Mesti anda tahu dengan biskut almond lejen yang biasa dihidang pada hari raya ini. Biskut buah almond atau badam, atau kek badam, adalah sejenis biskut yang dibuat dengan badam yang digoreng dan dicincang.

Biskut ini rasanya rangup dan garing. Anda akan merasakan sensasi buah badam ketika mengunyah biskut almond. Biskut ini memang laku di hari raya dan diminati ramai kerana rasanya yang rangup dan sedap.

Pada resepi kali ini, kami akan berkongsi kepada anda resepi biskut almond lejen yang dikongsikan oleh Rose Eatie Eatie di Facebook. Resepi yang telah dipakai selama 10 tahun berjaya memikat hati orang ramai.

Untuk membuat biskut almond london ini, Rose Eatie Eatie menggunakan coklat jenama KC Candy dan 1 lagi tak ada jenama, coklat masakan KC tak perlu letak apa-apa untuk cairkan dia dan coklat yang 1 lagi perlu letakkan shortening @ coco butter untuk cairkan. Selamat mencuba.

Resepi Biskut Almond london

biskut almond london

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 250 gm buttercup
  • 1/2 cwn gula
  • 3 sdb susu tepung (tak ada tak apa)
  • 2 1/2 cwn tpg gandum
  • 2 1/2 cwn tpg jagung
  • 1 biji telur
  • 1 sdt esen vanilla
  • Badam biji secukupnya. Badam digoreng dengan api yang kecil sampai ada bunyi meletup 3 kali. Toskan dan lap minyaknya kemudian bakar lebih kurang 20 minit. Kalau tak mahu buat cara ini nak bakar terus pun boleh.
  • Badam cincang secukupnya, bakar 5 minit.
  • Untuk salut. Coklat masakan secukupnya dan coco butter untuk cairkan.

Cara-cara :

1. Dalam 1 bekas masukkan butter dan gula. Kacau pakai senduk.
2. Masukkan esen vanilla dan telur. Kacau rata.
3. Kemudian masukkan semua jenis tepung dan sebatikan. Kalau rasa lembik tambah tepung, kalau rasa keras tambah butter, bakar suhu 180 selama 20 minit.
3. Untuk coklat gunakan teknik double boil.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi biskut almond london, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.