Kali ini kami bawakan sebuah resepi pencuci mulut yang amat sesuai untuk dihidangkan kepada ahli keluarga dan yang tersayang iaitu resepi Blueberry Yogurt Cake. Kek ini disukai oleh kesemua lapisan masyarakat kerana rasanya amat lazat dan menyelerakan.

Sekiranya anda seorang amatur, kami sediakan resepi berserta dengan cara – cara menyediakan khas buat anda. Jadi, bolehlah anda sediakan hidangan ini buat yang tersayang!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Sharifah Saudin dan mendapat banyak perkongsian serta komen positif di media sosial. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat!

Resepi Blueberry Yogurt Cake

Resepi Blueberry Yogurt Cake

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 3 biji kuning telur
  • 45 gram yogurt
  • 50 gram tepung kek /gandum
  • 15 gram minyak jagung /masak
  • 3 biji putih telur
  • 45 gram gula castor
  • Sedikit blueberry filling/ buah yang fresh.

Cara penyediaannya:

  1. Pecahkan telur. Asing putih dan kuning.
  2. Masukkan 3 biji kuning telur ke dalam bekas. Tambah 45 gram yogurt. Kacau-kacau sikit tapi jangan terlalu lama.
  3. Masukkan 50 gram tepung kek atau gandum dan gaul sehingga sebati. Tambah 15 gram minyak jagung atau masak. Gaul lagi sehingga rata. Guna whisk sahaja jangan guna mixer. Gaul sehingga sebati dan ketepikan.
  4. Pukul 3 biji telur putih bersama 45 gram gula castor hingga stiff peak. Masukkan dalama adunan tadi. Gaul perlahan hingga sebati.
  5. Masukkn ke dalam loyang yang sudah dialas dengan alas kertas.
  6. Masuk separuh dahulu, letak blueberry filling / buah yang fresh atas adunan tadi. Ikut citarasa hendak letak banyak mana.
  7. Habiskan baki adunan untuk menutup blueberry tadi. Boleh hiaskan blueberry di atas kek untuk nampak lebih cantik.
  8. Bakar menggunakan kaedah waterbath selama 45 minit.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Menarik kan resepi ini? Anda mahukan resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa buah resepi yang boleh anda cuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.