Ayam masak kicap merupakan resepi paling mudah dan ringkas yang sesuai untuk dimasak oleh sesiapa sahaja yang baru sahaja belajar memasak tetapi menginginkan juadah yang enak dan membuatkan sesiapa sahaja makan bertambah tambah. Ayam masak kicap juga akan mengingatkan kita tentang juadah yang dimasak oleh ibu selepas kita balik sekolah. Rasa manis daripada kicap dan pedas yang datang daripada cili api, serta aromanya yang memukau pasti sahaja dapat mengembalikan nostalgia kita sewaktu zaman persekolahan.

Kicap merupakan perasa yang amat popular di Asia Tenggara dan lazimnya di Malaysia, berasal daripada kacang soya ataupun kacang soya hitam. Ianya juga mengandungi pelbagai khasiat namun, sudah pastinya, semua yang diambil perlulah berada dalam keadaan yang sederhana.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Ieda Zairi di Facebook dan sudah tentunya mendapat perkongsian ramai. Wah, pasti menjadi!

Resepi Ayam Masak Kicap

Ayam Masak Kicap

Image via Facebook

Bahan – bahan:

  • 1/2 ekor ayam (digaram dan dikunyitkan serta digoreng)
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 1/2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 biji buah keras (ditumbuk)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 bunga lawang
  • 2 biji pelaga
  • 1 batang serai (dititik)
  • Daun kari
  • 1 senduk cili kisar
  • 3 sudu besar kicap manis (saya guna Enaq)
  • 3 sudu besar kicap manis ABC

Cara – cara memasak:

  1. Tumiskn bahan – bahan yang ditumbuk bersama serai dan daun kari.
  2. Apabila sudah wangi, masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan kicap. Jika terlalu pekat, tambah air.
  4. Masukkan ayam boleh juga ditambah kentang.
  5. Seterusnya, masukkan bawang, tomato, dan cili padi.
  6. Perasakan ikut citarasa masing – masing.

Untuk perhiasan, anda juga boleh menambah beberapa bahan, antaranya:

  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 4 biji cili padi
  • 1 biji tomato
  • Daun bawang

Resepi – resepi lain yang menarik:

Terdapat pelbagai resepi lain yang anda boleh cuba yang sudah tentunya dapat memikat hati juga perut suami dan anak anak anda! Jangan lupa untuk mencuba kesemua resepi ini dah sekiranya tidak keberatan, jangan lupa untuk menekan butang kongsi dan kongsikan bersama-sama rakan dan keluarga anda ya!

Penulis: Nur Dini Abd Aziz

Seorang yang suka cuba makan di tempat-tempat viral yang ada.

Tinggalkan Komen!

Langgan Info Kami

Berkaitan

.