Resepi ini merupakan resepi yang diinspirasikan daripada masakan Thailand. Siakap pla neung manao adalah bermaksud siakap kukus bersama limau nipis. Antara bahan yang digunakan sudah tentu ialah ikan siakap dan juga limau nipis. Kesemua bahan – bahannya mudah untuk didapati, oleh itu, anda boleh memasaknya pada bila bila masa sahaja!

Ianya mempunyai rasa berlemak serta masam dan manis. Penggunaan daun ketumbar adalah sebagai salah satu trademark masakan Thailand. Masakan ini amat sesuai dijadikan hidangan makan malam dan anda seharusnya mencuba sendiri resepi ini. Masakan ini juga hanya menggunakan tiga langkah mudah, oleh itu, buat mereka yang sibuk, bujang atau baru cuba belajar memasak, resepi ini amat sesuai buat anda. Ianya juga sangat enak dihidangkan bersama nasi putih.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Wan Muhammad Aliff dan mendapat banyak likes di media sosial. Mari kita lihat!

Resepi Ikan Siakap Pla Neung Manao

Imej via Facebook

Bahan – bahan:

  • 2 ikan siakap (saiz sederhana)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3 pokok ketumbar (potong kecil) *ambil dari akar sampai daun
  • 10 cili api (potong kecil)
  • 10 ulas bawang putih (potong kecil)
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 3 biji limau nipis
  • 1 kiub pati ayam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa (optional)

Cara – cara memasak:

  1. Gaul kesemua bahan di atas hingga sebati (kecuali ikan)
  2. Kukus ikan selama 7 minit
  3. Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam ikan, kemudian kukus lagi 5 minit.
  4. Siap!

Resepi – resepi lain yang menarik:

Anda inginkan resepi yang lain? Ada beberapa lagi resepi yang anda boleh cuba dan hidangkan kepada yang tersayang. Jangan lupa untuk cuba, tangkap gambar dan hantarkan ke media sosial pilihan anda. Selain itu, pastikan anda kongsikan resepi ini bersama rakan – rakan anda!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.