Antara lauk kurma yang sering dibuat ialah ayam walaupun ada bermacam lauk masak kurma selain ayam seperti lembu, kambing, itik, telur, ketam dan udang.
Umumnya ayam masak kurma selalu dimakan bersama nasi minyak atau nasi tomato. Namun dihidangkan dengan nasi putih juga masih sedap.
Campuran rempah untuk kurma boleh dijumpai dalam bentuk pracampuran dan dipasarkan secara komersial sebagai “serbuk kurma”. Lauk masak kurma ditumis dengan rampaian rempah kisar dan santan kelapa atau kelapa parut.
Namun, kami akan kongsikan kepada anda resepi ayam masak kurma yang berbeza daripada biasanya yang dikongsikan oleh Fadhilah Alattas Syed Mahusin di Facebook. Dimana biasanya bahan untuk memasak ayam masak kurma selalunya menggunakan santan, namun dalam resepi ini ia TIDAK menggunakan santan.
Walaupun tanpa santan namun rasa ayam masak kurma ini sangat sedap dan tampilannya pun menarik. Selain tidak leceh menyediakan santan, anda yang punya alahan makan santan boleh makan ayam masak kurma resepi ini. Sila dicuba resepi ini.
1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng. Alihkan.
2. Tumis daun kari, bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga.
3. Masukkan bawang merah dan bawang putih, gaul.
4. Masukkan lada hitam yang ditumbuk tadi.
5. Gaulkan dengan ayam. Masa ini boleh letak kentang.
6. Masukkan rempah kurma babas satu senduk gaul rata dengan ayam.
7. Selepas itu masukkan halia, gaul lagi.
8. Akhir sekali masukkan air, kiub ayam dan perasa. Biar hingga kuah jadi pekat.
9. Kuah sudah siap dan pekat.
Selain resepi Ayam Masak Kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.