Salah satu menu yang sangat famous dalam bulan Ramadhan adalah bubur lambuk. Bubur lambuk ini biasanya dibuat secara bergotong-royong di masjid-masjid atau di perkarangan kawasan komuniti yang kemudiannya diagih-agihkan kepada orang ramai. Suasana memasak bubur lambuk ini sangat meriah dan ditunggu-tunggu oleh masyarakat setempat.

Bubur lambuk terdapat banyak versi. Jika versi simple, bahan-bahan yang digunakan pun hanyalah sedikit dan mudah sahaja. Yang paling penting, bahan utamanya iaitu pucuk miding WAJIB ada untuk membuat bubur lambuk ini. Jika pucuk ini tidak dimasukkan ke dalam bubur lambuk, rasanya tidak akan sedap umph. Jadi, kalau anda berhajat untuk membuat bubur lambuk, pastikan anda mendapatkan pucuk miding ini terlebih dahulu.

Pucuk miding ni berwarna sedikit kemerahan atau keunguan dan ia tidak sama dengan pucuk paku pakis ya anda-anda semua! Jangan pula tertukar nanti jadi bubur paku pakis pulak. Hihi.. Biasanya, pucuk ini banyak terdapat di tepi-tepi hutan. Cubalah tengok kat belakang rumah anda semua kot-kot pucuk miding ada tumbuh. Tak perlu nak pergi cari kat pasar yang belum tentu ada atau tak yer dak.

InshaaAllah kami akan kongsikan resepi bubur lambuk versi pantai timur yang cukup mudah yang telah diupload oleh saudari Sazilla Rosli di Facebook. Hadam betul-betul resepinya ya sebelum buat. Selamat mencuba!

Bubur Lambuk Pantai Timur

bubur lambuk

Image via Facebook

Bahan-bahan:

  • Beras
  • Ikan Selayang
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Sayur pucuk miding/ pucuk paku merah
  • Daun kadok
  • Daun kunyit
  • Daun Kesum
  • Santan

Cara Penyediaan:

1) Rebus nasi sampai empuk
2) Ikan dikukus dan diperisikan isi ikan
3) Blend bawang merah, lada hitam dan isi ikan.
4) Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi yang dah direbus tadi
5) Masukkan sayur pucuk miding, daun kadok, daun kunyit, daun kesum dan juga santan
6) Masukkan garam, gula dan perasa ke dalam bubur. SIAP!

Selain resepi bubur lambuk ini, kami juga ada kongsikan resepi-resepi lain untuk anda cuba. Confirm menjadik dan best! Jangan lupa untuk LIKE dan SHARE ya!

Tinggalkan Komen!

report this ad

Langgan Info Kami

Berkaitan

.