Dengan berbekalkan ayam kita dapat menyediakan pelbagai variasi lauk yang sangat menarik. Pada kali ini, kita akan berkongsi resepi chicken honey black pepper.

Jika anda sudah ketandusan idea hendak memasak apa untuk makan di rumah, jadi resepi ini sangat sesuai untuk anda. Pasti anda akan meminati rasa ayam bersalut dengan honey dan juga black pepper.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara penyediaan resepi ini yang telah dikongsikan oleh Siti Suffian Saffwan di laman sosial Facebook miliknya.

Resepi Chicken Honey Black Pepper

chicken honey black pepper

image via Facebook

Bahan – bahan masakan:

  • 7 ketul kepak ayam
  • 2 biji bawang merah
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar kicap ABC
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 2 atau 3 biji ubi kentang dipotong dan direbus sebentar
  • Daun English Parsley
  • Ceri dan tomato (Hiasan)

Langkah – langkah memasak:

  1. Cuci ayam sehingga bersih dan tapiskan ayam tersebut.
  2. Tumbukkan halia, bawang putih dan bawang merah sehingga halus.
  3. Masukkan bahan tumbuk kedalam ayam tadi bersama garam, sos tiram, kicap pekat manis, kicap ABC, lada hitam, madu, garam dan gula dan peram semalaman di dalam peti ais.
  4. Panaskan ketuhar kepada suhu 170 C.
  5. Bakarkan ubi kentang bersama kepak ayam sehingga agak – agak masak.
  6. Keluarkan ayam dan sapukan madu ke atas ayam.
  7. Masukkan ayam semula ke dalam ketuhar dan bakar sebentar.
  8. Apabila sudah siap, taburkan daun English Parsley dan hiasan yang lain.
  9. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

    Tinggalkan Komen!

    Langgan Info Kami

    Berkaitan

    .