gaul semua bahan di atas. Ambil secubit kemudian bulat-bulatkan menggunakan tapak tangan.
  2. Goreng dengan minyak yang banyak.

P/s: Minyak perlulah betul-betul mendidih untuk memastikan cucur garing diluar dan lembut di dalam.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.