Cream cheese, ianya boleh dijadikan sos, dimakan bersama churros, diletakkan didalam bomboloni, ataupun mungkin diatas kek. Selain itu, ianya juga boleh dimakan bersama roti atau sekiranya anda memang penggemar cream cheese, mungkin juga anda boleh makannya begitu sahaja.

Cara pembuatannya amat mudah, dan sekiranya anda amatur yang sedang ingin mencuba resepi, ini adalah untuk anda. Bahan – bahannya juga mudah untuk didapati. Jadi apa tunggu lagi, jom kita tengok!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Bawang Pedas Krispi dan mendapat banyak perkongsian!

Resepi Cream Cheese

Resepi Cream Cheese

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1 sb butter
  • 1 cawan susu segar/susu cair/krim masakan (guna salah satu)
  • 1 sk tepung gandum
  • 1/3 cawan susu pekat
  • 1 sk flavour cheese (penting!! ada jual di kedai bahan bakeri)
  • 1 sb perahan lemon/limau nipis/cuka (guna salah satu dan sukatan ikut nak masam macam mana)
  • Sedikit garam

Cara – cara memasak:

  1. Cairkan butter. Kemudian, masukkan tepung dan kacau  sehingga sebati kemudian masukkan susu, susu pekat dan garam kacau hingga jadi pekat terus tutup api.
  2. Masukkan perahan lemon dan esen cheese, kacau dan siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

 

 

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.