Ada penggemar bihun sup ayam di sini tetapi tidak tahu cara membuatnya? Atau ada yang ingin mencari pelbagai resepi bihun sup ayam yang lebih mudah dan sedap? Kami kongsikan 5 resepi yang pasti membuatkan anda berpuas hati.
Dengan resepi ini, anda boleh membuatnya sendiri dengan kuantiti yang anda mahu. Anda juga boleh mengubah mengikut citarasa anda.
Sebut sahaja bihun sup ayam bakar, bihun sup ayam utara dan sebagainya, kami kongsikan resepi yang pasti menambat hati setiap orang yang mencubanya.
Ada penggemar bihun sup utara di kalangan anda? Jika ada yang tidak tahu, bihun sup utara dimakan bersama sambal merah dan ada yang memakannya bersama sambal kicap. Rasa memang lagi padu kerana bahan tumisan yang secukup rasa dan pedas. Nak cuba? Ikuti resepi dari Ku Munirah Ku Jatin.
Bahan-bahan:
Bahan-Bahan Kuah Sup:
Cara memasak:
1. Kisar semua bahan bertanda*.
2. Masukkan minyak, tumis bahan kisar dengan 4 sekawan sampai garing (naik bau).
3. Masukkan rempah sup.
4. Masukkan isi ayam dan tulang.
5. Kacau semua bahan sampai sebati (10minit).
6. Masukkan air dalam 1.5liter.
7. Masukkan bahan perasa (garam, gula, kiub ayam knor).
8. Masak dalam 1 jam sehingga betul-betul didih.
9. Tutup api (pastikan isi ayam, tulang betul-betul masak).
Bahan Sambal Merah:
Cara memasak:
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam kuali.
2. Masak atas api sehingga sedikit kering (anggaran 20-25 minit dengan api perlahan)
3. Siap.
Bahan Garnish:
Sesetengah orang memang suka makan bihun sup bersama ayam bakar. Rasanya lebih nikmat lebih-lebih lagi ayam bakar yang dibakar bersama rempah, aromanya lebih memikat. Norhidayah Mohd Aripin telah berkongsi resepi ini yang sangat mudah.
Bahan Sup:
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda *.
2. Tumis bahan kisar bersama serai.
3. Masukkan sup bunjut dan ayam.
4. Kacau sekejap dan tambah air.
5. Cedok keluar isi ayam atau bahagian tulang ayam tadi dan ketepikan.
6. Apabila mendidih masukkan kiub dan sos ikan.
7. Perasakan.
8. Celur sayuran kegemaran ke dalam air rebusan, angkat dan toskan.
9. Masukkan bebola ikan dan biarkan mendidih lama dan tutup api.
Bahan Ayam bakar:
Cara memasak:
1. Perap ayam rebus tadi dengan kicap, garam dan 5 spice powder.
2. Bakar atas pan.
Bahan, aksesori tambahan dan cara hidang:
Hayati Saidin berkongsi resepi bihun sup yang pernah tular iaitu bihun sup PAMA. Bukan menggunakan bihun segera jenama ini, namun kuahnya diolah sendiri hingga mempunyai rasa yang sama. Siapa yang pernah mencuba bihun segera PAMA pasti sudah tahu keenakan bihun ini. Ini resepi untuk anda!
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih.
2. Apabila agak kuning, masukkan kepingan ayam yang dipotong tadi.
3. Kacau sebentar, masukkan fishball.
4. Masukkan air sebanyak mana kuah yang kita nak.
5. Masukkan serbuk lada putih dengan serbuk lada hitam.
6. Masukkan kiub pati ayam, maggie secukup rasa dan garam.
7. Apabila sudah mendidih, masukkan bihun PAMA.
8. Apabila sudah lembut bihunnya, tutup api.
Bahan hiasan:
Nak tahu resepi bihun sup paling mudah? Semestinya bihun sup Chinese style. Walaupun cara penyediaannya sangat mudah, namun rasanya sedap tak terkata. Ikuti resepi milik Fafae Mimie pasti menjadi.
Bahan-bahan minyak bawang putih:
Cara memasak:
1. Masukkan minyak ke dalam kuali dan tunggu hingga panas.
2. Masukkan bawang putih dan goreng sehingga agak perang, angkat bersama minyak.
Bahan Sup:
Cara memasak:
1. Didihkan air lalu masukkan minyak bawang putih tadi.
2. Masukkan isi ayam, satu sudu makan pasti sedap knor dan serbuk lada sulah.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan udang, fishball dan sawi.
4. Seimbangkan rasa garam.
5. Siap untuk dimakan bersama bihun, minyak bawang putih, bawang goreng, daun bawang dan cili hijau potong.
Jika anda mencari-cari resepi bihun sup ayam yang sedap dan mudah, sila baca dan perhatikan resepi yang dikongsikan oleh Nurain Ain di Facebook yang sudah kami kemas dengan sangat detail pada tulisan di bawah ini.
Bahan-bahan:
Bahan Untuk Topping:
Bahan Untuk Sambal Kicap:
Cara Memasak:
1. Rebus ayam sampai empuk dengan halia, akar daun bawang dan daun sup, garam dan aji secukup rasa. Ayam tak perlu dipotong agar mudah untuk disiat-siat nanti.
2. Mayang 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih dan halia.
3. Tumis bahan-bahan nombor 2 dengan minyak 3 sudu makan sampai garing. Masukkan 1 batang kulit kayu manis dan sebunga cengkih.
4. Masukkan 1 sudu besar rempah sup adabi.
5. Kalau sudah agak bau, masukkan sedikit air rebusan ayam tujuannya supaya tidak hangus.
6. Angkat dan jirus dalam air rebusan ayam.
7. Didihkan sekejap dalam 15 minit bagi rempah-rempah tadi meresap dalam isi daging ayam. Tutup api.
8. Ambil isi ayam serta tulang-tulang yang telah disiat-siat. Masukkan ke dalam kuah sup tadi. Siap.
Selain resepi sup bihun ayam, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.