Jom cuba buat resepi bisukut kacang.
Biskut Kacang selalu menjadi pilihan sejak dahulu. Tidak hanya untuk hari raya, namun hari-hari biasa pun ramai orang yang suka mengudap biskut kacang.
Biskut kacang dibuat daripada adunan doh tepung yang dicampur dengan kacang yang sudah dihancurkan. Oleh kerana perpaduan antara tepung dengan kacang tersebut, rasa biskut kacang yang tercipta tidak keras juga tidak lembut namun gurih, manis serta rangup.
Biskut kacang menjadi biskut kegemaran disebabkan rasanya yang ala-ala rangup dan sedap. Sangat sesuai dijadikan snek mudah sambil layan cerita Korea atau drama Malayu, baca buku, bersembang dan lain-lain.
Di bawah ini kami mengongsikan resepi biskut kacang yang mendapat perkongsian ramai, telah dikongsikan di Facebook oleh Norhamidah Hassan. Resepinya sangat mudah dan senang. Sila cuba resepi ini.
1. Masukkan buttercup/marjerin dan gula aising, kacau sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila, kacau sebati.
3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan kacang tanah yang diblend, kacau sampai sebati.
4. Kemudian masukkan tepung gandum, uli smpai doh tidak melekat di jari.
5. Akhir sekali terap dan letak kuning telur di atas biskut, bakar pada suhu 160’C 15-20 minit.
Selain resepi biskut kacang, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.