Nasi dagang ini sangat popular di bahagian pantai timur Malaysia. Nasi dagang ini biasanya disediakan bersama lauk ikan aya atau ikan tongkol.

Resepi ini pastinya akan memberikan hasil yang terbaik dan sedap untuk anda. Anda juga boleh ubah sedikit resepi ini mengikut cita rasa anda sendiri. Ini adalah salah satu kelebihan memasak sendiri.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di laman sosial Facebooknya dan telah mendapat banyak like dan perkongsian. Tanpa melengahkan masa lagi mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara penyediaannya.

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Resepi Nasi Dagang Terengganu

image via Facebook

Bahan – bahan:

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 4 cawan beras Jati
  • 1 cawan beras pulut (jika pakai beras siam/wangi tidak perlu tambah beras pulut)
  • 3 cawan santan cair bersama sedikit gula dan garam
  • 1-1 1/2 cawan santan pekat bersama sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 inci halia

Ikan aya/tongkol:

  • 1 ekor ikan aya/tongkol
  • 3 keping asam keping
  • Sedikit garam
  • Air secukupnya

Kuah:

  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 in halia
  • 1 in lengkuas
  • 1 in kunyit hidup (diblend)
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • Air asam jawa
  • Sedikit belacan ~ tidak wajib
  • Nisan/gula melaka
  • Garam
  • Sedikit gula
  • 7 – 9 biji cili padi
  • Minyak

Bahan penumis:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

Acar timun:

  • Timun
  • Carrot
  • Cili Merah dan Bawang
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu garam ( optional)
  • 2 sudu cuka (pakai cuka jalen tidak terlalu masam)

Cara – cara memasak:

Kukus nasi:

  1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok).
  2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit.
  3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap.
  4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
  5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
  6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
  7. Siap!

Kukus ikan aya/tongkol:

  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Kuah:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.

Acar timun:

  1. Hiris semua bahan secara memanjang.
  2. Kemudian, gaul sebati bahan.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .