Bingka pandan, salah satu hidangan yang amat lazat tetapi ianya juga amat mudah untuk disediakan. Sekiranya anda merupakan seorang yang baru berjinak – jinak dalam dunia masakan, bolehlah anda mencuba resepi ini.

Resepi ini hanya mempunyai 3 langkah yang amat mudah. Oleh itu, jangan gusar! Jom cuba resepi ini. Pasti yang tersayang teruja dengan hidangan yang anda bakal hidangkan ini!

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ben Safwan dan mendapat banyak perkongsian di media sosial. Jom lihat!

Resepi Bingka Pandan

resepi-bingka-pandan

image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 4 helai daun pandan *
  • 1 cawan air *
  • 2 cawan santan cair (1/2 cawan pekat + 1/2 cawan air)
  • 2 biji telur grade B
  • 360 gram cawan gandum
  • 2 sudu makan mentega/marjerin
  • 180 gram cawan gula halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • Sedikit bijan putih atau hitam

Cara – cara penyediaan:

  1. Buat jus pandan untuk bahan yang bertanda *.
  2. Masukkan kesemua bahan dan kacau sebati.
  3. Tapis sekali. Alas parchment paper, masukkan adunan dan bakar 60 minit atas dapur gas menggunakan api kecil.
  4. Jika mahu menggunakan oven, bakar selama 40-45 minit api atas bawah suhu 160-170 celcius mengikut oven anda.

Resepi – resepi lain yang menarik:

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

 

 

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.