Mencari resepi bihun sup yang power? Apa kata anda buat bihun sup utara yang jadi kegemaran ramai.

Bihun sup utara ialah hidangan ala Melayu. Bihun sup utara selalunya dihidangkan bersama sup daging, tulang atau perut yang direbus hingga lembut. Untuk anda yang tidak suka daging boleh menggunakan ayam.

Untuk mendapatkan bihun yang berwarna kuning, terlebih dahulu bihun direndam dalam air kunyit. Untuk menyajikan rasa bihun sup utara yang sedap jangan lupakan sambal merah. Sambal merah adalah sangat penting untuk mendapat kelazatan sup bihun utara.

Supaya anda tidak “tersilap” guna resepi, maka kami kongsikan resepi mudah yang dikongsikan oleh Noorfazrina Aida di Facebook pada perkongsian hari ini. Anda boleh buat sup bihun utara power dalam sekali percubaan jika mengikuti resepi yang sudah kami kemas dengan elok ini.

Bihun sup utara boleh dijadikan hidangan untuk jamun raya, kenduri mahupun majlis lain. Yang merupakan ciri khas lain bihun sup utara ialah menggunakan taburan daun sup, bawang goreng dan lobak masin. Bahan hiasan ini melengkapi rasa bihun sup utara menjadi lebih gurih.

Resepi Bihun Sup Utara

resepi bihun sup utara

Imej via Facebook

Bahan-bahan :

  • 1 paket bihun.
  • Serbuk kunyit.
  • 1 kg daging/tulang/perut.
  • Garam.
  • Gula.
  • 2 kiub chicken stock.
  • 1 batang kayu manis.
  • Bunga lawang.
  • Buah pelaga.
  • Rempah sup Adabi.
  • Daun sup, bawang goreng dan lobak masin sebagai hiasan.

Bahan Kuah :

  • 2 biji bawang besar.
  • 2 inci halia.
  • 5 biji bawang putih.
  • 1 genggam lada hitam.

Bahan Cabai Merah :

  • Setengah paket cili boh.
  • Gula merah.
  • Garam.
  • 1 biji bawang besar.
  • Sos cili.

Cara Memasak :

1. Mula sekali, rendam 1 paket bihun dengan serbuk kunyit. Jika sudah bertukar warna, rebus sampai lembut kemudian tapis.

Beralih ke kuah :

1. Blender semua bahan-bahan untuk kuah.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air (agak-agak sahaja). Kacau sampai sebati kemudian masukkan rempah sup Adabi agak-agak sahaja.
4. Kalau sudah sebati, masukkan 1 kg daging, boleh campur tulang, daging dan perut. Masak sehingga daging tadi lembut.
5. Kemudian masukkan garam, gula dan chicken stock 2 kiub sahaja.
6. Kalau sudah cukup rasa, boleh masukkan kayu manis 1 batang, bunga lawang dan buah pelaga. Jika dirasa semua sudah cukup rasa boleh tutup api.

Cara Membuat Cabai Merah :

1. Tumis cili boh sehingga naik bau. Terus masukkan gula merah dan garam.
2. Blender 1 biji besar bawang merah masukkan ke dalam cabai tadi. Tumis sehingga masak.
3. Jika sudah masak, masukkan 3 sudu besar sos cili.
4. Kacau sehingga sebati dan tutup api. Siap.

sambal merah bihun sup utara

Imej via Facebook

Bihun sup utara siap untuk dihidangkan. Anda boleh menambah bahan hiasan seperti daun sup, bawang goreng dan lobak masin. Jika mahu masam boleh perah limau nipis. Rasa makin power! Selamat mencuba.

Resepi Menarik Lain

Selain resepi bihun sup utara, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya!

 

Penulis: Jejemiko

Pelajar yang memiliki ketertarikan kepada kartun dan muzik, serta menginterpretasikan rasa dalam tulisan.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.