Anda buntu untuk hidangkan apa semasa minum petang? Sebagai seorang surirumah, mendapatkan idea untuk menu hari ini merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi hari – hari. Pastinya kita mahu menghidangkan sesuatu yang lazat dan mengenyangkan kepada ahli keluarga kita kan? Apa kata anda cuba resepi donat gebu mudah ini? Ianya amat sesuai untuk dihidangkan pada waktu minum petang, bersama teh o panas. Lebih – lebih lagi sekarang ini musim tengkujuh, menu seperti ini amat sesuai untuk dihidangkan.

Cara pembuatan donat gebu ini amat mudah membuatnya boleh untuk dijadikan salah satu aktiviti yang bermanfaat untuk diluangkan bersama anak – anak. Pasti mereka akan berbangga dengan hasil yang telah pun mereka buat dan makan donat itu dengan sepuas – puasnya. Selain dapa mengerakan silaturahim, aktiviti ini juga dapat mengenyangkan perut mereka. Bila perut kenyang, hati pun senang kan?

Hari ini kami akan bawakan sebuah resepi yang telah dikongsikan oleh Sue Syafieqa Balqis dan menjadi viral kerana cara pembuatannya yang mudah berserta bahannya yang ringkas.

Resepi Donat Gebu Mudah

donut gebu

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • Tepung Gandum 500gram
  • Yis setengah paket
  • Garam setengah sudu kecil
  • Minyak masak 3 sudu makan
  • Susu manis 2 sudu makan
  • Gula 2 sudu makan
  • Setengah cawan air sejuk yang ada ais

Nota: Bancuhkan yis, gula, susu manis ke dalam air setengah cawan air masak, kacau dan tutup. Tunggu sehingga berbuih.

Tips rahsia pelembut donat:

Bahan – bahan:

  • Tepung gandum 2 sudu makan
  • Air masak setengah cawan

Masakkan atas kuali dengan api yang kecil sampai likat, donat akan lembut sampai esok insyaAllah.

Cara – cara memasak:

  1. Masukkan tepung, minyak masak, garam ke dalam bekas. Gaulkan.
  2. Masukkan pula tepung yang dimasak di atas kuali dan gaul lagi.
  3. Masukkan bancuhan yis sikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali masukkan air ais tadi sedikit demi sedikit uli sampai tak lekat di tangan (sekiranya lembik tambahkan tepung)

Nota:Saya uli sampai licin dalam 15 minit. Tutup doh dengan pinggan/kain basah selama 30 minit. Bentukkan dengan apa – apa bentuk yang anda suka. Saya buat bentuk ring dan bentuk jalin.

Tips donat montok gebu lajak:

  1. Bulatkan donat macam nak buat pau tu.
  2. Rehatkan di dulang selama 10 minit.
  3. Kemudian, menggunakan jari telunjuk, tekan ditengah donat.
  4. Rehatkan lagi selama 10-15 minit dan  baru goreng.

Resepi diambil daripada sumber facebook dan diolah oleh Sue Syafieqa Balqis.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Memerlukan idea untuk masak apa hari ini? Disini kami sertakan beberapa buah resepi yang pastinya mudah dan anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama kenalan anda dan selamat mencuba!

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.