Apa itu coklat ganache? Tahukah anda apa fungsi sebenar coklat ganache?
Pernahkah anda memakan kek yang dilapisi topping coklat lembut dan mengkilap? Coklat itulah yang disebut dengan coklat ganache.
Ganache memiliki pelbagai fungsi seperti hiasan ataupun menyalut kek atau penambah perasa kepada puding atau kek. Selain menggunakan dark coklat dan milk coklat, white coklat juga boleh digunakan. Coklat ganache ialah krim coklat yang halus dan lembut. Ianya mengandungi banyak sekali lemak dan bahan utamanya ialah lemak, air, gula dan coklat.
Anda yang ingin menghasilkan coklat ganache yang likat dan boleh dilepa, Eni Abdullah dalam blognya, mencadangkan untuk menyimpan ganache yang cair tadi dalam peti ais selama 8 jam ke atas biarkan membeku. Kemudian keluarkan dan biarkan ianya pada suhu bilik sehingga lembut. Pada masa ini akan nampak perubaan pada ganache. Ianya berubah menjadi seperti peanut butter atau Nutella tetapi lebih pekat. Ianya boleh disapu, dilepa atau dipaip ke atas kek.
Baiklah, untuk tidak membuat anda tertunggu-tunggu, dibawah ini kami bahagikan resepi coklat ganache mudah dan terbaik yang dikongsikan oleh Sue Hussain di Facebook. Jemput baca dan cuba resepi ini.
1. Kek sebagai bahan utama. Tak kisah resepi kek apapun. Kalau ada lebih krim buat kek, boleh lah buat coat cake guna untuk bagi permukaan kek dan tepi kek licin.
2. 350 gram coklat masakan (nak senang guna yang coin). Biasanya guna jenama beryls.
3. 450 gram whipping cream.
4. 50 gram unsalted butter. (tak pakai pun tak apa) fungsinya untuk bagi nampak shine gitu.
1. Didihkan air dalam periuk, tak sampai separuh.
2. Slow kan api, isi whipping cream dalam besen stainless steel.
3. Agak-agak whipping cream sudah suam, taburkan coklat masakan tadi. (Jangan kacau kuat sangat nanti berbuih).
4. Kalau sudah cair, angkat. (Alas bawah besen dengan kain)
5. Lepas itu masukkan unsalted butter dan kacau lagi.
6. Sekiranya sudah sejuk, boleh curahkan coklat ke atas kek yang sudah dibuat tadi.
Sila dicuba.
Selain resepi coklat ganache, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.